Wednesday, September 04, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Rasanya masih belum terlambat saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013 pada semua namun tujuan utama saya menulis entri ini bukanlah semata-mata untuk ucapkan Selamat Hari Raya tetapi tentang apa yang saya lihat sejak dua menjak sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Sebelum ini pun saya terlintas untuk menulis mengenai suasana sambutan Hari Raya sejak beberapa tahun kebelakangan ini setelah saya membaca mengenai topik yang hampir sama di blog Syahrilkadir. Bagi saya, pemerhatian saya mengenai sambutan Hari Raya dan pemerhatian Syahril Kadir adalah hampir sama.

1. Walaupun tahun ini dilaporkan jalan raya tidak sesesak tahun lepas, namun saya masih tetap menerima rungutan rakan-rakan dari Utara yang terpaksa menempuh tempoh perjalanan yang lama, lebih lama dari biasa.

2. Gaya pemanduan. Saya dapati ada beberapa jenis golongan pemandu ketika Hari Raya ini. Pertama adalah golongan yang memang tinggal di kampung tetapi berlagak seolah-olah dia lah pemandu terhebat dan dari gaya yang ditunjuk, dia seolah-olah ingin membuktikan pada perantau dari luar bahawa di kampung tersebut masih ada lagi pemandu sehebat pelumba F1. Golongan kedua pula perantau yang pulang ke kampung dan ingin menunjukkan bahawa beliau yang telah merantau ini mempunyai skill pemanduan yang hebat, kereta ubahsuai yang hebat dan motif utama untuk menunjuk kepada orang-orang kampung bahawa mamat dari bandar telah pulang beraya. Golongan-golongan ini hanya 1% tetapi membahayakan 99% lagi pemandu berhemah di jalan raya.

3. Gadget. Seperti Syahril Kadir, saya juga melihat perkara yang sama. Tetamu yang datang semua membawa smartphone, tablet, phablet dan iPad. Kalau di kampung saya, ketika ibu bapa yang berumur 50 tahun ke atas sedang berbual, anak-anak yang berumur belasan hingga 20-an pula sibuk samada bermain game di gadget, berwhatsapp, wechat dan pelbagai apps lain. Kalau yang berumur 30 ke atas pula sambil berbual sesekali melihat ke smartphone masing-masing.

4. Power Bank. Tahun ini saya melihat peningkatan penggunaan power bank di kalangan tetamu di kampung saya.

5. Kamera. Tahun sebelum ini ramai tetamu di kampung saya menggunakan DSLR untuk mengambil gambar. Sebelum zaman DSLR masing-masing membawa compact digital camera. Tahun ini saya cuma lihat ada 2 sahaja DSLR digunakan. Selebihnya mengambil gambar menggunakan smartphone, edit menggunakan apps dan terus post ke FB atau group Whatsapp.

6. Kelab kereta. Saya perhatikan semakin ramai kereta-kereta perantau di kampung saya mempunyai stiker pengenalan kelab di cermin belakang.

7. Mercun. Di kampung saya, bunga api seperti hari Merdeka, sama yang Syahril Kadir perhatikan.

8. Pulang ke bandar, open house menjadi trend. Hari minggu kenderaan sesak menuju open house.



No comments:

Post a comment