Tuesday, April 18, 2017

Electric Shaver

Sometimes, when we are in a rush or just too sleepy in the morning but still want to shave, using the ordinary pisau cukur with blades is not a good option kerana ada kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan. Maklumlah, tengah mamai-mamai. Lagipun, ordinary pisau cukur biasanya kita gunakan dalam toilet bersama-sama shaving gel. 

Saya mula berjinak dengan electric shaver ini before tahun 2010 lagi bagaimana pilihan saya ketika itu tidak berapa memuaskan, mungkin kerana saya beli some low spec shaver. Seingat saya brand Panasonic. I totally forgot the spec except some distance memory regarding my first electric shaver. 

Then I stopped using the shaver as I saw using ordinary pisau cukur is much more cleaner but I've been through times where it is difficult to find the blade replacement. So in 2015, again I bought the Phillips Aquatouch AT 610. 

It was a dry/wet shaver which can be used during shower. Jenis rotary which is described by groomandstyle.com as 

Rotary shavers usually have either three of four rotating heads. They’re particularly good for guys with thick or fast-growing hair, which tends to grow in lots of different directions.  Rotary shavers also have a slight advantage if you don’t intend to shave every day.
They work by lifting the hair away from the face and cutting it inside one of the rotating components. Ideally, you’ll want to look for one with a flexible head, so that you can reach all of the nooks and crannies on your face.
When shaving with a rotary shavers you move it in a circular motion on your face.
Philips Aquatouch AT610image from lazada.com.y

Malangnya, bulan lepas, tanpa sebarang tanda-tanda, shaver ini gagal dihidupkan dan lampu led nya menyala. Saya cuba charge shaver ini tetapi tetap sama. Sedikit maklumat diperolehi dari Google showed that my loyal shaver dah kaput. Nak ke center pun satu hal juga sebab lokasi center di PJ dan masa yang suntuk menjadikannya agak sukar untuk kesana. So, kembalilah saya ke pisau cukur. 

Beberapa hari lepas, finally ada budget lebih and I rushed to AEON to buy my new electric shaver which is the Panasonic ES-SL 41R which is also a dry/wet shaver and cordless rechargeable shaver. Sebelum ini saya memang ada satu nose trimmer Panasonic ERGN-30 which I bought from the official Panasonic Online Store and I am so satisfied with the quality.

When I got my Panasonic ES SL 41R for RM 268, the first thing yang saya perasan is the size is smaller than my previous Aquatouch. This new shaver is not rotary but foil shaver with a built in trimmer. My previous Aquatouch does not have a trimmer.

The Panasonic ES 41R. Image from Harveynorman.com.my

So, as my new shaver is foil, my shaving style must differ a bit from my previous Aquatouch. Again, according to groomandstyle.com,

Foil shavers feature a thin layer of foil which covers the oscillating blades — this has two purposes. The first, is to help lift the hair away from the skin to that it can be cut neatly and closely. The second, is to limit blade-on-skin contact, making foil shavers somewhat kinder to your face than rotary shavers.
Foil shavers usually come in either three or four-blade varieties. A four-blade foil shaver will shave you faster and closer than a three-blade shaver.
When shaving with a foil shaver you move it in straight lines on your face.
groomandstyle.com also says that guna rotary in advantage dia ialah great for fast growing facial hair and thick dan juga sesuai untuk mereka yang tak suka shave everday. Advantage foil pula ialah ia it is kinder to the skin, more close shave dan juga shaving lebih precise.

After few days guna my new Panasonic, in terms of skin irritation, memang kurang compare to during my first few weeks guna Aquatouch. Dari segi close shave, tak nampak banyak beza sebab maybe range harga kedua-duanya berada dalam kategori lower-medium end. 

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi shaver yang lebih bagus dan mahal tetapi I need to adjust my needs according to my wallet. Electric Shaver seperti Braun memang tak berapa mampu lagi especially bila browsing through electric shaver, I found out that electric shave ada yang harga ribu-ribu not only for Braun but also Philips and Panasonic too.

So the bottom line is, it does serve me well but sometimes I need to spend 5-10 minutes untuk dapatkan shave yang lebih licin and this applies to both old and my new shaver. Compare to a minute or two with the ordinary blade. 



Tuesday, April 11, 2017

Buying Perfume at Mitsui KLIA

And again, me, my wife and the kids visited Mitsui last Sunday. Saya bekerja separuh hari last Sunday so after reaching home from office, rehat sebentar and off we go. 

Perjalanan ke Mitsui was around 45 minutes. Kenderaan pun banyak, so mode slow-mo was activated. My intention was to find a birthday present untuk diri sendiri which saya dah tetapkan sebelum ini iaitu Perfume. Before this survey at shopping malls and retail shop, cannot tahan the price, 100ml standard around RM 280-RM 400 ( for my selection of perfume, I know there are perfumes that costs more). 50 ml pun dah reaching RM 250 for my desired perfume. 

So when I reach Mitsui, as usual terus ke My News dulu belikan jajan untuk budak-budak ni and then singgah kedai coklat, jajan untuk budak-budak ni and my wife. Then baru la ke kedai perfume, namanya Beauty Scent. Masuk-masuk je dah melambak perfume 50ml-100ml tengah sale just RM 100. Masuk dalam lagi..ada perfume sale RM 200 ke atas. Paco Rabanne 1million, BlackXS and Invictus set, price is RM 250. This is set ya ladies and gentleman, which consist of 100ml EDT, 10ml EDT in travel bottle (spray) and another 100 ml of body shampoo. Gilos, this would easily cost nearly RM 300 or more outside.


So as usual, my perfume is chosen by my wife, and she chose Paco Rabanne Invictus set which costs me RM 250. 1 Million set costs RM 240. Black XS saya lupa whether its 240 or 250. All the sets consists of things yang saya mentioned above. Dunhill Icon 100ml RM 290 standalone bottle. Dunhill desire 100ml I think costs around RM 200 or RM 220. Last week saya ada tanya satu kedai ni, dia jual Dunhill Desire 100ml around RM 290 with free plastic bag.


So when I had mine, wife nak beli Elizabeth Arden Green Tea EDP 100ml ..costs RM 100. A quick search online reveal the ONLINE price of Invictus around RM 290 (standalone-not set) while the Green Tea was around RM 250. 


So here we are, back home with our new perfumes. Masa nak balik pun slow-mo sebab bukan kerana kenderaan banyak tapi sebab letih. Asar dan Magrib di surau Mitsui.Total damage was  RM 8 for parking (it's RM 2 per hour ya), RM 30 belanja makan budak-budak and wife, RM 30 for chocolates and RM 350 for two perfumes including one perfume shampoo and 10ml travel perfume. Don't forget toll, RM 6.20 x 2.

Macam biasa, rambang mata kat Mitsui, tersangkut wife beli Levi's jeans for RM 179, wife kata murah dari harga luar. Sampai sekarang belum pakai sebab belum alter kaki. Bottom line is, this is the place for affordable branded materials.


Friday, March 03, 2017

Muar Rivercruise


Seperti kebiasaan, pada awal bulan saya akan post satu entri. Sebenarnya saya cuba nak post entri setiap minggu namun masa kadangkala tidak mengizinkan, hampir setiap hari ada sahaja perkara yang perlu saya selesaikan. Malam ini saya tidur agak lambat, update entri ini pada jam 12 tengah malam. 

Kisah entri ini berkisar mengenai saya habiskan cuti bersama keluarga di Muar, Johor. Memang dah jadi kewajipan kalau kami lama sikit di Muar, kami akan ke Tanjung Emas iaitu muara Sungai Muar. Sungai Muar ini memang besar, namun saya pernah melihat sungai yang lebih besar lagi daripada ini di Malaysia. 

Kali ini pilihan kami di Tanjung Emas adalah menaiki Muar Rivercruise. Dulu kami pernah juga naik bot ini tetapi ketika itu anak kedua saya masih belum lahir. Harga tiket not bad, untuk dewasa dua belas ringgit sahaja, untuk kanak-kanak half price. 


 Perjalanan sekitar 20-30 minit, kita dibawa menyusuri Sungai Muar sehinggalah hampir ke jambatan kedua Muar. Di saat ekonomi menekan ini, percutian seperti ini sangat sesuai.


Gambar di atas merupakan perjalanan pulang, saya sebenarnya sedikit takut sebab lihat sahaja air sungai tersebut yang sangat tinggi, kebetulan ketika ini air sedang pasang. Tapi memandangkan ramai juga penumpang di atas bot dan keadaan bot yang kukuh disamping life jacket tersarung di badan, kegusaran tersebut hilang. Yang seronoknya apabila bot menuju ke bawah jambatan. Maklumlah selalu lalu di atas sahaja.



Lihat sahaja air yang tinggi. Ketika ini bot semakin hampir dengan jambatan. Rasa tak sabar nak lalu bawah jambatan. Berdebar di hati tiada siapa yang tahu.


Ini lah keadaan ketika melalui bawah jambatan. Tiada apa yang menarik cuma rasa seronok dapat melihat bawah jambatan pertama Muar. 

Bagi mereka yang inginkan percutian budget, boleh la cuba naik rivercruise Muar ini dan bermain-main di Tanjung Emas, iaitu muar Sungai Muar. Ketika kami berada di sini, angin kuat. Makanan di Muar juga not bad, balik dari naik bot, kami singgah makan sate di stesen teksi Muar. 

Seperti biasa, abaikan typo kerana entri ini ditulis pada tengah malam dan dalam keadaan mamai.

Monday, February 06, 2017

Signifikan Latihan Industri di dalam bidang Pengurusan Rekod


Ketika saya menjadi koordinator latihan industri untuk program saya iaitu pengurusan rekod, saya banyak menghantar para pelajar menjalani latihan industri di organisasi-organisasi yang terdiri dari sektor kerajaan dan juga sektor swasta. Tujuan utama ialah agar pelajar-pelajar ini dapat menimba pengalaman sebenar di dalam pekerjaan.

Pelbagai kisah yang saya perolehi dari pelajar-pelajar ini hasil dari pengalaman mereka. Ada yang mengatakan bahawa mereka menjadi mangsa work politics, ada yang bekerja dalam keadaan fasiliti tidak mencukupi dan ada juga yang terpaksa bangun awal pagi untuk ke organisasi dan tiba di rumah lewat petang. Bagi saya itu semua cabaran yang perlu mereka lalui dan ia juga diakui oleh mereka. 

Banyak juga pengalaman positif yang saya terima dari pelajar-pelajar ini, malah ianya mengatasi kisah negatif. Antara perkara positif yang saya terima dari mereka ialah, latihan industri mematangkan mereka, mengubah persepsi mereka terhadap alam pekerjaan hingga meningkatkan keyakinan diri, menambah multi skill mereka, memperolehi ilmu baru dan yang penting, ramai juga yang ditawarkan bekerja di organisasi tempat mereka menjalani latihan industri. Ini semua merupakan objektif utama saya ketika menghantar mereka-mereka ini menjalani latihan industri.

Sepanjang pengalaman saya menguruskan latihan industri, satu perkara yang saya dapati ialah terdapat HR Manager dari organisasi terutama sektor swasta yang terkejut bahawa terdapat kursus pengurusan rekod di peringkat Degree dan mereka akui bahawa ianya penting dalam organisasi. Kebiasaannya, mereka-mereka ini akan terus mengambil pelajar-pelajar ini bekerja dengan mereka untuk menguruskan rekod. 

Ini merupakan satu langkah yang baik juga untuk mempromosikan bidang pengurusan rekod kepada organisasi-organisasi ini lebih-lebih lagi apabila bidang pengurusan rekod ini sememangnya penting untuk melancarkan operasi sesuatu organisasi.

 



Thursday, January 12, 2017

Kemanusiaan Tanpa Sempadan - Selamat Tahun Baru 2017


Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2017. Tahun ini cabaran kerana saya perlu menyiapkan tugasan utama saya. Anak-anak pula semua sudah bersekolah. Ada yang pagi ada yang petang. Semuanya saya sendiri hantar, agak kelam kabut. Apabila ada kerja luar baru lah guna talian hayat. Tapi nama pun talian hayat, tidak boleh digunakan selalu. Persekolahan anak-anak perlukan duit, dan jumlah duit agak besar sehingga mencecah empat angka, dari yuran, buku, pakaian serta duit belanja.

Keadaan ekonomi juga masih tidak memberangsangkan, kakitangan awam seperti biasa, tiada bonus. Harga petrol yang tidak stabil ditambah dengan ringgit semakin lemah juga menyukarkan lagi keadaan. Masih lagi ada pekerjaan dengan gaji yang tidak dipotong pun dah bersyukur. Beberapa rakan saya dalam sektor swasta juga telah kehilangan pekerjaan. Di saat ini, mereka perlukan pertolongan untuk meneruskan kehidupan dan majoriti rakan-rakan saya telah bekeluarga.

Kadangkala, pertolongan datang dengan pelbagai cara dan tanpa kita duga dan fahami. Ia juga melangkaui batasan bangsa dan agama. Sifat perikemanusiaan tidak dibatasi dengan warna kulit, bahasa yang ditutur dan juga pegangan agama masing-masing. Rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa, bahasa ibunda, agama dan kepercayaan.

Kisah dibawah saya ambil dari laporan akhbar The Star bertarikh 21 Disember 2016.
PETALING JAYA: When Lee Hui Sen attended an auction of houses that had been recalled by banks, he liked a double-storey house and bid RM445,000 for it. He paid a 10% deposit to the High Court for the double-storey house.
He then went to check out the house. When he saw a family still living there, he could not bring himself to take the house from them.
The Good Samaritan decided to forgo the RM44,500 deposit and hand the house back to the family.
Lee’s lawyer had already sent the letter of vacant possession and a letter asking the earlier owner S, 47, and his wife Nor, 42, to remove the caveat from the house.
S was declared a bankrupt in 2014 after defaulting on his mortgage loan.
In a handwritten letter to S, Lee wrote that he had decided not to continue with the purchase even though he had paid the 10% downpayment.
“I am Lee Hui Sen, the buyer of the auctioned house that you are living in now. I am sorry for buying your house and it might have made you and your family worried.
“The other day, my family and I went to your house and we saw shirts outside the house. We do not have the heart to evict you.
“We will lose the money but it will go into the bank account of your house. We hope this can be of some assistance to you,” Lee wrote.
He also advised S to go to the bank to restructure his loan to avoid having the house put up for auction again.
Lee also provided some feng shui tips, telling S to remove old plants and flowers at the side of the house to make the house brighter and to welcome positive energy.
“Good luck to you and your family,” Lee wrote.

Nor said she found it hard to believe when she found it in the letterbox.
She showed Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) chief Datuk Nadzim Johan the letter, who helped to verify with the bank’s lawyers that the letter was genuine.
“This is really unbelievable and a miracle to get a chance to rebuild our lives again,” she said, adding that they received the letter in July.
Nadzim said this was a very good example of a man with a golden heart.
“You have not met this person and yet you can just part with your money to help someone. People are fighting for so many things outside and yet this man can provide assistance to a family for them to start anew.
“We urge Lee to come forward so we can offer our appreciation to him,” he said.
Nor said S has been servicing the house loan for almost 20 years but was not prompt in his payment.
The bank allegedly declared S a bankrupt in July 2014 without his knowledge and at the same time, offered him a reschedulement of RM350,000 for 25 years.
S and Nor were former bank officers before they resigned in 2010 and 2011 respectively to focus on their business in the service sector. But they faced financial difficulties after the business floundered.
“I feel the bank really cheated us as they never told us about the bankruptcy and still offered us a reschedulement.
“In 2014, we received notice of the first auction. After a meeting with the bank officer, we were told to pay RM40,000 before the auction date. We paid the amount and were arranging with the bank to do a reschedulement.
“From there, the matter was prolonged until four auctions,” Nor said, adding that she had written numerous letters to the bank.
Nadzim, to whom the couple had turned for assistance, said he had tried to arrange for a meeting with the bank for the past three months but to no avail.


Wednesday, December 28, 2016

Jalan Jalan Hujung Tahun 2016 : Yew Hotel Teluk Intan



Kisah cuti hujung tahun 2016. Asalnya balik cuti 24-25 Disember ke rumah mertua. Tiba-tiba mereka semua ajak kami sekeluarga ke Teluk Batik, Lumut. Saya memang tak pernah jejak ke Teluk Batik, paling hampir pun ke Lumut dan Pulau Pangkor, itupun dah hampir 10 tahun. Kondisi jalan ke Lumut pun dah cantik sekarang. Dari rumah mertua, saya guna jalan menghala ke Seri Iskandar dan terus ke Lumut. Majoriti jalan sudah 4 lorong, hanya sedikit sahaja yang masih dua lorong. Sempat singgah di Tesco Seri Iskandar untuk keluarkan duit tunai. 


Sampai sahaja di Teluk Batik, ipar duai saya setup tempat untuk berkelah dan saya pula bakar kambing perap. Anak-anak awal-awal dah main dalam air. Mereka sungguh seronok berbanding ketika mandi di Pulau Manukan, Sabah yang banyak batu. Di sini kata mereka, bersih. Nun di gambar atas kelihatan jeti untuk memunggah sesuatu. Ikut kata  rakan-rakan yang menetap di situ, itu jeti untuk memungggah bijih besi, ada yang kata arang batu. Mana satu betul saya tak tau. Saya pula pada awalnya ingat itu jeti PSC Naval Dockyard, nampak macam jambatan sedang dibina pun iye jugak.Yang sebenarnya, itu adalah jeti samada untuk bijih besi atau arang batu. Lama juga budak-budak ni berkubang dalam laut, bila dah letih dan lapar baru lah naik. Lokasi kami di hadapan Chalet Pak Man. Bayar RM 5 untuk letak kereta di dalam chalet. Sempat saya berbual dengan Abang Maha iaitu menantu Pak Man. Kata Abang Maha, dulu chalet ini adalah kuarters yang dibeli oleh Pak Man secara tender untuk dijadikan chalet. Abang Maha kata chalet Pak Man full sehingga awal 2017. 

Nak mandi dan bersihkan badan selepas mandi laut pun satu hal juga. Bilik mandi dan tandas berbayar yang paling dekat pula full house, beratur sangat panjang macam nak beli tiket Final bolasepak. Nasib baik Abang Maha tunjukkan tempat untuk mandi berbayar di sebuah motel yang terletak kira-kira 400 meter berhadapan dengan chalet Pak Man. Isteri dan anak-anak pun saya angkut naik kereta ke situ, habis penuh pasir di dalam kereta.

Selesai bersihkan diri, kami jenguk ke pekan Lumut. Nampak cantik dan comel pekan tersebut namun sempit dan susah untuk letak kenderaan. Pada mulanya kami bercadang nak park kenderaan di kawasan parking bertingkat namun disebabkan anak-anak dan terlena di dalam kereta, saya berhentikan kereta di tepi jalan dan isteri sahaja yang shopping barang-barang laut. 

Selesai di Lumut, maka bermulalah road trip kami untuk menjelajah jalan dalam balik ke Lembah Klang lalu Sabak Bernam. Ketika melalui Lekir, rupanya ada sawah padi yang luas disitu. Keadaan masa tu dah maghrib, hujan renyai-renyai. Saya buat keputusan untuk singgah dan tidur di Teluk Intan, sambil-sambil nyinggah di menara condong twin Pisa. Kami sampai di Yew Hotel pada jam 8 malam. Hotel telah saya tempah pada jam 5.30 petang sebelum bertolak dari Lumut.





Sampai sahaja di hotel, lepas urusan check-in selesai, kami dapat bilik twin bed di tingkat 1. Bed yang diberi super single. Price is RM 171 nett including free breakfast. Ini harga super peak. Kalau off peak lagi murah. Kalau nak booking boleh contact terus hotel.  Sebelum ini kalau nak check-in hotel selalu guna Agoda je, kali ni saya direct Google dan masuk ke website Yew Hotel ni sebab saya on the road dan tak install apps Agoda.

Anak bongsu saya yang sebelum ini tidur nyenyak dalam kereta setelah kepenatan main air laut, terus segar bila sampai hotel. Anak-anak saya memang macam ni setiap kali tidur hotel, macam-macam benda yang mereka explore. Bilik ni not bad, design baru, comel untuk kami sekeluarga, ada TV LED, ada beberapa channel Astro Sports dan Arena, TV1, TV2, TV3, TV9, AXN. Yang lain saya tak perasan. Cuma channel cartoon je takde, ada pun Animax. Aircond York tepi katil, sejuk. Sama macam di bilik saya di rumah. Ada electric kettle dan kit buat air, towel ada dua besar dua kecil, kit mandi-mandian. Tanda arah kiblat pun ada walaupun nama hotel Yew dan orientasinya Chinese. Lokasi hotel ini terletak betul2 di sempadan antara pekan Teluk Intan yang lama dan kawasan perkampungan Cina. Speedmart 99 tak jauh, kalau jalan kaki bengkok juga lutut. Menara Condong pun tak jauh, kalau jalan kaki ke sana memang balik semula ke hotel naik teksi la jawabnya. Naik kereta 5 minit je ke Menara Condong.


Toilet not bad. Hotel ni kira modern design dan baru. Ada water heater, Water shower pun besar. Puas hati juga.


Pagi esoknya, kami turun ke cafe hotel untuk breakfast. Free breakfast untuk dua orang, kalau saya nak add on untuk anak saya, diorang charge flat rate RM 10. Saya ingatkan buffet, rupanya menu ala carte dan dah ada menu yang sudah ditentukan. Setiap hari lain-lain menu. Kami dapat bihun goreng dengan roti bakar dan telur serta secawan kopi atau teh. Lupa nak tanya air refill atau tak. Anak-anak saya order cookies dan roti bakar serta air mineral. Total harga yang anak saya dicaj, tak sampai RM 15, the correct amount saya lupa.

Dah kenyang, kami naik rooftop. Hotel ni ada rooftop untuk view kawasan sekitar Teluk Intan. Pada perkiraan saya, rooftop ini juga boleh dijadikan tempat untuk barbeque sebab ada toilet dan sinki paip.


Ini adalah view Pekan Teluk Intan dari rooftop. Bangunan rumah kedai di hadapan tu menempatkan Speedmart 99. 
 

Yang ini pula view rooftop menghala ke sungai. Ada kapal di sungai tu. Besar Sungai Perak ni, selalu nampak Sungai Perak di Ipoh je, bila turun ke hilir ni baru nampak betapa besarnya Sungai Perak.


Kami check-out awal, first time saya check-out sebelum pukul 12 tengahari. Tujuan check-out awal ialah kami nak visit menara condong dan kedua ialah nak elak traffic rush balik ke bandar. Walaupun saya dah memang plan nak lalu jalan Sabak Bernam-Kuala Selangor, tapi hati tetap gusar andaikata sesak. 

Di menara condong, tak banyak boleh dibuat, kecuali baca sejarahnya, masuk ke dalam, naik atas dan kemudian usya kedai-kedai di sekeliling terutama di Kompleks Menara Condong. Tak sempat usya kedai-kedai lain. Lagipun kereta dah mula banyak. Waktu ni pukul 10.30 pagi. Kami di menara ni kira-kira 30 minit. Last saya visit menara ni pada tahun 80-an. Keadaan sekarang jauh lebih cantik dari dulu. Malam-malam ada lampu warna warni di menara ni. 

Kami meneruskan perjalanan balik. Kondisi jalan di Teluk Intan-Sabak Bernam-Kuala Selangor, walaupun 95% dah 4 lorong, tapi permukaan jalan teruk, nasib baik nawaitu memang untuk drive santai. Ada sesetengah kawasan, ikut lorong kanan lebih bermakna kerana permukaan jalan lorong kanan dah ditar. Lagi satu, jalan ni lalu tengah-tengah pekan seperti Hutan Melintang, Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan, Tg Karang dan pekan-pekan ni ada traffic light. Patut la kawan-kawan yang memang balik kampung lalu jalan ni bagitau jem berlaku di traffic light. Apa pun, road trip kali ni menarik sebab akhirnya dapat berkunjung kembali ke tempat yang saya amat jarang pergi. Plan nak revisit Bagan Datoh sebab last saya visit Bagan Datoh ialah pada tahun 1999. Next Time.

-Sorry for any typo, malas nak edit, mata dah berpinar-



Sunday, December 18, 2016

MediFeet and Me



Kaki kanan saya memang sudah lama sakit. Sakit apabila berjalan kaki dan juga sakit selepas membawa kenderaan. Kerap kali apabila sampai di pejabat, saya akan turun dari kereta dan menuju untuk thumbprint dahulu, kemudian baru cari parking. Ini sudah menjadi habit saya sejak 2003, sejak mesin punch card terletak di berhampiran parking. Sebelum ini, mesin punch card terletak di tingkat 4. 

Pernah juga saya cuba ubah habit ini dengan mencari parking terlebih dahulu barulah ketuk punch card, malangnya saya akan terlupa terus untuk ketuk punch card. Setiap pagi apabila sampai di pejabat, saya akan keluar dari kereta saya dalam keadaan kaki berdengkut dengkut, kadangkala terpaksa berjalan sebelah kaki. Sakit di kiri dan kanan heel sebelah kanan saya. Ada juga rakan sekerja yang ingat saya gout. Keadaan ini sudah berlarutan selepas sekian lama, seingat saya sejak dari tahun 2006. Namun ianya reda setahun dua terutama ketika saya menggunakan kasut Hush Puppies (atau Camel Active?) arch support. Kini, sakit tersebut kembali lagi terutama sejak saya menggunakan kedua-dua kasut Jeep yang saya amati insolenya tidak tebal. Saya ada beli insole tambahan namun tidak berkesan. Nak beli kembali kasut Arch Support yang pernah saya beli sebelum ini, saya lihat harganya dah hampir cecah RM400. Kopak abang. Kedua-dua kasut Jeep saya beli dengan harga diskaun, tak sampai RM 200 untuk setiap pasang di satu karnival SALES di Jusco. Saya juga ada melakukan kerja-kerja khidmat negara yang memerlukan saya berdiri selama sekurang-kurangnya 3-4 jam, namun ketika bertugas khidmat negara tersebut saya memakai but khas yang memang tebal sehinggakan bawa kereta pun macam tak terasa pijak pedal minyak dan brek. Takkan nak pakai but tersebut untuk kerja di pejabat? Lagipun but tersebut susah nak buka dan pakai berulang kali (Teringat Masa Ligamen Ankle Koyak, menangis nak pakai but ni sebab nak kena tekan kaki bagi masuk, terpaksa cuti dari bertugas menjaga keamanan)

Kenapa kaki sebelah kanan sahaja yang sakit? Why not left? Sebenarnya kaki kanan saya terutama di bahagian ankle telah menerima pelbagai bentuk musibah, bermula dari kemalangan motosikal ketika berumur 17 tahun sehinggalah koyak ligamen beberapa tahun lepas. Pernah juga koyak ligamen pada tahun 2002 di padang bolasepak SIRIM ketika beraksi melawan team SIRIM. Meletup ankle seolah-olah patah, cemas juga sehingga terpaksa ke DEMC untuk terima rawatan. Ligamen yang sama juga koyak ketika jatuh tangga pada 2014, meletup juga bunyinya. Check di KPJ Selangor, ligamen koyak. Pernah jatuh dari pagar setinggi rumah teres setingkat pada tahun 1999 sehingga bengkak tumit kaki kanan, masa ni tiada kesedaran nak terima rawatan, terbaring je lah di rumah bujang. Nasib baik kena pada Jumaat malam, Sabtu dan Ahad rehat sahaja di rumah. Masa eksiden motosikal ketika umur 17 tahun, impak pertama di kaki kiri tetapi impak jatuh memang di kaki kanan. Nasib baik kecederaan ketika bermain badminton pada tahun 2013, otot koyak di betis kanan, bukan ankle kanan. Tapi Kanan la jugak.

Kisah otot koyak ni pun haru juga, masa tu nak ambil shuttle drop depan net. Kaki sebelah kiri di depan dan kanan lurus kebelakang, tiba-tiba rasa macam partner bergu saya di belakang libas betis kanan saya dengan reket sekuat hati. Saya senyum je masa kena, ingatkan dia bergurau. Lepas dapat ambil dan matikan shuttle, saya toleh pada dia dan sambil gelak saya tanya dia, 'KENAPA KAU KETUK KAKI AKU? KAU INGAT AKU TAK BOLEH AMBIK KE?'. Partner saya terpinga-pinga. Dia tanya saya balik, 'KAU CAKAP APA NI?' . Masa tu saya pula pelik sebab jarak partner saya dengan saya agak jauh, memang tak mungkin dia kehadapan dalam sekelip mata semata-mata nak libas kaki saya. Terus saya angkat tangan dan duduk tepi. Masa nak jalan keluar betis kanan saya cramp. Macam-macam cara saya buat untuk kendurkan cramp tu tapi dia tetap cramp. Selepas berehat sebentar dan keluar minum, saya balik ke rumah dalam keadaan hairan sebab kaki masih rasa cramp. Sampai di rumah, mandi dan baring atas katil nak tidur, makin kuat rasa cramp. Dan malam itu, menahan sakit cramp saya sampai la saya tertidur. Bayangkan ketika tidur kita terjaga sebab kaki cramp, itulah yang saya rasa sepanjang malam. Ingatkan bila bangun tidur rasa cramp tu hilang, rupanya sama sahaja. Terus sahaja saya ke klinik dan klinik bagi surat refer ke KPJ. Di KPJ, baru tau otot koyak. Dapat ubat tahan sakit dan kena RICE. 

Tu semua kisah kaki kanan. Belum kisah jari kiri. So, apabila semakin kerap sakit di heels saya ini, saya mula mencari solusi demi solusi menerusi internet (which is not a good way, supposed to see the doctor). Bukan tak mahu jumpa doktor, tapi saya tahu saya akan di refer ke pakar dan rekod pakar dah menunjukkan ankle kanan ni dah melalui pelbagai tragedi, so why not try a good arch support shoes that is not as expensive as my previous one. Lagipun sejak dua menjak ni, masa tidur pun kiri dan kanan heel saya akan sakit terutama apabila waktu sejuk dan siangnya banyak berjalan. Another thing is, the problem with pain right after coming out from the car semakin kerap, almost a daily occassion. Yang anehnya, selepas kira-kira 100-200 steps, hilang dah sakit tu.

Nak jadi cerita, baru-baru ini saya tersinggah di Medi Feet di kampung saya sebab wife ajak pergi untuk tinjau kasut dan selipar kerana Mak saya juga perlukan selipar atau kasut yang bagus. Sampai sahaja di Medi Feet saya diperkenalkan dengan kasut yang sesuai dengan masalah saya dan terus jatuh cinta pada kasut tersebut, duit pulak tak mencintai saya. Terpaksa la tunggu balik ke bandar, korek tabung sana sini dan akhirnya kelmarin berjaya beli kasut yang saya jatuh cinta itu. 

Inilah kasut yang saya jatuh cinta itu, sangat selesa untuk masalah saya dan tadi saya dah gunakan selama 5000 langkah, heels tak sakit sangat. Mudah-mudahan heels saya boleh sembuh dengan menggunakan kasut ini. Harga dia je agak sakit, RM 279. Semoga poket saya cepat sembuh. Harap-harap ini satu pelaburan yang berjaya. Dibawah merupakan sedikit maklumat mengenai Medi Feet.

Saya cuba Google origin Medi Feet ni tapi balik-balik keluar Medi Feet Malaysia, ada la sikit-sikit Medi Feet di luar negara seperti India, Canada, New Zealand etc. Saya ada tanya staf yang jual kasut pada saya, katanya Medi Feet ini dari New Zealand. Saya rasa mungkin Medi Feet ni asal dari Malaysia dengan kerjasama pakar dari sana. Whatever it is, its a good product. Fell in love at first sight with its comfortness, kalau nak kira cantik, banyak lagi kasut lain yang cantik, yang penting selesa. Ini kisah review dari saya yang baru beli MediFeet tak sampai 48 jam.