Wednesday, July 24, 2013

Majalah



Saya gemar membaca dan majalah merupakan salah satu bahan kegemaran saya. Setiap bulan saya akan membeli majalah-majalah sebagai santapan minda. Berikut merupakan majalah-majalah yang saya beli iaitu :-



1. Four Four Two - wajib beli untuk ketahui news and trend in world football. Majalah yang saya telah beli ketika belajar di UK

2. Chips- kerap beli untuk tahu latest trends dalam dunia IT. Majalah ini bukan sahaja menceritakan tentang komputer tetapi juga tentang bidang IT.

3. Asian Auto- kerap beli untuk lihat review kereta baru.

4. Auto Maskulin - saya telah beli sejak dari keluaran pertama. Diperkenalkan oleh rakan saya Anuar Puncak Alam, majalah ini banyak memberi pengetahuan berguna tentang enjin dan penjagaan kenderaan.

5. FHM - saya mula beli ketika di UK. Majalah yang cover segala isu kegemaran lelaki.

6. Stuff - bergantung kepada isu yang dibincangkan. Majalah ini akan menyebabkan duit saya laju melayang dari poket because of its gorgeous review on gadgets.

7. PC Magazine - if I have an IT peripherals in mind to buy, saya akan beli majalah ini.

8. Mobile World - Sesekali saya akan beli untuk update pengetahuan tentang dunia mobile phone. Banyak apps dan OS yang boleh diketahui dari majalah ini. Smartphone merupakan salah satu aspek penting yang saya gunakan untuk membantu menguruskan kehidupan seharian.

9. Reader's Digest - majalah yang pada pendapat saya cool dan happy ending. Kebanyakan kisah dalam majalah ini memberi semangat pada diri kita. Kalau saya ke kedai second hand book, majalah ini antara yang saya beli dahulu. Bagi saya, isu dalam majalah ini tidak lapuk.

10. BBC Knowledge - Kerap ketika awal penerbitannya di Malaysia. Kini hanya sesekali saya beli depends on the issue covered. Saya lebih senang membeli majalah ini dalam kondisi terpakai tetapi perlu pastikan ia tidak terlalu outdated.

11. Discovery Magazine - Kerap ketika awal penerbitannya di Malaysia. Kini hanya sesekali saya beli depends on the issue covered. Saya lebih senang membeli majalah ini dalam kondisi terpakai tetapi perlu pastikan ia tidak terlalu outdated.

12. Digital Camera Magazine - Kerap ketika mula-mula menggunakan DSLR, kini jarang kerana teknik yang diberikan semakin canggih berbanding DSLR D60 saya.

13. Advanced Images Magazine - Kadang kala masih beli sebab nak tengok contoh gambar dan angle terbaik.

14. Mastika - Kadang kala saya beli untuk melihat kisah masyarakat melayu kita.

15. iSihat - Saya baru dua kali membeli majalah ini dan tertarik dengan kandungannya. Banyak aspek kesihatan yang saya pelajari. Saya pernah membeli majalah Men's Health dan Men's Fitness, tapi saya lebih selesa membaca majalah kesihatan berbahasa Melayu. Jika perkara berkaitan dengan sukan, teknologi dan isu semasa saya lebih gemarkan English magazine. Pelik tapi benar. Jika di internet apabila membaca perihal tentang kesihatan, saya juga lebih gemarkan English website.

16. Perajurit dan Tempur - pernah setiap bulan saya membeli majalah ini tetapi kini tidak lagi apabila saya mendapati tiada lagi isu menarik. Sesekali kalau jumpa di kedai majalah second hand akan saya beli.

17. Ujang dan Gila-Gila. Ini majalah yang saya beli ketika zaman sekolah dan zaman belajar di ITM. Saya pernah cuba membaca majalah ini di kedai tetapi tiada lagi yang boleh membuatkan saya ketawa. Mungkin akibat peringkat usia.

18. Times and Newsweek - kegemaran saya apabila berkunjung ke kedai majalah second hand. 

19. Al-Islam - usia semakin meningkat. Terasa indah membaca majalah ini.

20. Majalah-majalah lain yang saya tidak atau lupa tulis di atas. Lupa menunjukkan majalah tersebut jarang dibeli.

Kini selain dari printed material, satu lagi sumber magazine saya ialah Flipboard Apps di Android. Thanks to technology but I still prefer something printed.

2 comments:

  1. May I know where did you get the iSihat? I can't find it at major bookstores

    ReplyDelete
  2. lately two of the magazine I listed above could not be found anywhere. First is Auto Maskulin and the other is iSihat. According to http://www.utusankarya.com.my/v2/, iSihat is still in production. I bought it at a Mamak kedai runcit.

    ReplyDelete