Tuesday, December 26, 2017

Good Bye 2017, Welcome 2018



Bermulanya 2018 menyebabkan kita terfikir sejenak betapa cepatnya masa berlalu. 2017 bagi saya merupakan satu tahun yang sangat cepat. Anak-anak semakin membesar. Gaji yang meningkat akibat increment tahunan perlukan pengawalan perbelanjaan yang lebih kerana kos kehidupan semakin meningkat. RM 10 semakin kecil. Datang ke kedai runcit atau hypermarket, beli sikit je dah cecah RM 50. 

Ini realiti yang kita hadapi sekarang. Di saat perbelanjaan semakin meningkat, keperluan juga semakin banyak. Ada keperluan asas, separa asas dan juga kehendak bukan asas yang ingin dipenuhi.

Tugas hakiki mencari rezeki juga menyebabkan kita tidak sedar kita sudah memasuki tahun 2018. Maklumlah kerja dan prosesnya semakin bertambah. Kesibukan seperti ini lah yang menyebabkan masa begitu cepat berlalu. Adakah apa yang kita inginkan sudah tercapai?

2018 masa untuk saya habiskan PhD saya. Berada di fasa akhir PhD ini lain pula cabarannya. Terasa segalanya tidak cukup. Terasa banyak sangat loophole yang perlu ditampal. Jika dulu rasa macam dah tak tau apa yang nak ditulis, sekarang ini rasa macam banyak lagi yang perlu dicover. Bila ditanya rakan-rakan yang dah siap PhD, ini perkara normal. Jika dilayan, PhD tak akan siap. Perlu ada batasan untuk menentukan apa yang kita tulis kerana dunia pengetahuan ini sangat luas. Sentiasa jumpa benda baru.

Namun, tabiat manusia masih lagi sama terutama tabiat negatif. Ini merupakan perkara yang saban tahun dihadapi. Kadang kala kali pertama berjumpa dah boleh agak si polan ini bagaimana ragamnya. Bekerja dengan manusia mengajar kita tentang ragam dan kehidupan. Pelbagai kisah dan cerita bermain di hadapan mata.

Apa-apa pun, selamat menyambut tahun 2018. Sulami ia dengan aura positif dan target realistik yang membawa kepada kebaikan. Post mortem sikit apa yang dah dibuat pada 2017. Bagi saya, my main target in 2018 ialah untuk menamatkan PhD saya. Jika dah selesai, barulah saya boleh concentrate dengan kerja akademik yang lain. Mudah-mudahan. 

 

No comments:

Post a Comment