Sunday, May 10, 2015

Sony Walkman NWZ A15




MP3 player dalam hidup saya bukanlah sesuatu yang baru. Gajet ini telah saya gunakan bertahun lamanya, semenjak saya menggunakan handphone Sony. Memikirkan bahawa bateri handphone akan cepat habis jika menggunakannya sebagai player mp3, saya membeli standalone MP3 player. Saya pernah menggunakan jenama Sony, dan kemudian menggunakan satu jenama dari China, kemudian menggunakan kembali Sony mp3 player, kemudian beralih pula kepada Philips Go Gear MP4 player sebelum kembali beralih kepada Sony Mp3 player.

Berbekalkan mendengar muzik, saya tercari-cari player yang mempunyai sound yang clear dan jika dibuka dalam volume yang rendah pun akan tetap menghasilkan bunyi yang clear. Ketika bujang, saya mempunyai mini fi hifi jenama Panasonic yang menghasilkan bunyi yang sedap terutama apabila volume dibuka dengan perlahan dan sederhana.

Pernah suatu ketika, saya kerap berada di studio rakaman menyaksikan bagaiman penghasilan muzik dan lagu untuk industri muzik tanahair. Ketika itu saya sering mengikut rakan saya iaitu komposer Wan Zul ke Booty Studio di Jalan Pahang. Bunyi muzik dari speaker di studio tersebut mengkagumkan saya kerana bunyi yang keluar  sangat jelas dan 'seketul-seketul'. Dengan Mp3 player yang saya ada sebelum ini, masih boleh mendengar lagu dengan sempurna tetapi sound yang dihasilkan agak normal, saya mencari-cari bunyi yang saya dengar dari speaker di studio rakaman.

Akhirnya saya diperkenalkan kepada player berjenama Hippo Biscuit ketika di sebuah kedai headphone. Ketika mencuba pelbagai headphone di kedai tersebut, bunyi yang dihasilkan oleh headphone-headphone tersebut akan bertambah sedap jika digunakan bersama player yang bagus.

Namun Hippo Biscuit merupakan satu gajet yang minimal, tiada screen, tiada option setting dan tiada button untuk adjust equalizer. Bererti semua lagu akan menggunakan setting yang standard dari player Hippo Biscuit. Walaupun bunyinya lebih baik dan clear dari player mp3 biasa namun masih lagi kekurangan Ummph.

Saya mula mengkaji tentang Mp3 player yang high end, yang mampu menghasilkan bunyi yang sedap. Dan akhirnya, I came across the term Digital Audio Player atau ringkasnya disebut DAP (bukan parti politik). 

Hasil pembacaan, sekarang wujudnya High Res Audio yang memerlukan DAP boleh membaca format High Res Audio. High Res Audio ini secara ringkasnya lebih berkualiti dari mp3 atau mp4. 

Memetik dari laman whathifi.com

To illustrate why they should sound better than MP3s, for example, let’s compare the relative bitrates. The highest quality MP3 has a bitrate of 320kbps, whereas a 24-bit/192kHz file is transferred at a rate of 9216kbps. Music CDs are transferred at 1411kbps.

Lihat sahaja figurenya, 320kbps untuk MP3, CD 1411kbps sementara High Res Audio ialah 9126kbps. Dikatakan bahawa High Res Audio ini hampir menyamai bunyi 'seketul-seketul' yang didengari di dalam studio rakaman.



Pencarian DAP High Res Audio mendapati harga yang ditawarkan semuanya mahal-mahal belaka. Akhirnya saya menjumpai High Res DAP yang sesuai dengan bajey saya iaitu Sony NWZ A15. Perbezaan dengan A17 hanyalah pada internal storage iaitu A15 mempunyai 16gb sementara A17 mempunyai 64gb. Ini tidak menjadi masalah kerana terdapat slot external sd card yang membolehkan kita upgrade kapasiti simpanan kita.

Sebelum itu, terdapat banyak format-format lagu dan yang paling popular ialah mp3. Untuk format High Res Audio, format FLAC merupakan yang paling popular. Satu lagu Mp3 yang berkapasiti 4MB boleh mencapai 100 MB untuk FLAC. Definisi FLAC menurut Wiki ialah,
  1. FLAC stands for Free Lossless Audio Codec, and it is an audio compression format like MP3, but while MP3 uses a "lossy" compression, which basically discard audio information that humans can't hear, FLAC uses a lossless compression, which will not change the quality of the compressed audio.
FLAC menyimpan lebih banyak 'maklumat' tentang sesuatu lagu tersebut berbanding mp3 dan menjadikan sizenya lebih besar tetapi juga bunyi lebih jelas. Terdapat lagu berformat FLAC yang jika dimainkan di High Res DAP player akan mengeluarkan 'bunyi-bunyi' yang tidak kedengaran di lagu yang sama menggunakan format mp3 dan dimainkan di mp3 player.

It's subjective, sure, but it's also science. Lossy compressed audio formats (mp3, mp4, aac…) are about half the size of lossless compressed files. In that "extra" data are thousands of details - the crash of cymbals, rich bass, the sound of the guitar pick making contact with the strings - that get cut out in order to give us 10,000-plus songs on our mobile devices. (www.techradar.com)


Di bawah merupakan spesifikasi Sony NWZ A15.


Features

  • World's smallest and lightest*1 Hi-Res Audio digital music player
  • S-Master HX™ full digital amplifier
  • DSEE HX™ which upscales the quality of compressed sound sources to surpass CD quality
  • High-quality components and ClearAudio+ technology for absolute clarity
  • Long battery life for extended playback time
  • Equipped with memory card slot for expanded memory


Internal16GB
External MemorymicroSD slot (not supplied)
BluetoothBluetooth® Ver 2.1+EDR1 A2DP / AVRCP / OPP
NFCYes
FM Tuner76.0~108.0MHz
Display2.2" QVGA (240 x 320 Pixels) TFT color display with white LCD-backlight
Power SourceBuilt-in Li-ion Rechargeable Battery / USB power through the USB connector of the player
Battery LifeMP3 - 50 hours (*MP3 128kbps, when Bluetooth OFF) Hi-Res Audio - 30 hours (*FLAC 192kHz/24bit, when Bluetooth OFF)
Recharge Time4 hours
Maximum Dimensions (W x H x D)Approx. 43.6 x 109 x 8.7mm
WeightApprox. 66g
MUSIC
Sound EffectsS-Master HX / DSEE HX / Clear Audio+ / Clear Bass / Equalizer / VPT(surround) / Dynamic Normalizer
Number of SongsMP3 128kbps: 3600 / Linear PCM 1411kbps: 330 / FLAC 96kHz/24bit: 100 / FLAC 192kHz/24bit: 50
Maximum Recording TimeMP3 128kbps: Approx 213hr 20 min / Linear PCM 1411kbps: Approx 19hr 20 min / FLAC 96kHz/24bit: Approx 6hr 00min / FLAC 192kHz/24bit: Approx 2hr 40min
FILE FORMATS SUPPORTED
Compatible FormatsMusic:FLAC / Apple Lossless(ALAC) / MP3 / AAC*1 / HE-AAC / WMA*2 / Linear PCM(WAV) / AIFF Movie:MPEG-4 / AVC(H.264/AVC) / Windows Media Video 9
Other FunctionsKaraoke, Dance, Display Lyrics, Language Study, Sense Me™ Channels

Komen saya setelah dua minggu menggunakan Sony DAP ini, bunyinya memang Ummph. Dan player yang baik memerlukan earphone/headphone yang baik.

No comments:

Post a Comment