Tuesday, December 16, 2014

How to Search for Blogs

Ada masanya, saya ingin menjelajah dan meneroka melihat dan membaca blog-blog orang lain. Antaranya ialah untuk membaca pengalaman-pengalaman orang. Banyak juga perkara yang boleh dipelajari dari pengalaman orang lain contohnya pengalaman seseorang itu melancong ke suatu tempat atau pengalaman seseorang itu menghadapi sesuatu perkara. 

Cuma sedikit memeningkan ialah tiada search engine khusus untuk search blog yang efektif. Sebelum ini saya hanya search keyword di google dan ditambah dengan blog namun banyak hasil-hasil carian yang tidak menepati citarasa. 

Satu lagi tips adalah seperti dibawah. Setakat ini hasil carian memberangksangkan dimana ianya menunjukkan blog-blog individu. 

Keyword:blogger.com atau keyword:blogspot.com . Contoh nya, type Malaysia:blogger.com akan keluar search result malaysia.blogspot.com dan pelbagai lagi yang menggunakan nama malaysia dia url blogspot mereka.

Kalau ada lagi teknik carian lebih berkesan, boleh beritahu saya. 

 

No comments:

Post a Comment