Wednesday, June 12, 2019

Selamat Hari Raya



nizamyunus.com mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin pada semua. Saya seperti biasa akan pulang ke kampung di selatan dan isteri di utara. Kali ini giliran saya ke selatan dahulu. Perjalanan pulang ke kampung kali ini adalah pada malam hari. Selepas iftar kami bertolak. Saya dah ready pelbagai benda untuk menghadapi kesesakan lalulintas, antaranya foods and drinks for the kids. Tak lupa juga calorie free energy drink untuk saya tahan mengantuk and also long sleeve shirt untuk tahan sejuk aircond kereta.

Alhamdulillah, trafik tak sesak. Smooth driving sepanjang PLUS highway. Sampai di rumah orang tua saya kira-kira 3 jam termasuk berhenti makan. Biasanya 2 jam lebih sikit. Kereta agak banyak tapi cuma seperti hujung minggu sahaja, not like a Hari Raya exodus.

Balik dari selatan juga smooth. Kami biasanya akan singgah rumah dahulu disebabkan rumah saya terletak di tengah-tengah perjalanan antara kampung saya dan wife. Akan bermalam di rumah dahulu sambil-sambil kemas dan basuh apa yang patut.

Going north was also almost identical to going south. Ada ketikanya saya dapat pecut laju. Kami bertolak lewat petang. Sampai di kampung wife almost 3 hours including berhenti rehat.

Things were different when returning back from kampung. Information received from the internet and other media, be it official or non official indicate that a very heavy traffic going into Klang Valley from almost every major highway.

So, we decided to return back by not using the main highway. Kebetulan pula memang ke rumah pakcik wife di Parit. So from Parit, using Google Map, kami lalu jalan dalam. Beginning from Bota Kiri towards Lambor, then we stopped at Kampung Gajah. Actually saya ingat nak masuk highway PLUS via Sungkai or Bidor or Behrang, but memikirkan traffic sangat sesak di PLUS, ditambah pula dengan RnR yang akan penuh sendat padat hingga nak masuk RnR pun memakan masa yang lama, belum lagi nak cari parking and nak cari peluang buang air. So saya batalkan niat masuk ke PLUS. 

Benefit lalu jalan dalam ni ialah senang nak berhenti mana-mana. Lagi-lagi masa saya balik ni line clear, jalan tak banyak kereta. Maybe ramai yang tumpu ada highway. Kami berhenti di Tg Belanja untuk beli betik lajur. Then our next stop was Lambor, beli jajan untuk the kids di kedai runcit pekan tersebut. Murah je tak macam harga stesyen minyak. 

Then we stopped at Kg Gajah beli makanan including goreng pisang and putu cawan. Since saya dah ambil keputusan untuk lalu jalan dalam, saya terus ke Teluk Intan dan masuk ke Sabak Bernam all the way to Klang Valley. Sesak sikit di Sekinchan, Tanjung Karang dan Kuala Selangor. Itu pun sebab traffic light. Tapi bagus nya setiap traffic light ada polis trafik jaga. Cuma di Kuala Selangor, traffic light depan IPD tiada polis jaga. Mungkin masa saya sampai situ waktu pun dah masuk maghrib. 

Perjalanan dari Parit jam 2 petang dan sampai depan pintu rumah jam 8 malam. Ini campur berhenti di lokasi-lokasi yang saya sebutkan di atas termasuk di dua stesyen minyak di laluan Sabak Bernam - Kuala Selangor dan satu stesyen minyak di Teluk Intan. Salah satu tu kami berhenti agak lama. So plus minus saya rasa perjalanan kami on the road lebih kurang 3 jam lebih. Di Kg Gajah pun kami berhenti lama. Pemanduan santai, paling laju pun 110kmh. Kadang-kadang bawa 70kmh enjoying the scene. Banyak peluang memotong kenderaan saya abaikan sebab sepanjang jalan mata melilau cari lemang.

Sometimes lalu jalan dalam is much more better than highway, provided that jalan yang kita lalu tu laluan tak sibuk. 


No comments:

Post a Comment