Thursday, May 14, 2015

Finally Yosemite for my MBA


Finally, setelah mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk update support, saya akhirnya update kepada Yosemite. Maka, pencarian maklumat tentang Yosemite dan permasalahan yang dialami segelintir pengguna Mac terhadap Yosemite saya jadikan panduan untuk menjalankan operasi Time Machine, iaitu satu langkah kecemasan yang akan diambil sekiranya tidak berpuas hati dengan Yosemite.

Saya backup dahulu OS lama menggunakan Time Machine. Saya menggunakan external HDD 320GB saya yang lama untuk Time Machine dan HDD tersebut buat masa ini tidak boleh disambungkan dengan Yosemite kerana takut backup Yosemite akan overide the backup Maverick yang sedia ada di dalam HDD tersebut. Proses nak transfer kesemua content dalam HDD 320GB berjumlah sekitar 90GB dan content satu lagi HDD 80GB saya berjumlah hampir 75GB ke dalam HDD PC saya berkapasiti 320GB. Kemudian saya memindahkan kesemua 90GB dan 75GB tersebut ke HDD WD 1TB saya. Keseluruhan kesemua proses ini memakan masa hampir 1 jam. 




2 jam baru habis download installation file via Unifi 10Mbps
  Proses download Yosemite dari Apps Store memakan masa kira-kira 2 jam menggunakan Unifi 10MBps. Sebanyak 5GB++ data Yosemite di download dan kemudian proses installation memakan masa hampir 20 minit walaupun di skrin MBA menyatakan bahawa prosesnya adalah 15 minit tetapi saya merasakan bahawa proses sebenar adalah lebih 20 minit dan akhirnya Yosemite saya selamat berada di dalam MBA.

dah nak habis install

 
My first impression is Yosemite nampak Smooth as Butter, nampak lebih smooth dari Maverick. Dock saya telah tidak 3D lagi dengan Yosemite. Wireless Mouse saya boleh digunakan semenjak proses downloading dan installation Yosemite.

Selepas selesai proses upgrade ke Yosemite, tiba giliran mengupdate komponen-komponen di dalam Yosemite sendiri seperti Pages, Keynote, Numbers, iMovie dan juga Safari. 

Alhamdulillah, semua komponen dalam Yosemite telah diupdate mengikut recommendation. Hari ini saya akan menguji Yosemite dengan kerja-kerja seharian saya yang lebih kepada browsing, writing dan yang paling penting, presentation menggunakan Keynote. Jika tiada update, anggaplah penghijrahan saya ke Yosemite satu kejayaan. 

 



No comments:

Post a comment