Thursday, October 09, 2014

Jurnal Museum and Society

Bidang permuziuman merupakan satu bidang yang telah lama wujud dan ianya banyak membantu perkembangan institusi muzium. Selain dari membantu memelihara khazanah dan kebudayaan sesuatu negara, bidang ini juga banyak membantu dari segi perkembangan sektor pelancongan. Lihat sahaja promosi pelancongan sesuatu negara, mesti ada diletakkan muzium sebagai salah satu destinasi yang perlu dilawati dan umum mengetahui bahawa industri pelancongan membawa keuntungan kepada sesebuah negara dimana pelancong-pelancong asing bukan sahaja membelanjakan wang mereka tetapi juga memberi peluang pekerjaan kepada ramai rakyat di negara yang dilawati. Promosi berterusan juga membolehkan sesebuah negara dikenali dan seterusnya membuka peluang bagi pelabur-pelabur asing untuk membuka kilang atau perniagaan di situ. Jika kita lihat di sini, jumlah pulangan industri pelancongan bernilai 19.1 billion dollar dan memberi pekerjaan kepada 7.1% rakyat di negeri terbabit. 

Dengan adanya pulangan sebegini membuatkan bidang permuziuman menjadi lebih kritikal kepada negara kerana institusi muzium boleh menjadi salah satu faktor pelancong asing datang melawat ke negara kita. Muzium merupakan satu institusi yang mempunyai pelbagai perkara di dalamnya untuk diuruskan dengan baik. Muzium ada kurator yang bertanggungjawab terhadap sesuatu koleksi dan kurator juga bertanggungjawab untuk mengintepretasikan sesuatu artifak kepada audien muzium. Jika di lihat di sini, tugas-tugas kurator meliputi pelbagai aspek bermula dari penjagaan dan perolehan artifak, penyediaan belanjawan pengurusan artifak, penyelidikan terhadap artifak dan juga penyediaan intepretasi artifak kepada audien. Disertakan dibawah tugas-tugas kurator dari link yang diberikan diatas :-


Whatever the size of their workplace, a museum or gallery curator's job is likely to include:
  • responsibility for a collection of artefacts or works of art;
  • acquiring objects or collections of interest to the museum/gallery;
  • cataloguing acquisitions and keeping records;
  • carrying out background research and writing catalogues;
  • displaying objects or collections in way that makes them accessible and engaging to the general public;
  • writing materials and articles for the website;
  • writing articles for internal and external publications;
  • planning, organising, interpreting and presenting exhibitions and lectures;
  • collection documentation and management;
  • collaborating  with other museum departments, such as  education, fundraising, marketing and conservation;
  • writing bids;
  • negotiating loan items and external loans and the accompanying funding;
  • handling enquiries from researchers and the public;
  • dealing with and understanding computer-generated imagery and website software as part of enhancing the visitor experience and interaction;
  • budget planning, forecasting and reporting;
  • staff management, recruitment, annual appraisals and disciplinary matters;
  • staff training, promotion and development;
  • dealing with enquiries from clients and stakeholders;
  • liaising with voluntary groups, the community and industry (including schools, local history and other community groups), as well as grant agencies to secure sponsorship for events, publications and development projects;
  • liaising with management boards, governors, trustees and local council and political groups to secure the future of the museum;
  • networking with other museum and art gallery professionals and outside agencies.

Jika dilihat deskripsi diatas, terdapat banyak skop dan bidang yang dijalankan di dalam muzium seperti penyelidikan, penjagaan dan pemuliharaan artifak, penyediaan konsep pameran, penyediaan teks penerangan artifak samada ia sesuai kepada semua peringkat umur, promosi dan pemasaran, pengurusan rekod dan maklumat, kewangan, perolehan artifak dan banyak lagi. Muzium juga perlu memainkan peranan sebagai institusi pendidikan. Khidmat outreach program perlu dijalankan oleh muzium kepada masyarakat di luar.

Untuk menambah pengetahuan mengenai bidang permuziuman ini, dicadangkan jurnal Museum and Society untuk pembacaaan.

Jurnal ini membincangkan bidang permuziuman dan dikeluarkan oleh Department of Museum Studies, University of Leicester. Department of Museum Studies ini merupakan antara tempat pembelajaran bidang permuziuman terbaik di dunia. Jurnal Museum and Society ini membolehkan para scholar menulis mengenai bidang permuziuman samada penulisan berdasarkan critical review, berdasarkan teori dan juga berdasarkan research based. 

Menurut laman web jurnal terbabit, antara sub topik bidang permuziuman yang dimuatkan di dalam jurnal ini ialah :-

  • Museums in society
  • Museum practice, funding and management
  • Conservation
  • Collecting and collections
  • Museums, identity and difference
  • Museums and social inclusion
  • Audience research
  • Access provision and practice
  • Museums and education
  • Politics and display
  • Heritage studies
  • History of museums/collections
  • Government policy and museums
  • Reviews of temporary exhibitions
  • Book reviews



Jurnal ini boleh didapati secara percuma melalui laman web ini yang juga merupakan laman web rasmi Department of Museum Studies Universiti of Leicester dan jurnal ini merupakan independent peer reviewed jurnal.


No comments:

Post a comment