Tuesday, March 04, 2014

Pagi Yang Hujan

Terjaga dari tidur pagi ini dengan kesejukan. Sangkaan bahawa aircond yang dipasang tidak ditutup rupanya meleset. Rupanya hujan di luar sana. Lebat dan lebat dan akhirnya kawasan rumah saya disimbahi hujan setelah sekian lama panas dan kering.

Sehari sebelum saya ada mendengar di berita bahawa pihak berwajib akan melakukan pembenihan awan akibat ketiadaan hujan yang lama dan masalah paras takungan air yang kritikal. Mungkin hujan pagi ini adalah kebetulan ataupun akibat pembenihan awan ? Yang pasti hujan turun dengan lebat dan cuaca pagi ini sejuk. Selebat mana pun hujan pagi, kehidupan di FPM berjalan seperti biasa. Ketika saya sampai jam 0750hrs , para ahli akademiknya sedang berkejar ke kelas dan pelajar-pelajar juga dilihat meredah hujan untuk ke kelas. Hujan lebat bukan penghalang mereka untuk meneruskan aktiviti akademik.

Sejak dua menjak ini, saban tahun akan ada masalah-masalah yang sama iaitu banjir yang dilihat semakin teruk dan melanda kawasan-kawasan yang sebelum ini tidak terjejas. Kita semakin kerap mendengar dakwaan penduduk yang terjejas bahawa 'Ini lah banjir paling teruk sejak 20 tahun atau 30 tahun'. Kemudian, masalah denggi yang semakin parah dari semasa ke semasa. Saya pernah diserang denggi dan terlantar 5 hari di hospital jadi saya tahu bagaimana azabnya diserang denggi. Baru-baru ini rakan sekerja saya ditimpa musibah apabila ibu mertua nya meninggal dunia diserang denggi. Saya difahamkan bahawa isterinya terlebih dahulu diserang denggi dan kemudian barulah kedua ibu bapa mertuanya diserang denggi. Memang berat dugaan yang diberikan pada rakan sekerja saya itu. Semoga Allah memberi ketabahan kepada dia dan semoga Allah melindungi saya dan keluarga dari sebarang musibah.

Semalam saya ke Ace Hardware untuk membeli perangkap nyamuk jenama Khind. Saiznya besar dan nampak kukuh. Sebelum ini saya pernah membeli perangkap nyamuk yang akan membunuh nyamuk menggunakan elektrik. Perangkap tersebut yang saya gelarkan Penguin kerana berbentuk penguin memang amat efektif pada mulanya. Banyak nyamuk menjadi korban si penguin. Bagaimanapun setelah beberapa bulan saya gunakan, penguin mula meluaskan skop mangsa kepad nyamuk-nyamuk halimunan. Maksud saya, walaupun tiada nyamuk, perangkap elektrik penguin akan meletup seolah-olah ada nyamuk yang dibunuh. Ini menyebabkan saya khuatir mungkin penguin sendiri akan meletup dan terbakar ketika saya tiada dirumah. Salah satu aturan penggunaan yang berkesan bagi perangkap nyamuk ialah kita tidak berada di sekitar perangkap dan biasanya saya akan keluar rumah berpoya-poya bersama keluarga dan meninggalkan penguin menjalankan tugas rasminya.

Perangkap nyamuk jenama Khind ini berganda harganya dari penguin. Penguin harganya tidak lebih RM 30 sementara Khind pula harganya RM 137. Saiz dan material Khind lebih kukuh dari si Penguin. Keberkesanannya masih belum diuji berbanding penguin. Baru malam tadi saya gunakan Khind di ruang tamu rumah untuk memerangkap nyamuk yang terlepas masuk ke dalam rumah. Khind tidak menggunakan arus elektrik untuk membunuh nyamuk sebaliknya menyedut nyamuk ke dalam perangkapnya dan nyamuk akan mati sendiri kerana dehidrasi. Khind hanya menggunakan elektrik untuk menghidupkan lampu UV dan kipas dan ia akan hidup selama 4 jam sahaja sebelum ianya cut off sendiri.

Malam ini akan saya cuba lagi Khind untuk melihatkan keberkesanannya.
Inilah perangkap nyamuk Khind yang saya beli semalam.
Dibawah merupakan sedutan dari laman web rasmi Khind berkenaan produk ini.

How does Khind Magic Aedes Buster Work


It traps mosquitoes with 3 powerful non toxic attractions:


i) Odour - Carbon Dioxide generated by the Titanium Dioxide Coating in this buster  mimics the same Carbon Dioxide exhaled by human beings. Its attraction can be further enhanced by adding a natural scent of banana to it, by rubbing ripe banana or its skin onto the exterior of the buster. If supported by an air current, it can attract mosquitoes from 100 ft away

ii) Light - The Ultra Violet light of this Buster produces a strong visual attraction to mosquitoes which are within 30 ft

iii) Heat - Heat released from the UV lamps and the dark-coloured body of this buster mimics our body warmth and lure mosquitoes which are within 10 ft to the  Buster

Features & Consumer Benefit :-
  • Protect you and your loved ones from the menace of Aedes and other blood seeking mosquitoes
  • Safe & Hygienic......Non-toxic. No Chemical or insecticides used.
  • High quality Ultra Violet lamp for maximum attraction of mosquitoes. 
  • 2 year warranty excluding UV lamps
  • Free 2 units of UV lamps

Specifications :-
  • Voltage : 220-240V ~ 50Hz
  • Power : 26W
  • Carton Box Dimension : 260(L) X 212(W) X 385(H) mm
  • Gross Weight : 2kg
  • Colour : Maroon / Dark Blue

No comments:

Post a comment