Thursday, June 20, 2019

Puasa


Walaupun Ramadan dah berlalu, tetapi rasanya tidak lah terlewat untuk saya bicarakan mengenai puasa. Ini kerana di Bulan Syawal ini pun ramai rakan-rakan saya yang berpuasa Enam. Mereka-mereka ini juga berpuasa Isnin Khamis (Puasa Sunat). 

Laman Web Zayan di https://zayan.my/zayan-pit-stop/trending/4-kelebihan-puasa-enam-yang-anda-perlu-tahu menceritakan mengenai kelebihan puasa Enam di bulan Syawal ini.

1. Ganjaran Berpuasa Setahun. 

Jika puasa di bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menjanjikan pengampunan dosa yang lampau, maka dengan melengkapkan puasa enam hari dalam bulan Syawal pahalanya sama seperti berpuasa setahun. Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub ra, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, bererti ia telah berpuasa setahun penuh.”Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah
Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan bahawa puasa enam hari pada bulan Syawal, pahalanya sama seperti puasa penuh setahun dengan syarat, telah kita melengkapkan puasa sebulan Ramadan.
2. Melengkapkan Kekurangan Puasa Ramadan.
Al-Hafiz Ibnu Rajab berkata, puasa enam hari di bulan Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat sewaktu melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan. 
Selain itu, terdapat beberapa pandangan ulama dari mazhab al- Syafi’e antaranya Imam Nawawi, berpendapat seseorang yang telah lengkap berpuasa Ramadan perlu menyambung puasanya (enam hari bulan Syawal) secara serta-merta dan berturut-turut setelah merayakan Aidilfitri. 
Ini adalah untuk mencantikkan lagi puasa Ramadan yang lepas.

3. Supaya Manusia Tidak Lupa Menunaikan Puasa Sunat Yang Lain.
Dengan mensyariatkan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, umat Islam akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain. 
Kemungkinan umat Islam akan terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut hari raya Aidilfitri. 
Oleh itu, melalui puasa sunat enam Syawal sekurang-kurangnya mengingatkan kepada umat Islam untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadan untuk berpuasa.
4.Mendidik Diri Supaya Bersikap Sederhana Dalam Menyambut Aidil Fitri.
Aidil Fitri diraikan tanda sebagai tanda kemenangan menempuhi Ramadan yang lalu. Namun itu tidak bermakna umat Islam harus meraikannya sehingga sebulan penuh dalam bulan Syawal itu. 
Sebaiknya, puasa sunat Syawal sudah pun dimulai pada 2 Syawal dan dilakukan secara berturut-turut. Hal ini menunjukkan kita tidak terlalu berlebihan dalam berhari raya dan lebih mengutamakan kelebihan dan ganjaran dalam bulan Syawal itu.
Oleh itu, puasa sunat enam pada bulan Syawal adalah keutamaan selepas berpuasa di bulan Ramadan. Dengan itu, ibadah ini sebaiknya dilakukan dengan segera dan lebih afdal secara berterusan atau berselang. 
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”Surah Ali Imran:133
Namun, bagi golongan wanita yang meninggalkan puasa Ramadan atas sebab datang haid sebaiknya menggantikan puasa Ramadan sebelum berpuasa sunat. 
Kebanyakkan ulama berpendapat, seseorang yang meninggalkan puasa Ramadan seelok-eloknya menggantikan puasa itu terlebih dahulu sebelum meneruskan puasa enam hari bulan Syawal.

Apa pula kebaikan berpuasa ini pada tubuh badan manusia? Laman web Healthline.com di pautan https://www.healthline.com/nutrition/fasting-benefits#section1 pula melaporkan tentang beberapa kebaikan berpuasa ini. Secara ringkasnya kebaikan-kebaikan tersebut saya senaraikan di bawah. Untuk penerangan lebih lanjut boleh masuk ke pautan yang saya sertakan di atas.
1. Membantu pengawalan gula dalam darah. Dapat mengurangkan risiko kencing manis.
2. Membantu kesihatan yang lebih baik dengan melawan keradangan. Kajian mendapati bahawa pengurangan tahap keradangan dapat diperolehi dengan berpuasa.
3. Menjaga Jantung dengan mengawal kolesterol dan tekanan darah. Kolestorel jahat dapat direndahkan parasnya selepas 8 minggu alternate day fasting. Ini berdasarkan satu kajian yang dilaporkan dalam website healthline.
4. Ada efek yang baik pada otak. 
5. Bantu weight loss dengan limit pengambilan kalori dan meningkatkan kadar metabolisma.
Ini antara kebaikan berpuasa yang diperolehi dari laman web healthline. Tidak dinafikan puasa memang mampu mengawal banyak perkara. Cuma pastikan masa iftar tidak makan keterlaluan. Ada sesetengah insan berterusan makan pada malam hari puasa seolah-olah mereka akan kenyang pada keesokan hari puasa. Sebaiknya makanlah secara bersederhana sahaja. Satu lagi kebaikan puasa ni ialah dapat jimat duit sebab tak makan siang. 
Semoga ibadah puasa kita diterima Allah dan memberi manfaat pada tubuh badan kita. Akhirat dapat, dunia pun dapat.


No comments:

Post a Comment