Sunday, December 20, 2015

Membeli Belah di Internet

Pembelian menggunakan internet merupakan satu trend masakini. Pelajar-pelajar saya juga menggunakan pembelian secara internet malah saya sendiri belajar membeli di Lazada dengan mereka. Bercakap mengenai Lazada, saya ada membeli external HDD 1TB baru-baru ini di Lazada dan oleh kerana harganya atas RM 200, saya menggunakan kaedah COD, which is the first time that I bought something through the internet by using COD method. Sebelum ini saya rajin menggunakan eBay dan saya bayar dahulu menggunakan PayPal kerana barang-barang adalah dari luar negara. Kini saya tidak lagi menggunakan eBay kerana tukaran USD yang tinggi. 

Pengalaman pertama menggunakan Lazada agak pahit namun tidaklah 100% pahit, ingin saya ucapkan terima kasih pada Zamil dari Customer Service Lazada kerana banyak membantu. Sebenarnya sebahagian kepahitan itu adalah salah saya sendiri kerana tidak melihat jangkaan tarikh HDD tersebut tiba dirumah. Akibatnya, hari yang saya sangkakan HDD akan tiba di rumah adalah tidak benar kerana barang tersebut baru dishipping ke warehouse. Apabila saya melihat status shipping, saya sudah excited kerana baru sehari sebelumnya saya memesan barang dan kini ia sudah dishipping kepada saya. Rupanya saya sudah salah tafsiran dan terpaksa redha yang HDD tersebut akan dihantar pada hari Isnin minggu hadapan. 

Pada hari Isnin, hati dah melompat kerana HDD akan sampai, namun saya menerima sms mengatakan atas permintaan saya, barang tersebut tidak jadi dihantar dan saya diminta hubungi Lazada untuk aturkan kembali tarikh hantaran. Dengan hati yang tersentap, saya menelefon Lazada dan bercakap dengan Zamil dan dia sendiri dalam keadaan pelik kerana saya menerima SMS tersebut Dipendekkan cerita, hasil bantuan Zamil, HDD di delivery kepada saya di pejabat pada hari Selasa. Sebelum itu, pada hari Ahad, saya ada beli lagi barang dari Lazada dan saya telah membayar menggunakan PayPal. Ingatkan lagi lama barang tersebut nak sampai, rupa-rupanya hari Rabu dah sampai ke rumah. 

Konklusi nya, kalau nak barang cepat, pergi sahaja ke kedai. 
Barang yang ini dibeli dan dibayar secara online.
Barang ini pula dibayar secara COD

No comments:

Post a Comment