Friday, February 26, 2021

Aircond Midea dan Haier

 



Sejak dua menjak ini, musim panas dan kering melanda kawasan saya. Bila tanya rakan-rakan di negeri lain pun, mereka cakap dua kali lima sahaja. Jabatan Meteorologi pun dah keluarkan statement tentang musim panas ini. Cuaca yang bercahaya matahari saya tak kisah kerana saya memang sukakan cahaya matahari, hari mendung membuatkan mood saya juga mendung. Namun apabila tidak berangin dan panas membahang sehingga berhari-hari lama menyebabkan rumah saya bahang. 

Rakan-rakan yang duduk di rumah berbumbung pun bercerita perkara yang sama. Nasib baiklah bilik saya ada aircond. Aircond jenama York yang dipasang pada tahun 2015 masih setia. Sekarang dah susah sangat nak cari aircond baru jenama York sebab semuanya dah bertukar ke Daikin. Ini kerana Daikin telah takeover York Malaysia since 2014. Namun teknologi dan peralatan tetap sama. Difahamkan masih lagi York cuma tukar nama ke Daikin sahaja. Daikin ni company Jepun, HQ di Osaka. York ni pula asalnya bermula di sebuah tempat bernama York, Pennsylvania, US. Since 1874 company York ni dan ianya membuat pelbagai peralatan penyejukkan such as peti ais dan penghawa dingin. Tapi saya tak pasti pula penghawa dingin tu dah dibuat since 1874 or later. 

York kemudian dibeli oleh Johnson Controls. Company ni senang cerita adalah company yang provide better environment untuk bangunan. So ketika aircond Panasonic di bilik saya rosak pada tahun 2015 setelah genap 6 tahun digunakan, saya beralih pada York. Ketika itu rosak pada musim yang sangat panas dan bahang. Masa rosak tu saya tak kenal sahabat saya Amilin walaupun dia dah lama duduk di taman saya. Rosak board tak salah saya. Aircond hidup sekejap dalam 2-3 minit lepas tu kong. 

Saya bergegas ke kedai aircond berhampiran dan technician dia confirmkan masalah board. Nak tunggu sparepart memang lewat. Harga masa tu boleh tahan juga. Rumah memang bahang tahap super waktu tu. In the end tanya kedai tu ada tak aircond 1hp brand new. Kedai cakap semua habis kecuali York ionizer plasma ape benda ntah. Oleh kerana terdesak dah berminggu kepanasan, saya pun korek tabung dan ambik sahajalah. Harga waktu tu boleh tahan juga sampai hampir koyak poket. Now after almost 6 years guna York ni, ada sekali dia buat hal iaitu compressor luar cepat sangat cut off, baru 10-15 minit on dah cut off. Lama-lama air mula menitik dalam indoor unit. Masa ni dah kenal Amilin dekat 4 tahun lebih, so dia datang beberapa kali nak memikirkan apa masalahnya. Based on pengalaman di repair dan service aircond orang lain, maka dapatlah detect permasalahannya iaitu untuk cut off, ada fius problem di compressor. Dan yang kedua pula, untuk masalah air menitik dalam, dia buat full service cabut semua compressor, indoor dan juga hose saluran. So selesai masalah.

Then in 2020, selepas PKP fasa 1, saya pasang aircond di bilik anak saya. Memandangkan dia pun duduk rumah sahaja tak ke sekolah, kesian pula dia. Kebetulan ada duit lebihan mora automatik yang saya terima dari bank. Untuk kesejahteraan anak-anak saya cari satu aircond inverter sebab budak-budak ni merupakan heavy user aircond. Risau bil melambung banyak. Bincang punya bincang saya ambil Haier Inverter model HSU09VNR18. Harga dapat masa tu RM 950. Ini aircond rakyat, harga marhain habis. Mula-mula cuak juga nak pakai jenama China ni, tapi kawan saya yang memang kerjanya servis dan repair aircond bagitau, setakat ni tiada masalah besar pada aircond Haier ni. 

Now, almost 8 months guna, okay je. Sejuk. Maybe sebab rajin buat regular maintenance kot. Kadang-kadang saya bersihkan sendiri air filter, sometimes saya panggil kawan saya bersihkan dan dia akan guna blower, buka habis casing indoor unit. Cuma remote dia awal-awal pening sikit nak guna sebab tak sama dengan York terutama untuk setting timer on off. 

Sebabkan dah ada pengalaman dengan aircond jiwa rakyat ni (murah dan sejuk), saya beranikan diri beli Midea untuk bilik SOHO saya. Bilik ni kat belakang sekali dan akan jadi bilik anak bongsu saya bila dia dah besar. Setakat ni si kecik ni masih duduk dengan bilik Kakak dan guna aircond Haier bilik tu. Bilik belakang yang saya jadikan SOHO ni bila lepas tengahari memang panas dia tahap dewa sebab matahari seolah-olah memancar direct. Tu pun nasib baik ada rumah lain di belakang. Kalau takde agaknya lagi panas suhunya. Terpaksa beli sebab selalu online meeting atau ODL berjam-jam. Kalau petang memang berpeluh. Nak buka baju susah juga sebab camera kerap kena on. Ada masa peluh menitik hampir nak kena MBA. 

Midea saya ambil yang inverter. Namanya Midea Inverter Xtreme Save MSXS-10CRDN8. Harga dibeli RM 990. Kawan saya yang kerja repair servis install aircond belikan di kedai tempat dia biasa ambil. Katanya Haier habis stok. Daikin pula seribu lebih. Midea ni lepas saya tambah upah pasang dia dan juga buat point baru dari DB rumah, RM 1520. Saya dah plan dengan dia nak buat DB yang besar lagi dan perkemaskan wiring dalam tu. 

Lepas install, run test, memang sejuk cepat bilik SOHO saya. Keluasan dia kecil sahaja. Maklumkan bilik belakang. Kalau letak katil Queen Size dah separuh bilik. Kalau ada aircond 1/2hp memang saya dah beli sebab bilik ni kecik. So bila guna 1HP ni memang cepat je sejuk. Hopefully Midea dan Haier ni tahan la, takde kerosakan board macam Panasonic atau kerosakan fius compressor macam York.  

No comments:

Post a Comment