Sunday, July 28, 2013

Pengalaman Demam Denggi

Entri dibawah merupakan entri lama di blog lama saya iaitu entri pada Jun 2011. Peristiwa tersebut adalah satu sejarah dalam hidup saya kerana itulah kali pertama saya dimasukkan ke hospital. 




Please take note semua kejadian ialah pada tahun 2011.
Kisah ini berlaku pada awal Mei lepas dimana saya pertama kali diserang demam denggi.
ISNIN
Saya baru pulang dari Giant Shah Alam apabila badan saya tiba-tiba rasa seram sejuk. Di Giant Shah Alam, saya beli air jambu dan bungkus mee kari. Air jambu saya habiskan sebelum sampai ke rumah dengan niat untuk melantak depan TV namun impian terkubur. Saya tidur kira-kira sejam dan bangun semula dalam keadaan separa segar. Badan terasa seperti panas. Digital termometer saya pula kehabisan bateri. Saya tak jamah pun mee kari tersebut sebab tak ada selera.
Saya ke klinik berdekatan dan ketika dalam perjalanan saya merasakan bahawa terdapat letupan-letupan kecil udara di tangan saya, satu perkara yang amat pelik. Cuaca waktu tu panas dan aircond kereta saya hidupkan ke tahap paling maksima.
Di klinik. doktor mengatakan bahawa temperature saya ialah 38. Confirm demam. Ubat diberi, antibiotik diberi.  Sebelum balik saya singgah di kedai jam untuk beli bateri termometer.
Nak jadi cerita, parents saya datang dari kampung sebab nak ke Tabung Haji di Kuala Lumpur kerana ada urusan. Saya sepatutnya menjadi penunjuk jalan (guna GPS) tapi sebab demam diorang pergi sendiri. Sempat diorang beli macam macam juadah di pasar malam sebab dengar saya takde selera. Saya hanya jamah sikit my favourite dish, nasi lemak.
Malam, suhu saya mencapai 39c dan 40c. Tak boleh tidur. Saya buka internet. First thing yang terlintas dalam kepala saya ialah, aku kena denggi dan aku ada simptom denggi. Tapi tiada ruam merah. Saya check dalam beberapa website medical berkenaan dengan dengue fever, sah saya sudah ada simptom pertama iaitu demam.Malam tu tidur lambat, perut kosong sebab hapa pun tak masuk.
SELASA
Mak dan Ayah saya sepatutnya pulang semula ke kampung tapi sebab saya masih demam, diorang stay. Ubat dah makan, suhu siang hari sedikit menurun. Just low grade fever.Saya ke klinik yang sama sekali lagi dan darah saya diambil tapi doktor kata mungkin masih terlalu awal untuk detect virus. Ketika ini platelet (PC) saya 160. Terdapat sedikit gangguan pada bacaan lain. Doktor kata maybe darah sedang melawan virus yang menyerang.
Malam tu, tukang urut Indonesia yang selalu urut kami suami isteri datang ke rumah sebab dengar saya sakit. Ketika dia urut saya, dia sendiri terkejut badan saya panas. Selepas diurut, badan saya sedikit okay dan tak panas lagi. Cuma kepala je panas. Saya sempat hantar dia balik ke rumah walaupun dia melarang. Dia selalu datang rumah saya jalan kaki sahaja. Sebelum tidur, ayah saya membaca sedikit doa dan disapu ke kepala saya.
RABU
Saya bangun dan rasa segar. Malam tadi selepas diurut saya rasa segar dan selesa, lebih-lebih lagi setelah dikeluarkan angin dari perut yang kosong.  Temp pun lebih kurang 37.4 Ayah dan Mak saya ambil keputusan untuk pulang ke kampung. ‘Lama sangat tinggal rumah’ kata Mak saya.
Petang.. badan saya mula rasa tak sedap balik. Saya ke kedai beli Kool Fever. Bila saya sukat temp saya sudah naik ke 38. Ini baru petang, belum masuk maghrib. Lepas solat maghrib, temp dah naik ke 38 ++ .  Malam itu saya keluar mengeteh dgn rakan saya. Balik dari mengeteh, lepas pukul 10 malam naik ke 39. Saya online internet untuk membaca mengenai simptom saya dan saya simpulkan saya kena denggi walaupun Doktor tidak dapat mengesahkannya. Ketika saya mahu tidur, temp sudah 39++ . Tidur tak lena sebab perut sangat tidak sedap, seperti ada Alien dalam perut. Terjaga jam lebih kurang jam 4 pagi, perut tak sedap. Terus ke toilet dan muntah. Dua kali saya muntah. Ini satu lagi simptom denggi, lepas demam tinggi mendadak disusuli muntah (tak semua orang sebegini simptomnya).
Saya sukat temp saya, 40C. Goyang beb, tinggi tu, tapi dari hari Isnin kepala saya tak berdenyut dan sendi tak sakit. Cuma panas badan dan rasa macam nak tidur dan rasa terawang-awangan.Jam 5 lebih baru tertidur.
KHAMIS
Lepas subuh sambung tidur dan terjaga pukul 9 lebih. Pukul 10 pagi saya ke klinik yang lain. Agak jauh dari rumah. Di sana darah saya diambil lagi sekali. Temp saya disukat dan suhu ialah 37.3. Doktor kata saya tidak demam tapi saya tau saya demam, low grade fever. Maybe sensor temp doktor yang dihalakan ke dahi saya tidak dapat meneka temp dengan betul kerana semalaman saya letakkan kool fever disitu.
Keputusan Rapid Blood Test saya ialah, Doktor dengan muka yang amat concern, PC saya 107. White Blood Cell pula amat rendah. Doktor kata this could be a vital sign saying that your blood is losing its battle against the virus. Saya tanya virus apa yang menyerang? Dia cakap dia takde alat nak detect but it could be Denggue or H1N1. Dengar H1N1 saya nak tergelak sebab saya pasti saya kena denggi, tapi dalam hati cuak juga.
Referral letter ditulis dan saya diminta ke hospital (nasib baik ada insurans, boleh la pergi private hospital yang agak dekat dengan rumah).  Petang baru saya ke hospital sebab masa tu tak larat sangat dah nak drive ke sana (15 minutes drive minus traffic jem). Sampai sana, ingatkan nak check biasa je dengan specialist, malangnya bacaan PC saya masa tu dah lebih rendah dari pagi tadi.
Ayat pertama ditanya, Encik ada insurans or nak bayar sendiri (ni sebelum jumpa doktor). Sedih juga apabila doktor kata saya akan ditahan. Seumur hidup belum pernah saya ditahan di wad, malah ketika saya dilahirkan pun bukan di hospital tapi di kampung. Masa saya accident motosikal waktu umur 17 tahun pun masuk klinik kesihatan je untuk cuci luka.
Saya ditempatkan di satu kawasan menunggu. Tangan saya dimasukkan air. Jarum masuk air tu akan kekal berada di tangan saya selama saya dihospital. Hampir sejam saya berbaring disitu. Masuk air ni rupa-rupanya membuatkan kita kerap buang air.
Akhirnya saya ditempatkan di wad. Saya tidak membawa sebarang pakaian, maklumlah pertama kali masuk hospital. So pakaila seluar jeans dengan tshirt sehinggalah isteri tercinta dan anak tersayang tiba di hospital petang tu bersama kawan-kawannya. Sebenarnya waktu masuk hospital tu saya dah call dia bagitau dan suara dia kedengaran sangat sedih. Lama juga mereka di hospital sampailah kena halau dengan nurse sebab dah malam sangat, itupun sebab anak saya dan anak kawan isteri saya main-main satu alat sampai tertekan Call Nurse.. hehehe budak-budak kan rajin explore.
Malam itu tidur tak lena, dicampur demam, ketidak selesaan dimasukkan air dan jarum air yang melekat di tangan. Beberapa jam sekali saya akan dikejutkan dengan penuh sopan oleh nurse, nak ambil BP dan Temp serta untuk diberi ubat panadol dua biji.Temp demam, BP pula normal.
JUMAAT
Pagi pertama saya dihospital. Saya dikejutkan oleh doktor sendiri. Doktor kata PC saya sudah semakin rendah iaitu 60. Memang bosan nak tunggu petang apabila isteri dan anak datang melawat. Ayah saya call tadi bagitau dia akan datang rumah saya untuk tolong jaga rumah. Petang tu mereka sampai, dari jauh saya dengar suara anak saya dah jerit Daddy Daddy. Memang seronok betul dia dapat jumpa saya. Isteri saya membawa pelbagai benda nak bantu saya naikkan PC, antaranya 100 plus, Gatorade dan sup ketam. Selera saya masih tiada. Saya juga diberi suntikan cegah gastrik. Ini lagi satu simptom denggi (bergantung pada individu) iaitu selain demam tinggi, tiada selera makan hingga gastrik dan muntah.
Malam itu saya lalui seperti malam semalam, bosan, sentiasa dikejutkan oleh nurse untuk BP dan Temp serta disuntik ubat sakit perut dan diberi panadol.
SABTU
Sejak dimasukkan ke hospital, saya diberi suntikan di lubang jarum air di tangan saya. Dan pada hari ini setelah dua hari disuntik, saya terasa amat pedih sekali seperti air garam dicurahkan terus ke dalam luka. Hari ini isteri, anak dan mak ayah saya datang tengahari. Seperti biasa dari jauh terdengar jeritan Daddy Daddy .
Otak saya memang fikir nak balik, pertama kalinya ialah kerana pada tengah malam tadi, nurse yang ambil temp saya kata saya sudah tidak demam dan bacaan BP saya very perfect. Saya sudah gembira sebab ingatkan Sabtu boleh keluar tapi nurse tu kata, biasanya ikut pengalaman dia bila demam dah habis baru la PC akan jatuh mendadak. Takut pula dengar. Subuh tadi darah saya diambil dan kira-kira jam 9 pagi, Doktor datang dan lebih kurang macam ni ayat dia.
‘Encik Nizam, good morning. How do you do. Okay your PC this morning is 40 okay, still high, don’t worry’
Lepas tu dia arahkan nurse lajukan water drip saya. Saya agak situasi saya maybe mula nak menjejaki zon bahaya. Malam tadi sebenarnya saya keluarkan segumpal darah beku dalam hidung saya. Tapi bila doktor tanya, ada berdarah ke tidak saya jawab TAK sebab tak nak kena stay di hospital lebih lama la kononnya, which is a dangerous answer to choose.
Selepas keluarga saya balik, saya berehat. Petang tu buat pertama kalinya darah saya diambil lagi dan saya sempat risik PC saya dengan nurse, katanya dah semakin turun. My latest PC today is 34. Bila dengar nurse suruh saya makan sup ketam banyak-banyak dan minum 100 plus, hati dah goyang. Walaupun saya pernah ada kenalan yang PC nya hampir kosong kena denggi tapi selamat bernyawa sehingga sekarang, tapi hati saya goyang bila kena pada diri sendiri.
Malam tu jantung saya berdegup kencang, hati amat berdebar, seolah merasakan segala yang saya usahakan sedang melawan kembali virus denggi. BP saya diambil dua kali tengah malam tu, selang beberapa jam dan nurse terkejut dengan keputusannya, 144 dan 166 is my BP. Saya dengar nurse berbisik pada kawan dia something like ‘Demam dah baik tapi BP pula naik’.
AHAD
Darah saya diambil lagi sekali. Doktor datang seperti biasa. Tapi PC saya tidak diberitahu, katanya result tak dapat lagi sebab staf lab belum datang. This is Sunday morning, semua orang nak ke pasar or maybe bangun lewat sebab berembun malam tadi. Hati saya jadi tak tenteram. Ingatkan boleh la discharge hari Ahad.  Selepas keluarga saya datang melawat, saya tanya seorang nurse tentang PC saya. Rupanya PC saya sudah naik kembali ke 40. Hati dah seronok. Kebiasaannya bila PC naik dia tak akan turun, itu kata nurse. Petang tu darah saya diambil lagi sekali tanpa saya ketahui result PC tersebut. Cuma apa yang saya tahu, resultnya positif sebab malam itu water drip saya dicabut dari tangan. Selama ini my movement is limited because of the water drip. Yang tinggal cuma jarum masuk air, ditinggalkan just in case.
ISNIN
Pagi-pagi saya dah bangun. Mandi macam orang tak sakit. Seronok betul rasanya walaupun saya masih tak pasti boleh discharge ke tidak. Doktor datang membawa berita gembira.
‘Encik Nizam, how do you do today, you can go back today ‘
Dia tanya saya, anything you want to ask ?
Saya jawab. Actually doctor, hidung saya ada darah beku.
Dia tanya lagi, macam mana darah tu keluar?
Saya jawab.. Saya korek hidung ada darah beku. Every night ada.
Dia jawab .. Then You Jangan Korek Hidung Lah… lepas tu dia ketawa dan berlalu..
PC saya sudah naik 80. Proses nak keluar sahaja makan masa hampir 2 jam. Ubat dihantar kepada saya dan bil juga dihantar. Saya perlu ke tempat pembayaran kerana rupanya bukanlah ditanggung semuanya oleh pihak insurans, saya kena bayar RM 200. My Total bill was nearly RM 4000 (tak ingat exact figure sebab diorang tak bagi saya bil, cuma dimaklumkan sahaja kepada saya.
Sampai di rumah rasa macam Heaven. Five Days in the hospital. Ubat seguni dibekalkan. Kena makan sampai habis. Buang air kecil, air besar semua sama je ada bau ubat. Anak saya sepanjang masa riang ria, menari menyanyi,asyik sebut yeay!!! Suka betul dia saya dah balik rumah. Malam tu saya batuk-batuk. Sebenarnya sejak hari Jumaat saya dah batuk-batuk sampai la dibekalkan dengan ubat batuk, kahak pula keluar darah hidup. My first night di rumah pun macam tu juga. Kahak keluar darah hidup dan hidung ada darah pekat segumpal. Sekali lagi hati goyang tapi diamkan je. Malam tu tak berapa boleh nak tidur bukan kerana sakit, tapi sebab dah terbiasa susah tidur malam.
SELASA
Parents saya pulang ke rumah pada tengahari. Sebelum tu diorang bawa saya dulu untuk beli barang-barang keperluan. To be honest with you all, sejak keluar hospital pada hari Isnin, kepala masih bergoyang dan badan masih lemah. Jalan pun longlai dan yang paling tak sedap ialah sendi mula rasa sengal terutama di tangan dimana jarum air dicucuk. Urat bengkak. Nurse dah beritahu saya, ada orang kena denggi masa demam dia tak sakit sendi, tapi bila dah baik demam dan dah keluar hospital, itu dia sakit sendi menyerang. Dan saya adalah dalam golongan yang dinyatakan oleh nurse ni.(Sampai sekarang tangan saya masih sakit sekali sekala).
RABU
Badan dah okay sikit. Saya dah cuba drive dekat-dekat.
KHAMIS
Sepatutnya cerita ni dah tamat kan? Sebab saya dah keluar hospital. Saya datang balik hospital sebab ada appointment. Dah mampu drive sendiri ke hospital. PC saya dah naik ke 335. Normal.
Minta maaf pada rakan-rakan, saudara mara yang telefon dan sms untuk bertanyakan hospital mana saya masuk waktu itu, bukan tak nak jawab cuma tidak mahu menyusahkan kalian semua melawat saya. Bikin susah-susah je.
JUMAAT
Mak saya call selepas solat Jumaat. Ayah kau tak sihat. Saya tanya Mak, Ayah kena apa? Mak jawab, entah. tapi badan dia panas dan dia amat lemah. Saya tahu ayah saya lama di rumah saya. Mesti kena denggi. Dengue virus takes approx 7 days for it to strike. So kalau kena gigit nyamuk aedes berdenggi hari ni, esok tak demam. It does not work like that.Lebih kurang  7 days baru virus tu matang. Ini berdasarkan pembacaan saya dan juga penceritaan doktor pada saya. Sebab tu kalau kita admit masuk hospital kerana denggi, penyiasat denggi akan tanya, dimanakah anda seminggu dua sebelum ini.
Saya nak balik tapi masih tak larat drive jauh-jauh.Saya call makcik saya sebab saya tahu dia nak balik kampung hujung minggu ni.
SABTU
Mak kata Ayah dah okay sikit. Tapi saya cakap pada Mak, hati-hati. Sebab saya yakin ayah saya kena denggi. Makcik dan pakcik saya dah sampai di rumah parents saya so hati saya lega sikit, tak lah susah payah Mak sorang-sorang.
AHAD
Sepupu saya kerja Doktor di Melaka datang ke rumah parents saya untuk check ayah saya, sah demam tapi tak pasti denggi ke tidak. Ayah ke hospital dengan mak serta makcik dan pakcik saya. PC ayah masih 100 lebih tapi saya tahu PC tu akan drop.
ISNIN
Diorang di hospital lagi sebab hospital suruh Ayah datang everyday nak check blood. Ayah call saya bagitau PC dia still dropping. Suara dia nampak lain dan saya tau dia lemah. Pakcik dan Makcik saya balik KL hari ini.
SELASA
Ayah call saya bagitau dia ditahan di wad. PC continue to drop. Saya ambil keputusan balik kampung lepas makan tengahari. Gagahkan juga nak drive. Nasib baik wife dapat temankan.Sampai kampung around 5, ambil mak di rumah dan terus ke hospital. Diorang terkejut tengok saya balik dalam keadaan tak 100% sihat.
That night was the first night without Dad in the house. Mak nampak cool tapi dia nampak letih dan sedih. Nasib baik ada cucu dia.  Masa di hospital, anak saya yang baru masuk 2 tahun ni macam pelik tengok Atok dia dalam keadaan yang sama macam saya a week before.
RABU
Ayah masih di hospital. Kami melawat dia tengahari dan petang. Oleh kerana kandungan gula ayah naik, kami tak bagi dia 100plus, tapi kami bagi dia sup ketam dan jus tembikai. Di hospital kerajaan ni susah sikit nak dapat PC ayah. Bila tanya nurse semua kata tak tau je. Tapi selera makan ayah okay, semua lauk hospital dia sapu. Ramai juga pelawat ayah.. orang kampung, adik beradik dia, sepupu-sepupu saya, AJK masjid kampung.
KHAMIS
Ayah cakap, kalau letih tak payah lah datang melawat dua kali. Tapi saya tak kisah, saya masih teringat jasa dia minggu lepas datang ke rumah saya ketika saya dalam hospital dan kerana itu juga dia kena denggi.
Saya sempat bersembang dengan Doktor muda yang merawat ayah saya, dia kata PC ayah saya paling rendah is 60 and now climbing to 64. Saya kata mine was 34 last week dan dia kata ..’ Waaaa, veli lendah ooo’. Kalau di kawasan saya, 34 doktor kata still high.
Hospital kerajaan ni ambik darah kerap, 4 kali sehari rasanya. Dan kali ni kebetulan terjumpa sedara mak, dia nurse di sini. Menantu salah seorang kawan ayah pun nurse di wad sama. Maka dapatlah kami keputusan PC terkini dan sensasi.
JUMAAT
Ayah discharge. Orang yang paling gembira?? Cucu dia lah. Reaksinya sama sewaktu saya discharge dan sampai di rumah. Dia menari, menyanyi, sebut yeay!! berulang kali dan senyumannya sentiasa terukir.
Ayah nampak amat letih, katanya tidur malam sering terganggu oleh kedatangan nurse untuk ambil darah, bp, temp. Buat pertama kalinya saya lihat Ayah tak larat ke masjid untuk sembahyang Jumaat. Lepas Jumaat ayah dah tidur. Bangun sebelum Asar, dan malam tu Ayah tidur awal. Nampak dia letih dan masih lemah.
SABTU
Saya balik semula ke rumah dengan perasaan berdebar sebab pada hari Khamis, jiran berhampiran rumah saya dipecah masuk antara jam 3 – 5 petang. Jumlah kerugian 6k. Sampai rumah, everything is fine. Alhamdulillah.
Mula explore the possibility untuk pasang insect screen. Usyar di homenetscreen.com.my. 8.50 per sqf for magnetic type and 9.50 for sliding. (Untuk pengetahuan, saya akhirnya pasang insect screen di semua tingkap rumah, not 100% effective but I could say 90% of the threat is gone)
— Kes diatas tidak boleh dijadikan rujukan 100%. Saya bukan doktor, saya hanya sampaikan apa yang saya dengar dan alami sahaja. Simptom juga berbeza, ayah saya demam dan sakit sendi, saya pula demam dan setelah keluar hospital baru sakit sendi. Bintik merah hanya sedikit di bahu. Saya hilang selera makan, muntah dan diserang gastrik, ayah saya pula selera makan tidak berubah sejak hari pertama diserang denggi.  Jika anda rasa anda kena denggi, buatlah blood test.

Kira-kira sebulan lebih selepas saya mengalami denggi baru lah saya merasakan sendi saya amat lemah dan sakit-sakit. Tetapi ia akhirnya hilang dengan sendiri.

No comments:

Post a comment