Wednesday, July 25, 2018

Sunyi Itu Sepi



Bermulalah episod ofis saya sunyi sepi selepas musim marking selesai. Yang bercutinya tidak ramai kerana masih ada kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Namun mereka balik on-time. Biasanya pukul 7 petang dah sunyi. Minggu ini saya pulang jam 9.30 malam pada hari Isnin namun keadaannya sunyi. Semalam, saya pulang jam 9 malam dan nak jadi cerita, hanya saya dan seorang rakan sahaja yang ada di ofis. 

Sebelum ini ada juga beberapa orang di bangunan ofis kami, cuma tidak di sektor kami namun malam semalam merupakan malam tersunyi. Saya pun bernasib baik terjumpa rakan saya itu sedang menaiki tangga level kami. Dia pun bernasib baik terjumpa saya. Dia pun maklum keadaan waktu itu sangat sunyi. Jam pada waktu itu baru pukul 7.20 petang.

Kami berbual-bual di bilik saya. Antaranya termasuk kisah-kisah misteri di ofis kami. Tidak lama kemudian dia meminta izin untuk ke biliknya pula. Jarak biliknya dan bilik saya tidak lah jauh mana namun dipisahkan oleh dinding batu. Kalau jadi apa-apa, menjerit pun tidak akan kedengaran. 

Tiada apa-apa yang berlaku terhadap kami berdua. Kami selamat pulang meninggalkan ofis kami sekitar jam 9 malam. Dan pada hari ini saya pulang juga sekitar jam 9 malam, namun keadaan di bangunan ofis saya agak meriah dan ceria. 

Selepas ini saya perlu fokus pada submission tesis saya dan juga research bergeran saya. Research dah gerak, duit geran je belum dipakai. 


No comments:

Post a comment