Friday, March 21, 2014

Makan-Makan Di Satay Station

2-3 minggu yang lalu sewaktu cuaca sangat berjerebu dan tidak sihat, tiba-tiba kami sekeluarga teringin nak makan satay. Kebetulan pula satay yang saya minat iaitu Satay Labis di Bukit Jelutong tutup. Jadi sambil-sambil on mobile internet, terjumpa beberapa blog yang menceritakan mengenai kedai Satay Station. Saya masih ingat dulu-dulu tahun 1980-an ada kedai Sate Ria. 

Lokasi Satay Station ini ialah di Plaza Masalam, Shah Alam. Kami order 15 cucuk satay, mee rebus dan air fresh oren. Menariknya satay dihidangkan dalam bekas beralaskan daun pisang dan telah siap dengan set bawang, timun serta nasi impit. 

Tekak saya dan isteri masih meletakkan Satay Labis Bukit Jelutong sebagai yang terbaik diikuti oleh Satay Kajang Hj Samuri. Satay Station ni not bad juga, tak dinafikan seperti kata-kata dari blog-blog lain, memang satay di Satay Station besar, dan harganya juga besar. 

Mee rebus pula mempunyai banyak taugeh dan amat sesuai untuk pencinta taugeh. Saya pula memang amat kurang gemarkan taugeh dan mee rebus tersebut menjadi habuan isteri. 

Servis pula cepat tetapi tidak boleh menjadikan ukuran kerana saya datang pada hari kerja, bilangan customer pun tidak berapa ramai tapi pada pandangan saya untuk malam hari kerja, not bad juga bilangan mereka yang menjamu selera disini. 

Dari segi harga, untuk orang yang tidak bergaji besar seperti saya, agak terkejut juga dompet saya. Bagi mereka-mereka yang bergaji besar mungkin tidak mempunyai masalah. Tetapi mungkin kerana saya mengambil side order seperti mee rebus dan air-air premium. Harga sebenarnya telah ditulis dengan jelas di menu so kalau rasa kemampuan kewangan kurang, pilihlah menu dengan berhemah. Jangan jadi seperti saya. 

Kuah satay di sini kaya dengan kacang, sesuai dengan namanya sebagai kuah kacang atau sambal kacang. Bagi saya pengalaman makan disini menarik kerana kami duduk di bangku gazebo style. Ada yang tanya saya sedap atau tak satay disini, sukacita dimaklumkan bahawa tekak manusia lain-lain. Bagi saya satay disini not bad dan boleh datang lagi cuma saya lebih gemarkan Satay Labis walaupun sizenya kecik. Tapi ini tidak menghalang saya untuk datang lagi ke Satay Station. 

No comments:

Post a Comment