Saturday, February 20, 2016

Bengkel 5 Hari

Bukan mudah untuk membeli peralatan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan jumlah kos yang tinggi. Pelabagai prosedur dan semakan perlu dilalui dan ini sebenarnya menunjukkan bahawa kerajaan mempunyai satu mekanisma yang cukup teratur untuk mengawal perbelanjaan. Ia bukan seperti kita meminta RM 1 juta untuk beli barang dan kerajaan terus sahaja beli RM 1 juta tanpa melakukan sebarang proses untuk menentukan apakah benar barangan yang ingin dibeli itu bernilai RM 1 juta.

Dalam kes saya, jumlah pembelian ada melibatkan puluhan juta melibatkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti EPU dari JPM, KPT, jurutera jabatan, kewangan jabatan dan pihak IT jabatan memberi pengalaman. Dapat juga berkongsi pendapat dan ilmu dengan fakulti-fakulti lain. Selama lima hari proses ini disiapkan dan alhamdulillah, setelah berlaku pengemaskinian, segalanya berjalan lancar. 

Di bawah merupakan sedikit gambar-gambar sepanjang 5 hari berada di bengkel tersebut. 


ASO dan Azmi wakil Fakulti 



Zailan sedang menerangkan kepada pihak EPU tentang keperluan makmal
Kamil dan Azmi sibuk melihat pelan kampus baru

Pemandangan swimming pool menjadi pemandangan harian kami

Breakfast provided every day

Bila berbengkel seperti ini, makanan memang mewah. Breakfast buffet disediakan setiap hari, pukul 1030 hrs akan ada pula Coffee Break, 1230 hrs buffet lunch, 0430 Coffee Break. Tapi saya lebih banyak bottled water yang diberi kerana bengkel ini agak stress, jadi saya kurangkan kadar pengambilan kopi saya. 

Bengkel selesai pada pukul 1730 dan nak hilangkan stress berbengkel, malam hari terakhir saya mengeteh bersama-sama rakan di lokasi berhampiran rumah. 

Mengeteh

Nama sahaja mengeteh, tetapi saya ambil carrot susu, ikut saranan rakan saya seorang optician, untuk improve eyesight, amalkan minum dan makan karot. Gambar di atas, saya sedang mengeteh bersama-sama tokey kedai aksesori handphone di Uptown Kota Dam, lepas mengeteh saya terus ke kedai dia untuk cari tampered glass Samsung A7 2016 saya tetapi malangnya oleh kerana handphone ini baru release pada Februari, masih tiada lagi tampered glass di pasaran. Buat masa ni, bertahan dengan Gorilla Glass 4 yang datang sekali dengan handphone tersebut. 





No comments:

Post a comment