Friday, December 05, 2014

Information Governance


Berkesempatan membaca buku Information Governance:Concepts, Strategies and Best Practices hasil tulisan Robert F.Smallwood ini memberikan gambaran yang lebih jelas tentang istilah Information Governance.

Sebenarnya, untuk memudahkan pemahaman mereka-mereka yang tidak berkecimpung dalam dunia pengurusan maklumat ini, information governance boleh diibaratkan sebagai satu polisi untuk menentukan cara penggunaan dan pengurusan maklumat. Itu definisi paling mudah. Smallwood menulis definisi information governance sebagai 'a subset of corporate governance, and includes key concepts from records management, content management, IT and data governance, informations security, data privacy, risk management and even business intelligence.

Dengan mempunyai best practice dalam information governance, keselamatan maklumat lebih terjamin. Lihat sahaja kes-kes yang dibentangkan di dalam buku ini seperti kisah kebocoran maklumat oleh Edward Snowden, kehilangan rekod perubatan di UK, penjualan maklumat perakaunan kepada syarikat pesaing dan banyak lagi. Ini semua boleh dielakkan dengan merangka kaedah dan strategi information governance dengan sistematik.

Jangan keliru dengan Information Governance kerana ia bukan sahaja melibatkan keselamatan maklumat. Saya hanya mengupas Information Governance dari aspek ini kerana interest saya memang kepada Information Security dan juga Disaster Management. Information Governance merupakan super discipline, boleh juga membantu organisasi mencapai legal compliance. Semuanya ada dalam buku karya Smallwood yang ketika menulis buku ini merupakan Executive Director untuk Information Governance Institute di IMERGE Consulting. Smallwood juga merupakan expertise dalam bidang e-records management dan e-document security. 

Dapatkan buku ini dipasaran.  

No comments:

Post a Comment