Tuesday, October 28, 2014

Masalah Astro Decoder Lagi

Rasanya baru lagi decoder ditukar oleh pihak Astro, hari ini baru perasan terdapat masalah dari aspek recording PVR. Pertamanya saya perasan ketika record perlawanan live bolasepak baru-baru ini dimana recording tersebut berhenti sebelum habis perlawanan namun selepas difikir-fikir, mungkin sebab bagi acara live kadangkala ianya melangkaui waktu tamat acara di dalam program tv, sebagai contoh perlawanan baru-baru ini yang saya rakam rupanya disetkan tamat pada jam 2230hrs sedangkan perlawanan sebenar masih lagi berterusan hingga jam 2245 hrs. Jadi PVR akan merakam mengikut jadual yang ada dalam program iaitu 2230 hrs dan bukan ke waktu sebenar perlawanan iaitu 2245 hrs. Solutionnya ialah set recording extend 15 atau 30 minutes after end programme ataupun just tekan record pada program selepas program bolasepak yang habis pada 2230 hrs itu.

Kemudian berlaku lagi insiden dimana saya cuba view kembali rakaman Majalah 3 namun apabila saya tekan Play, tiada response dan apabila saya cuba untuk view kesemua yang telah saya rakam sebelum ini, tiada sebarang response lalu saya reboot kembali decoder. Proses reboot untuk decoder baru ini lebih laju dari decoder lama yang rosak. 

Selepas reboot, baru lah PVR saya beroperasi seperti biasa, boleh record dan playback. Cuma saya terkejut rupanya Majalah 3 yang dirakam hanyalah berdurasi 16 minit sahaja sedangkan seingat saya pada malam itu saya memang merakam keseluruhan episod sebelum saya tutup decoder (standby mode).

Adakah tanda-tanda ini merupakan simptom awal decoder ini juga tidak bagus? Adakah decoder ini perlu direboot setiap hari. 

No comments:

Post a Comment