Wednesday, December 03, 2014

From 95 to 97

Apabila berlakunya perubahan harga petrol baru-baru ini, seliter ron 95 dan seliter ron 97 tidak banyak bezanya. Saya ambil peluang ini untuk isi petrol kegemaran saya iaitu vPower Shell. Sebelum ini pun saya dah test kereta saya dengan pelbagai ron 97 dari Petronas, BhP, Caltex, Petron dan Shell, ternyata Vpower beri lebih mileage. Dari segi power, saya rasa semuanya sama atau hampir sama sehingga sukar untuk bezakan. Yang pasti memang ada perbezaan antara prestasi 95 dengan 97 dari segi kelancaran enjin. 

Saya pernah menggunakan Millers Petrol Ecomaxx bersama 95, memang ada perbezaan. Tapi bagi saya penggunaan vPower lebih hebat. Kalau nak lagi hebat, gabungkan Vpower dengan Millers. Terbaik ! Apa itu Millers? Sila google Millers Petrol Ecomaxx. Boleh dapatkan di Kaitenaz Racing Sunway. Dulu saya beli dengan harga RM 80 sebotol. Saya juga pernah beli Millers dari rakan saya Ayeh yang menjual barang-barang kereta secara online.

Berbalik pada 97 dan 95 ini, ingatkan saya seorang sahaja yang beralih pada 97, rupanya rakan-rakan saya juga ramai yang ambil kesempatan beralih ke 97. Dan hasilnya, banyak pula stesyen petrol kehabisan stok 97. Ada juga saya dengar pelbagai rumours mengatakan stesyen petrol sengaja tidak mahu ambil stok, tetapi saya lebih berpendapat bahawa bekalan tidak cukup buat sementara kerana pengguna ramai beralih ke 97. Teringat ketika di UK, harga petrol berubah-ubah dari satu stesyen petrol ke satu stesyen petrol yang lain. Hypermarket pun ada stesyen petrol sendiri. Sehingga ada website yang menyenaraikan stesyen petrol yang menawarkan harga rendah pada pengguna. Kalaulah hal ini dipraktiskan di Malaysia, memang ada pro dan con. Pro nya harga tidak dikawal dan sesuatu stesyen petrol boleh menawarkan harga lebih rendah dari pesaingnya. Con nya pula, knowing Malaysia dengan persatuan peniaga mereka, mesti mereka berpakat untuk selaraskan harga dan silap-silap harga lebih tinggi pula dari harga kawalan. Dan, kalau stesen petrol di Hulu bernam tawar harga lebih murah 20 sen seliter dari stesen petrol di Subang Jaya, dan saya pula tinggal di Subang Jaya, takkan lah saya nak ke Hulu Bernam semata-mata nak isi petrol.

Motosikal saya, sejak dibeli memang menggunakan 97 sepenuhnya. Hanya ketika keluar kedai sahaja dituang 95, selepas itu, 97 sepenuhnya. Motosikal kecil, perlukan 97 untuk lebih kuasa. Lagipun penggunaan setakat dalam radius 5km sahaja sehari, berapa sangat kos petrol. Kereta saya guna 95 sebelum ini, sesekali dicouplekan 95 dengan Millers Ecomaxx ataupun tuang Vpower. Bila jadi masalah kekurangan stok 97 ini, risau pula takut motosikal saya kembali ke 95. Apa-apa pun harap stok kembali stabil. Orang ramai tengah nak guna 97, inilah masa stesen petrol nak kaut untung. 

Yang pasti hari-hari terakhir dalam sesuatu bulan selepas ini, ada kemungkinan stok petrol akan kurang samada 97 atau 95 kerana pengusaha berhati-hati nak tempah stok, takut tiba-tiba turun menjunam harga, rugi pula mereka. Kena fikirkan sesuatu mekanisma lah, supaya yang tak merana adalah pengguna, dah la saya tinggal dikawasan yang padat penduduk dan banyak kenderaan.


 

  

No comments:

Post a comment