Thursday, May 28, 2015

Action Verbs for Research Objectives

Dibawah saya kongsikan merupakan action verbs yang sesuai digunakan untuk formulate research objectives dan questions kita. Apabila menulis research proposal, penggunaan ayat dan terma yang menarik perhation boleh menjadikan research proposal difahami dan juga accepted. 

 

Thursday, May 14, 2015

Finally Yosemite for my MBA


Finally, setelah mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk update support, saya akhirnya update kepada Yosemite. Maka, pencarian maklumat tentang Yosemite dan permasalahan yang dialami segelintir pengguna Mac terhadap Yosemite saya jadikan panduan untuk menjalankan operasi Time Machine, iaitu satu langkah kecemasan yang akan diambil sekiranya tidak berpuas hati dengan Yosemite.

Saya backup dahulu OS lama menggunakan Time Machine. Saya menggunakan external HDD 320GB saya yang lama untuk Time Machine dan HDD tersebut buat masa ini tidak boleh disambungkan dengan Yosemite kerana takut backup Yosemite akan overide the backup Maverick yang sedia ada di dalam HDD tersebut. Proses nak transfer kesemua content dalam HDD 320GB berjumlah sekitar 90GB dan content satu lagi HDD 80GB saya berjumlah hampir 75GB ke dalam HDD PC saya berkapasiti 320GB. Kemudian saya memindahkan kesemua 90GB dan 75GB tersebut ke HDD WD 1TB saya. Keseluruhan kesemua proses ini memakan masa hampir 1 jam. 




2 jam baru habis download installation file via Unifi 10Mbps
  Proses download Yosemite dari Apps Store memakan masa kira-kira 2 jam menggunakan Unifi 10MBps. Sebanyak 5GB++ data Yosemite di download dan kemudian proses installation memakan masa hampir 20 minit walaupun di skrin MBA menyatakan bahawa prosesnya adalah 15 minit tetapi saya merasakan bahawa proses sebenar adalah lebih 20 minit dan akhirnya Yosemite saya selamat berada di dalam MBA.

dah nak habis install

 
My first impression is Yosemite nampak Smooth as Butter, nampak lebih smooth dari Maverick. Dock saya telah tidak 3D lagi dengan Yosemite. Wireless Mouse saya boleh digunakan semenjak proses downloading dan installation Yosemite.

Selepas selesai proses upgrade ke Yosemite, tiba giliran mengupdate komponen-komponen di dalam Yosemite sendiri seperti Pages, Keynote, Numbers, iMovie dan juga Safari. 

Alhamdulillah, semua komponen dalam Yosemite telah diupdate mengikut recommendation. Hari ini saya akan menguji Yosemite dengan kerja-kerja seharian saya yang lebih kepada browsing, writing dan yang paling penting, presentation menggunakan Keynote. Jika tiada update, anggaplah penghijrahan saya ke Yosemite satu kejayaan. 

 



Tuesday, May 12, 2015

Personaliti Melalui Warna







Saya selalu ternanti-nanti maklumat-maklumat dari Bahagian Perkhidmatan Psikologi UiTM kerana maklumat yang diberikan selalunya menarik dan simple untuk difahami. Disini saya kongsikan bersama Personaliti Warna. Terima Kasih kepada Bahagian Perkhidmatan Psikologi UiTM kerana sudi berkongsi ilmu.

Sunday, May 10, 2015

Sony Walkman NWZ A15




MP3 player dalam hidup saya bukanlah sesuatu yang baru. Gajet ini telah saya gunakan bertahun lamanya, semenjak saya menggunakan handphone Sony. Memikirkan bahawa bateri handphone akan cepat habis jika menggunakannya sebagai player mp3, saya membeli standalone MP3 player. Saya pernah menggunakan jenama Sony, dan kemudian menggunakan satu jenama dari China, kemudian menggunakan kembali Sony mp3 player, kemudian beralih pula kepada Philips Go Gear MP4 player sebelum kembali beralih kepada Sony Mp3 player.

Berbekalkan mendengar muzik, saya tercari-cari player yang mempunyai sound yang clear dan jika dibuka dalam volume yang rendah pun akan tetap menghasilkan bunyi yang clear. Ketika bujang, saya mempunyai mini fi hifi jenama Panasonic yang menghasilkan bunyi yang sedap terutama apabila volume dibuka dengan perlahan dan sederhana.

Pernah suatu ketika, saya kerap berada di studio rakaman menyaksikan bagaiman penghasilan muzik dan lagu untuk industri muzik tanahair. Ketika itu saya sering mengikut rakan saya iaitu komposer Wan Zul ke Booty Studio di Jalan Pahang. Bunyi muzik dari speaker di studio tersebut mengkagumkan saya kerana bunyi yang keluar  sangat jelas dan 'seketul-seketul'. Dengan Mp3 player yang saya ada sebelum ini, masih boleh mendengar lagu dengan sempurna tetapi sound yang dihasilkan agak normal, saya mencari-cari bunyi yang saya dengar dari speaker di studio rakaman.

Akhirnya saya diperkenalkan kepada player berjenama Hippo Biscuit ketika di sebuah kedai headphone. Ketika mencuba pelbagai headphone di kedai tersebut, bunyi yang dihasilkan oleh headphone-headphone tersebut akan bertambah sedap jika digunakan bersama player yang bagus.

Namun Hippo Biscuit merupakan satu gajet yang minimal, tiada screen, tiada option setting dan tiada button untuk adjust equalizer. Bererti semua lagu akan menggunakan setting yang standard dari player Hippo Biscuit. Walaupun bunyinya lebih baik dan clear dari player mp3 biasa namun masih lagi kekurangan Ummph.

Saya mula mengkaji tentang Mp3 player yang high end, yang mampu menghasilkan bunyi yang sedap. Dan akhirnya, I came across the term Digital Audio Player atau ringkasnya disebut DAP (bukan parti politik). 

Hasil pembacaan, sekarang wujudnya High Res Audio yang memerlukan DAP boleh membaca format High Res Audio. High Res Audio ini secara ringkasnya lebih berkualiti dari mp3 atau mp4. 

Memetik dari laman whathifi.com

To illustrate why they should sound better than MP3s, for example, let’s compare the relative bitrates. The highest quality MP3 has a bitrate of 320kbps, whereas a 24-bit/192kHz file is transferred at a rate of 9216kbps. Music CDs are transferred at 1411kbps.

Lihat sahaja figurenya, 320kbps untuk MP3, CD 1411kbps sementara High Res Audio ialah 9126kbps. Dikatakan bahawa High Res Audio ini hampir menyamai bunyi 'seketul-seketul' yang didengari di dalam studio rakaman.



Pencarian DAP High Res Audio mendapati harga yang ditawarkan semuanya mahal-mahal belaka. Akhirnya saya menjumpai High Res DAP yang sesuai dengan bajey saya iaitu Sony NWZ A15. Perbezaan dengan A17 hanyalah pada internal storage iaitu A15 mempunyai 16gb sementara A17 mempunyai 64gb. Ini tidak menjadi masalah kerana terdapat slot external sd card yang membolehkan kita upgrade kapasiti simpanan kita.

Sebelum itu, terdapat banyak format-format lagu dan yang paling popular ialah mp3. Untuk format High Res Audio, format FLAC merupakan yang paling popular. Satu lagu Mp3 yang berkapasiti 4MB boleh mencapai 100 MB untuk FLAC. Definisi FLAC menurut Wiki ialah,
  1. FLAC stands for Free Lossless Audio Codec, and it is an audio compression format like MP3, but while MP3 uses a "lossy" compression, which basically discard audio information that humans can't hear, FLAC uses a lossless compression, which will not change the quality of the compressed audio.
FLAC menyimpan lebih banyak 'maklumat' tentang sesuatu lagu tersebut berbanding mp3 dan menjadikan sizenya lebih besar tetapi juga bunyi lebih jelas. Terdapat lagu berformat FLAC yang jika dimainkan di High Res DAP player akan mengeluarkan 'bunyi-bunyi' yang tidak kedengaran di lagu yang sama menggunakan format mp3 dan dimainkan di mp3 player.

It's subjective, sure, but it's also science. Lossy compressed audio formats (mp3, mp4, aac…) are about half the size of lossless compressed files. In that "extra" data are thousands of details - the crash of cymbals, rich bass, the sound of the guitar pick making contact with the strings - that get cut out in order to give us 10,000-plus songs on our mobile devices. (www.techradar.com)


Di bawah merupakan spesifikasi Sony NWZ A15.


Features

  • World's smallest and lightest*1 Hi-Res Audio digital music player
  • S-Master HX™ full digital amplifier
  • DSEE HX™ which upscales the quality of compressed sound sources to surpass CD quality
  • High-quality components and ClearAudio+ technology for absolute clarity
  • Long battery life for extended playback time
  • Equipped with memory card slot for expanded memory


Internal16GB
External MemorymicroSD slot (not supplied)
BluetoothBluetooth® Ver 2.1+EDR1 A2DP / AVRCP / OPP
NFCYes
FM Tuner76.0~108.0MHz
Display2.2" QVGA (240 x 320 Pixels) TFT color display with white LCD-backlight
Power SourceBuilt-in Li-ion Rechargeable Battery / USB power through the USB connector of the player
Battery LifeMP3 - 50 hours (*MP3 128kbps, when Bluetooth OFF) Hi-Res Audio - 30 hours (*FLAC 192kHz/24bit, when Bluetooth OFF)
Recharge Time4 hours
Maximum Dimensions (W x H x D)Approx. 43.6 x 109 x 8.7mm
WeightApprox. 66g
MUSIC
Sound EffectsS-Master HX / DSEE HX / Clear Audio+ / Clear Bass / Equalizer / VPT(surround) / Dynamic Normalizer
Number of SongsMP3 128kbps: 3600 / Linear PCM 1411kbps: 330 / FLAC 96kHz/24bit: 100 / FLAC 192kHz/24bit: 50
Maximum Recording TimeMP3 128kbps: Approx 213hr 20 min / Linear PCM 1411kbps: Approx 19hr 20 min / FLAC 96kHz/24bit: Approx 6hr 00min / FLAC 192kHz/24bit: Approx 2hr 40min
FILE FORMATS SUPPORTED
Compatible FormatsMusic:FLAC / Apple Lossless(ALAC) / MP3 / AAC*1 / HE-AAC / WMA*2 / Linear PCM(WAV) / AIFF Movie:MPEG-4 / AVC(H.264/AVC) / Windows Media Video 9
Other FunctionsKaraoke, Dance, Display Lyrics, Language Study, Sense Me™ Channels

Komen saya setelah dua minggu menggunakan Sony DAP ini, bunyinya memang Ummph. Dan player yang baik memerlukan earphone/headphone yang baik.

Friday, April 10, 2015

Kesedaran Awam Tentang Pengurusan Rekod Masih Rendah - Ahli Akademik

 
image from galleryhip.com

Berita dibawah diambil dari laporan Bernama. Sememangnya benar apa yang dikatakan dimana walaupun banyak organisasi sudah semakin sedar tentang kepentingan pengurusan rekod dan dokumen yang teratur, namun masih lagi ianya berada di tahap yang tidak memuaskan. Saya sudah semestinya bersetuju tentang laporan dibawah kerana saya merupakan salah seorang ahli akademik yang ditemubual. Setakat entri ini ditulis, beberapa news portal telah mengambil berita ini untuk disiarkan termasuk news portal luar negara. Yang penting, mesej di dalam laporan dibawah berjaya disampaikan.


Kesedaran Awam Tentang Pengurusan Rekod Masih Rendah - Ahli Akademik


Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar
SHAH ALAM, (Bernama) -- Sebahagian daripada keseluruhan enam juta pembayar cukai di negara ini mungkin sudah mengemukakan dan mengembalikan Borang Penyata Cukai Pendapatan sama ada secara manual yang tarikh akhirnya pada 30 April atau e-Filing Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum 15 Mei ini.

Menurut Akta Cukai Pendapatan 1967, transaksi percukaian yang dilakukan saban tahun ini menghendaki pembayar cukai menyimpan rekod cukai untuk tujuh tahun bagi menentukan kesahihan akaun mereka dan membolehkan perbandingan dilakukan jika perlu.

Yang demikian, sudahkah anda menyimpan segala rekod cukai berkenaan?

Ramai beranggapan bahawa penyimpanan segala rekod berkenaan hanya menyemakkan rumah dan dirasakan tidak berguna. Namun, ada sebilangannya pula berpendapat penyimpanan segala jenis dokumen sangat penting lalu mewujudkan ruangan stor atau kabinet penyimpanan, serta fail-fail khusus.

Berapa ramaikah yang menyedari bahawa resit-resit transaksi pembayaran, sijil kelahiran, perkahwinan dan akademik, geran tanah, surat perjanjian sewa beli rumah dan kenderaan serta polisi insurans jika disimpan dan diurus dengan baik boleh menyelesaikan permasalahan berbangkit di kemudian hari?

PENYIMPANAN REKOD PENTING
Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Rekod, Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Dr Irwan Kamaruddin Abd Kadir berkata rekod bermaksud sebarang catatan yang mengandungi maklumat atau sekumpulan dokumen yang diwujudkan dalam sesuatu urusan.

Mempunyai kaitan antara satu sama lain, dokumen berkenaan diwujudkan secara bersiri dan berterusan.

"Rekod mesti lengkap... tak boleh ada siri atau jilid yang hilang. Sama seperti novel juga jika ada siri yang hilang, sudah tak seronok baca.

"Sama juga dengan rekod. Untuk pastikan rekod mempunyai hilang, jangan ada maklumat yang hilang," katanya kepada Bernama dalam satu temubual di sini.

Bagi agensi atau jabatan kerajaan, Irwan Kamaruddin berkata kepentingan pengurusan rekod yang baik mampu mewujudkan pelbagai nilai seperti sejarah, kajian, maklumat dan pembuktian sama ada kepada negara mahu pun kepada sesebuah institusi.

"Kita perlu klasifikasikan segala maklumat itu dan kemudian barulah kita boleh nampak nilai-nilai yang wujud dalam sesuatu rekod. Kita tak boleh dengan sengaja nak mencipta nilai sejarah. Nilai-nilai ini hanya wujud secara kebetulan pada kitaran sesebuah rekod," katanya.

KEPENTINGAN KEPADA INDIVIDU
Pensyarah kanan di pusat pengajian yang sama, Mohd Nizam Yunus berkata sama ada individu atau agensi kerajaan, pengurusan rekod yang baik mampu menjimatkan masa dan tenaga.

Di dalam hal taksiran penyata cukai pendapatan individu, beliau berkata mereka mungkin berdepan risiko didenda dan dipenjara sekiranya segala resit pembelian seperti buku, alatan sukan dan komputer gagal dibuktikan.

"Tuntutan pengecualian cukai oleh individu memerlukan mereka menguruskan resit dan invois dengan baik supaya jika LHDN ingin menyemak kembali keaslian tuntutan itu, maka individu boleh mengemukakannya pada masa yang dikehendaki.

Menurut seksyen 119A Akta Cukai Pendapatan 1967, seseorang individu boleh didenda RM300 sehingga RM10,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali atas kesalahan tidak menyimpan rekod.

"Bayangkan juga jika seseorang itu tidak menguruskan rekod individu mereka secara sempurna, sebagai contoh ketika ingin mendaftarkan anak di sekolah. Dia perlukan sijil kelahiran anak. Jika sijil kelahiran anak hilang, maka dia terpaksa pula ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memperoleh salinan. Bukankah itu merumitkan, membazirkan masa dan tenaga?" katanya.

KEPENTINGAN KEPADA AGENSI ATAU JABATAN
Prof Madya Dr Aliza Ismail dari Pusat Pengajian Pengurusan Rekod berpandangan bahawa bagi sesebuah organisasi, pengurusan rekod boleh dijadikan rujukan atau analisa sekiranya sesebuah organisasi itu 'gulung tikar', dijadikan pembuktian di mahkamah jika ada perkara berbangkit serta membantu perjalanan fungsi organisasi.

"Keberkesanan pengurusan rekod adalah rekod yang tepat dapat diperoleh pada masa ia diperlukan," katanya dan menambah kata bahawa pengurusan rekod lazimnya memenuhi tiga matlamat iaitu yang pertamanya untuk memenuhi kehendak operasi sesebuah organisasi, kedua mematuhi undang-undang dan kewangan daripada segi audit dan sebagainya dan ketiga ialah harapan masyarakat, bermakna rekod itu disimpan untuk bahan arkib untuk tujuan penyelidikan di masa hadapan.

Mengambil contoh agensi atau jabatan kerajaan seperti hospital, JPN dan Pejabat Tanah dan Galian, Mohd Nizam berkata tanpa pengurusan rekod yang baik, ia pasti akan menimbulkan kesukaran khususnya kepada rakyat dan mengganggu perjalanan operasi sesuatu agensi.

"Contohnya hospital, individu yang mempunyai alahan ubat tertentu boleh pergi ke mana-mana hospital tanpa perlu mengingati jenis-jenis ubat yang pernah diterima jika rekod perubatannya diuruskan dengan baik oleh pihak hospital dan dapat diakses oleh mana-mana hospital sekali pun," katanya.

KESEDARAN MASIH RENDAH
Irwan Kamaruddin berkata aspek pengurusan rekod perlu diberikan keutamaan dalam setiap bidang memandangkan kesedaran umum terhadap perkara itu ketika ini masih ditahap minimum.

Beliau berkata pengurusan rekod yang bermula di Malaysia pada 1956 telah pun mengalami revolusi daripada kaedah konvensional iaitu proses pengrekodan menerusi sistem fail atau buku kini beralih kepada sistem perisian elektronik.

Namun, Malaysia menggunakan kaedah 'hybrid' yang menggabungkan proses pengurusan rekod secara konvensional dan juga perisian elektronik, katanya.

Dr Aliza berkata peruntukan yang dibelanjakan sesebuah organisasi bagi pengurusan rekod yang baik masih tidak mencukupi memandangkan persepsi umum bahawa pengurusan rekod bukanlah aset yang perlu diberi keutamaan.

"Rekod ini dia tak menjana pendapatan tapi memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Tetapi untuk jangka masa panjang, ia mampu menjamin daripada segi kelestarian sesebuah organisasi," katanya.

-- BERNAMA 


http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/fe/newsfeatures.php?id=1124867

Sunday, April 05, 2015

Pentingnya Pengurusan Rekod Di Dalam GST

picture from enterprisenation.com

Rata-rata tinjauan saya mendapati pelbagai reaksi yang berbeza mengenai GST dikalangan rakan-rakan mahupun peniaga. Ketika saya ke kedai bakeri bersama isteri untuk membeli barang-barang untuk membuat kuih, brader yang jaga kedai tersebut pening apabila saya tanyakan mengenai GST. Ketika itu cuma ada beberapa hari lagi sebelum 1 April. Katanya dia sudah membelanjakan RM 4500 untuk membeli sistem dan dia dengan gaya muka yang risau memberitahu kami bahawa barang-barang memang akan naik apabila GST dikuatkuasakan. Katanya, dia tidak nampak di mana barang-barang di dalam kedainya akan turun. Bila saya tanya tentang barang-barang yang tidak dikenakan GST di kedainya, dia hanya memberitahu tepung gandum sahaja. Kemudian mukanya kelihatan berkerut-kerut memikirkan apa lagi barang dikedainya yang tidak kena GST sebelum saya memintas pemikirannya dengan bertanya soalan, 'Agak-agak sampai tak 10 barang kedai ni yang tak kena GST?', Dia menggeleng, 'Bawah Lima je Bang' jawabnya yakin. 

Kalau tanya kawan-kawan, saya rasa baru seorang sahaja yang reaksi positif terhadap GST, itupun kelmarin dia sudah membuat aduan pada Kastam dan KPDN kerana tidak puas hati cara dia dikenakan GST di sebuah restoran mamak. 

Beberapa orang student saya mengadu dikenakan GST di kedai runcit kecil berhampiran kediaman mereka dan apabila mereka meminta resit, pekedai kata tiada resit. Mereka juga telah membuat aduan online.

Rakan-rakan lain pula ada yang berseloroh ketika kami keluar makan bersama dan membeli barang. 'Hari ini aku dah bayar pada kerajaan, Rm 10' merujuk pada jumlah GST yang dikenakan kepadanya setelah memberi barang di beberapa kedai berasingan. 

Sebenarnya GST juga membuatkan kita perlu menguruskan semua resit dan rekod transaksi dengan baik samada untuk tujuan aduan (dari perspektif pengguna), tujuan pembayaran GST atau tuntutan semula (dari perspektif peniaga) dan juga penguatkuasaan dan laporan kutipan GST (dari perspektif pihak berkuasa). Bernama sendiri telah menulis mengenai hal ini menerusi satu berita bertajuk PROPER MANAGEMENT OF TRANSACTION RECORDS VITAL FOR GST TO BE SUCCESSFUL, SAYS EXPERT. Apa yang membanggakan, expert yang dirujuk merupakan rakan sekerja saya iaitu Alwi Mohd Yunus. Memang benar apa yang dikatakan oleh Awli. Full artikel boleh dibaca dibawah atau di link ini. 






KUALA LUMPUR (Bernama) -- The enforcement of the Goods and Services Tax (GST) on April 1 saw many Malaysians perusing receipts issued to them by the restaurants or shops they had patronised to either find out the exact quantum of the new consumption tax or if they had been taken for a ride.

Social media users have been busy sharing their opinions, information and receipts, as well as voicing out their grievances through Facebook, Twitter and blogs. Among the topics that drew heated discussions were transparency in the implementation of the GST, and monitoring and enforcement activities.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak himself went out "shopping" to get a first-hand account of what the situation was like on the first day of the implementation of the six per cent GST, which has replaced the Sales and Services Tax of up to 16 per cent.

Over the past few days, there had been much confusion among consumers and even retailers over the new tax but this was expected as there were bound to be teething problems. In fact, economic analysts estimate that it would take some six months or so for the people to familiarise themselves with the workings of the GST and regard it as part and parcel of their daily lives.

The GST is part of the government's fiscal policies to generate a more stable source of revenue and implement a more effective, efficient and transparent taxation system. With its implementation, Malaysia joins the ranks of 160 countries which have already implemented the GST, including seven ASEAN members - Indonesia, the Philippines, Thailand, Singapore, Vietnam, Cambodia and Laos.


NEED FOR EFFICIENT MANAGEMENT OF RECORDS

One thing was quite obvious on April 1 - most consumers chose to retain their receipts and invoices, instead of discarding them in the wastepaper basket as they would normally do.

Incidentally, this - keeping receipts and invoices - was exactly the point records management expert Alwi Mohd Yunus tried to drive home when he explained how important it was for the GST's implementation to be backed by an efficient and effective information and records management system.

The information and records pertain to all sale and purchase transactions carried out by businesses.

Since the GST's structure covers every level of a product or service's supply chain, from the procurement of raw materials to manufacturing, distribution, wholesale and retailing, it calls for proper management of records at each stage, he told Bernama.

"This will ensure that the GST is only being imposed on the rightful goods and services. By maintaining a systematic and transparent information and records management system which is accessible to the public, both businesses and consumers can cope with the implementation of the GST," said Alwi, who is a senior lecturer at the Centre for Records Management Studies at Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana Campus' Faculty of Information Management.

He said the availability of transaction records and information on GST-entailed goods and services would make it easier for the people to make references to prices and make informed choices when they went shopping.

"It should be as detailed as possible and the public should be allowed to have access to the information at all times through various channels like the Internet or through their android or iOS applications," he said.

ONLINE REPORTS

Alwi also called for a systematic online process for disgruntled consumers to post their complaints and the transaction records of retailers or traders who abused the GST.

"The process of registering such complaints should be made simple, quick and brief. Based on these records, the enforcement authorities should carry out their follow-up action quickly and effectively," he said.

On March 30, the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry launched the MyKira GST application to check the impact of the GST on the prices of over 10,000 items.

There are three types of supplies listed under GST, namely standard-rated supplies of goods and services which are subject to the six percent rate; zero- rated supplies which are subject to a zero
rate that is not liable to GST at the output or input stage; and exempt supplies which are non-taxable and not subject to GST at the output stage, that is, when supplied to the consumer. However, the GST paid on input by the businesses cannot be claimed as tax credit.

"Whatever the situation is, it's the role of any company's GST system to maintain up-to-date records of sale and purchase transactions of all goods and services. This will make it easier for the retailer, wholesaler or manufacturer to claim credit," Alwi said, emphasising the importance of keeping records of all invoices and receipts issued in respect of the GST.

REINING IN BLACK MARKETEERS

He was also confident that the GST would help check the activities of black marketeers.

"It appears that the GST may help to reduce black market activities because only traders who maintain up-to-date sale and purchase records are entitled to claim tax inputs and maybe even bank loans.

"If a GST-registered entity buys from the black market, it won't be able to claim any tax inputs, thus increasing its cost of doing business. In this context, it should be noted how important it is to maintain proper documentation and transaction records in this GST era - in other words, all businesses concerned will need to have an efficient and effective records management system," he said.

Besides manufacturers and retailers, consumers too should develop the habit of keeping records of all sale and purchase transactions, he said.

"This is to make it easier for those concerned to claim GST credits, as the government too has proof of the recorded transactions," he said, adding that the absence of transaction records would indicate wrongdoing at some stage or other which, eventually, may lead to public perception that the new consumption tax had failed in meeting its objective.

Alwi said industries, manufacturers, distributors and retailers should quickly make changes to their business systems to ensure that all GST-related records were maintained efficiently to show proof of transaction and payment of tax.

"At the same time, consumers should also change their attitudes and pay more attention to their goods and services transaction records. Receipts should come with complete information so that they can be produced as proof in the event of fraud pertaining to GST," he said.

DATABASE REQUIRED

In the context of the implementation and enforcement of the new tax, Alwi said it was vital for the authorities concerned to have a comprehensive database of the pre- and post-GST prices of goods and services.

The reason for having such a database was to prevent unreasonable price hikes, post the implementation of the GST, he said, pointing out that it would be difficult to make price comparisons and analyse the impact of the price increases in the absence of such data.

"The same applies if there are no records of pre-GST production costs and cost of sales of goods and services, as comparisons cannot be made with the post-GST prices. In such a case, the authorities cannot take action against errant manufacturers.

"In the end, consumers are the biggest losers. This will affect consumer sentiment and create the false perception that the GST causes higher inflation. Actually, the GST is a taxation system that prevents leakages and enhances government revenue which, in turn, will strengthen the nation's economy," he said.

Alwi said only by having an efficient and effective system of documenting transaction records could businesses and others concerned comply with the GST's policies and rules.

"This way, the authorities can carry out their enforcement work effectively and there will be no irregularities in respect of GST. Consumers will end up feeling protected and develop a more constructive perception of the GST. What's more, the nation's economy will get stronger and the resulting development and progress will benefit the people," he added.

-- BERNAMA

source from http://www.bernama.com/bernama/v8/ge/newsperspectives.php?id=1123156