Friday, June 28, 2013

Program Ceramah Pengukuhan Pengurusan Rekod Perubatan


Pada 12 Jun 2013 bersamaan hari Rabu yang lalu, saya telah menghadiri satu program yang menarik, dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana. Program ini yang bertajuk Persediaan Menghadapi Bencana di Hospital Awam di Malaysia merupakan satu topik yang menarik. 



Persediaan menghadapi bencana ini adalah khusus untuk rekod perubatan di mana pihak Fakulti telah menjemput tiga orang wakil dari Jabatan Rekod Perubatan dari tiga buah hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Kajang dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Satu perkara yang menarik ialah mengenai dua hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Kajang yang telah wujud sebelum abad ke 19. Ketiga-tiga wakil iaitu Tuan Haji Lokman Dasuki (Hospital Kuala Lumpur), Puan Zanariah Abdul Rahim (Hospital Kajang) dan Encik Jamil (Hospital Tuanku Jaafar) telah berkongsi pengalaman mereka menguruskan rekod perubatan dan juga bagaimana persediaan mereka menghadapi bencana terhadap rekod perubatan.

Antara kepentingan rekod perubatan ialah untuk menghadapi isu medico legal sebagai contoh rekod seseorang pesakit mangsa jenayah diperlukan dalam siasatan polis dan perbicaraan di mahkamah.

Para penceramah dan pensyarah Fakulti sedang menikmati minum pagi sebelum program bermula


En Jamil (Hospital Tuanku Jaafar) sedang ditemuramah oleh pelajar-pelajar Fakulti.


Para penceramah bersama Puan Nik Azliza selaku moderator dan Encik Kamarul Azwan (Ketua Program)
Puan Zanariah dari Hospital Kajang berkongsi pengalaman dengan para pelajar
Tuan Haji Lokman dengan gayanya yang menarik memberi 'warna' terhadap penceritaannya

No comments:

Post a Comment