Friday, July 12, 2013

Device Finalized

Saya sebelum ini mempertimbangkan untuk menukar Celcom saya kepada Maxis atas beberapa sebab. Yang pertama ialah saya merasakan Celcom tidak menghargai pelanggan setianya dan kedua ialah saya cuba untuk memanjangkan kontrak dan menukar pelan Celcom saya untuk membeli device dengan lebih murah namun saya perlu mendapatkan talian baru Celcom. Lebih sedih, nombor Celcom saya sekarang ini tidak boleh lagi digunakan kerana saya perlu mengambil nombor baru. Jika saya bertukar ke Maxis, bukan sahaja saya boleh membeli device dengan lebih murah malah saya boleh mengekalkan number telefon saya.



Dari segi jumlah bayaran bulanan hampir sama namun Maxis menggunakan jumlah minit sebagai panggilan percuma sementara Celcom pula menggunakan jumlah harga panggilan. Saya lebih suka dengan jumlah minit kerana saya boleh mengawal jumlah panggilan yang saya buat berbanding penggunaan jumlah harga yang agak menyusahkan saya untuk budget panggilan yang dibuat.

Dari segi mobile internet, Celcom lebih murah berbanding Maxis tetapi di kawasan saya, Maxis lebih bagus dari Celcom. Ini adalah subjektif kerana apabila saya bergerak ke kawasan lain adakalanya Celcom saya menjadi laju dan mudah untuk disambung.

Di kawasan perumahan saya sekarang mengalami gangguan lemahnya signal Celcom dan kuatnya signal Maxis tetapi saya tidak berapa kisah akan perkara ini kerana kebiasaannya selepas beberapa minggu keadaan akan bertukar di mana Maxis pula lemah dan Celcom tiba-tiba menjadi kuat. Hanya Digi sahaja yang signalnya stabil di kawasan perumahan saya.

Di kampung saya dan isteri, Celcom dan Maxis tidak mempunyai masalah dan sentiasa mempunyai signal baik dari voice dan juga mobile internet. Cuma kadangkala untuk mendapatkan HSDPA perlukan sedikit kesabaran tetapi kalau sekadar ingin berwhatsapp, tiada masalah. Di rumah ayah saya memang telah saya letakkan Wifi Streamyx sementara di rumah mertua saya, saya sentiasa boleh bergerak keluar sedikit dari kawasan perumahan untuk mendapatkan signal HSDPA.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk kekal dengan Celcom dan membeli sendiri device yang saya perlukan di kedai Authorized Dealer SAMSUNG di Setia Alam City Mall. Sebelum ini saya membeli Samsung S2 dan Galaxy Tab di Subang Jaya pada tahun lepas. Layanan yang berbeza diberikan kepada saya di kedai SAMSUNG Setia Alam City Mall dimana ianya sedikit eksklusif tidak seperti layanan yang diberikan di kedai telefon bimbit lain. Ia amat sesuai dengan harga device yang lebih mahal dari harga kedai telefon bimbit biasa.

Beberapa hari sebelumnya, saya berada di persimpangan samada ingin memilih Samsung Galaxy S4 LTE untuk mendapatkan mobile internet berkelajuan 4G ataupun menggunakan Samsung Galaxy Note II yang lebih praktikal untuk melakukan kerja-kerja saya. Walaupun dari segi kelajuan sememangnya S4 lebih hebat namun saya bukanlah seseorang yang suka bermain game di smartphone. Saya lebih suka bermain game di PS3 saya.

Samsung Galaxy Note II pula tidak mempunyai 4G LTE. Apabila saya berkunjung ke kedai SAMSUNG di Plaza Alam Sentral, saya disogokkan pula dengan Samsung Galaxy MEGA 6.3 yang berharga lebih murah dari Note II, berskrin lebih besar iaitu 6.3 inci dan mempunyai sambungan 4G LTE. Dari segi kelajuan, MEGA merupakan 1.7 Dual core sementara Note II pula berkelajuan 1.6 Quad Core. Ternyata dari segi teori Note II mempunyai kelajuan yang lebih pantas dari MEGA.

Saya hampir membeli MEGA kerana faktor harga, skrin besar walaupun bukan AMOLED, kelajuan yang tidak banyak beza (secara praktikal) dan mempunyai 4G LTE bagaimanapun saya mengambil keputusan untuk survey dahulu harga device tersebut di kedai-kedai telco.

Apabila saya berkunjung ke kedai-kedai telco, terjadilah perbandingan Celcom dan Maxis seperti di atas. Digi tidak saya kunjungi kerana coverage mereka KURENG sikit walaupun di perumahan saya Digi Terbaik. UMobile is a no no sebab walaupun coverage mereka di kawasan perumahan saya amat hebat (non stop connection for my Blackberry) tetapi di kampung mertua saya connection Out. Terpaksa keluar lebih 5km untuk check BBM.

Balik rumah, saya survey di internet dan melihat sendiri perbandingan di You Tube antara MEGA dan Note II. Memang ada beza kelajuan terutama ketika boot time. Dan kemudiannya membaca perbandingan Celcom dan Maxis. Memang saya setuju tentang seorang user yang mengatakan bahawa Celcom has the widest coverage. Apa guna smartphone kalau tiada line?

Akhirnya semalam saya ke Setia Alam City Mall dan membeli Galaxy Note II di kedai SAMSUNG. Di saat seluruh dunia menunggu Samsung Galaxy Note III, saya pula baru membeli Note II. Yang penting praktikaliti. MEGA amat besar untuk saya walaupun nampak cantik sebab skrin lebih besar.





No comments:

Post a comment