Monday, June 03, 2013

Petang Yang Cantik


Langit Petang yang Cantik

Petang tadi saya ke Seksyen 7 , Shah Alam kerana isteri ingin ke beberapa kedai disitu.Saya menetap di Shah Alam sejak dari tahun 1995 dan saya dapat melihat bagaimana pesatnya kawasan di atas membangun. Pelbagai kedai makan, kedai kain dan butik tumbuh ibarat cendawan di kawasan ini. Ketika ini kawasan dihadapan kedai tempat isteri saya shopping penuh dengan kenderaan, obviously need to park somewhere. Jadi saya merayau sementara isteri dan anak sulung saya ke kedai, saya dan adik Tibas yang sedang nyenyak dibuai mimpi di seat belakang merayau mencari tempat untuk berlabuh. Dan kawasan ini, satu kawasan lapang disebelah hospital Shah Alam yang dalam pembinaan menjadi tempat port saya. Tanpa enjin dimatikan kerana inginkan udara dingin buat menyenyakkan adik Tibas, inilah pandangan saya menerusi cermin hadapan.

Tiba-tiba terfikir, what a beautiful sky. Namun yang ada hanyalah camera phone. Lately memang saya amat jarang membawa bersama DSLR mungkin kerana ianya berat. DSLR tersimpan rapi dalam beg kamera menunggu masa yang sesuai untuk digunakan. Selepas habis agenda di Seksyen 7, kami semua ke pasar malam Meru. One of the best places on earth.
Published with Samsung Galaxy Note 2

No comments:

Post a Comment