Tuesday, January 02, 2018

Surely A Fun SURE 2017 Day






Entri pertama 2018 berkisar mengenai kisah 2017. Pada 1 dan 2 Disember 2017, program Pengurusan Rekod Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Kampus Puncak Perdana telah menganjurkan SURE 2017 atau nama panjangnya Sukan Rekod. Tujuan utama SURE 2017 ini ialah untuk mengeratkan silaturrahim di antara semua Penasihat Akademik dan para pelajar.





Pelbagai acara sukaneka dijalankan pada 2 Disember 2017 bermula pagi sehingga tengahari. Program terlebih dahulu bermula pada malam 1 Disember 2017 di mana majlis pelancaran dan pengenalan kumpulan diadakan di Dewan Seminar UiTM Puncak Perdana.


Kumpulan dibahagikan mengikut Penasihat Akademik masing-masing dan tema superhero digunakan. Ada Kung Fu Panda, Superman, Batman, Flash, Iron Man dan banyak lagi. Kesemuanya ada 18 kumpulan yang bertanding.


Majlis penutup yang dijalankan pada tengahari turut disulami dengan penyampaian hadiah bukan sahaja kepada pemenang sukan tetapi juga kepada pemenang kategori akademik dan kepimpinan.

 Tahniah semua.

No comments:

Post a Comment