Friday, January 21, 2022

Pengalaman Dengan Nescafe Dolce Gusto


 


Pada suatu hari di hujung tahun 2021, saya balik rumah dari pejabat. Sampai rumah, anak-anak saya tengok saya pelik. Muka masing-masing macam excited. Saya perasan tapi tak fikir apa-apa. Mungkin mereka nak minta sesuatu dari saya. Paling tak boleh cover ada anak bongsu saya. Dia memang macam tu, badan besar, muka besar tapi umur kecil lagi. Bab perasaan memang dia tak boleh nak cover. 

Sekali Wife datang tunjuk beg berisi sesuatu. Dia kata itu hadiah ulangtahun perkahwinan yang ke 15 kalau ikut tahun, iaitu pada 23 Disember. Saya pun angguk-angguk je tanpa perasaan sebab ingatkan dia main-main. Sekali tengok dalam beg tu, ada satu kotak besar warna putih berlogokan starbucks. Baru tahu coffee machine rupanya. 

Hadiah saya ialah Nescafe Dolce Gusto Genio S Plus bersama pakej Starbucks. Wife beli di instagram, ada seller yang dapat set dari Australia. Dapat 3 kotak pod Starbucks iaitu Pod Latte, Pod Espresso Roast dan Pod Espresso. Bohong la kalau tak excited sebab saya memang penggemar kopi dan kopi yang saya ambil semuanya tak bergula. Baru rasa 'kick' kopi tu. Kini dah beberapa minggu gunakannya (hadiah diberi sebelum 23 Disember), dan setiap hari 2 kali saya gunakan. Sehari selepas dapat hadiah Dolce Gusto, saya ke Jaya Grocer beli coffee pod Nescafe Latte Machiatto dan Nescafe Cafe Au Lait (decaf). Biasanya pagi saya ambil yang bercaffeine sementara petang saya ambil decaf. 

Unboxing


Set Australia ni tiada warranty local, tapi alhamdulillah tiada apa-apa kerosakan pun ketika barang sampai. Di Malaysia, boleh tengok harga Dolce Gusto Genio S Plus ini di Shopee. Machine Dolce Gusto ni dibuat oleh beberapa pengeluar seperti De Longhi, Krups dan untuk set Australia yang saya beli ni, saya tak pasti siapa pembuatnya tapi ada tulis di kotak 'by Breville'. Saya assume ia dibuat oleh Breville iaitu pembuat peralatan dapur since 1932. Breville ni jenama Australia.

Kini dah hampir sebulan setengah guna machine Dolce Gusto ini, dan boleh dikatakan dah tak ngopi lagi di kedai. Kalau pergi ke cafe-cafe pun saya akan ambil tea sahaja. For me, rasa adunan kopi menggunakan Dolce Gusto dah cukup bagus, dah hampir sama dengan cafe-cafe yang jual coffee ni. Baru-baru ni saya beli sekotak Starbucks Dolce Gusto Capuccino dan juga Nescafe Americano Pod, juga sekotak. Saya juga ada beberapa kali beli yang loose pod (jual satu-satu, bukan sekotak). Beli di Shopee. Harga not bad untuk pod, ranging from RM 2 - RM 8. Biasa kalau satu pod flavour harga dalam RM2 - 4. Kalau flavour yang memerlukan dua pod (satu susu satu kopi) macam Caramel Machiatto, Capucinno, harga agak mahal. So far dah rasa pelbagai perisa, yang saya suka Chococino. Nesquick pun ada. Machine ni tak tertakluk pada kopi sahaja ye, tea pun ada. Not bad rasanya bila di brew guna machine dolce gusto ni.

Saya beli pod satu-satu dari Shopee pun sebenarnya nak try rasa sebelum labur duit beli sekotak. Kalau yang biasa punya macam Americano, Latte, satu kotak ada 16 pod. Harga sekitar RM 29-RM31. Depends on type and location jualan. Kalau di kedai memang macam tu la harganya. Kalau beli sekotak di Shopee tak nampak expired date sampailah kotak tu arrive kat rumah kita. Kalau di kedai boleh belek expiry date sebelum beli. So far untuk kotak saya beli di kedai sahaja sebab harga tak banyak beza. Malah kalau campur shipping, jadi mahal sikit dari kedai. Cuma di kedai pilihan tak berapa banyak. 

Dolce Gusto ni pun kena maintain juga. Boleh google Dolce Gusto Descale. Dulu saya confuse dengan dua coffee machine ni iaitu Nespresso dan Dolce Gusto. Rupanya kedua-dua adalah sistem coffee machine yang dibuat oleh Nescafe sementara pembuat mesin ni terdiri dari pelbagai manufacturer yang gempak-gempak. Setiap mesin ada macam-macam spesifikasi, that is why they have different price range. Coffee pod pun berbeza, untuk Dolce Gusto tak boleh sumbat di mesin Nespresso and vice versa. Kalau ikut pembacaan di internet dan juga dari rakan-rakan yang memang genuine coffee lover, Nespresso lebih sesuai untuk pure Coffee Lover sementar Dolce Gusto more to casual coffee drinker. Payah nak takrifkan diri saya jatuh pada mana satu, so far saya minum kopi dua kali sahaja sehari, pagi dan petang. Kalau pejam mata sambil minum, saya tau bezakan kopi o dan kopi letak susu je. Tapi kalau tersedut Mocha tu saya tahulah sebab Mocha ada sikit rasa coklat. 

Latte Machiatto


Gambar kat bawah adalah hasil pod Latte Machiatto. Dia jadi macam ni sekali dengan buih. Sebelum ni minum 2 cawan kopi. Flavour becampur-campur ikut keadaan. Kalau haritu rasa macam ada tugasan yang perlu concentration lebih, layan Starbucks espresso. Tapi saya lebihkan air, kita boleh setting di machine. Kalau rasa nak makan breakfast very light, layan Latte Machiatto sebab kalori dia agak tinggi. Semua pod-pod ni tak bergula, kalau ada pun sikit je untuk flavour. Saya memang tak kisah sebab tak minum benda bergula since 2018, sebulan sekali dua je kalau terpaksa, tu pun tak akan habiskan secawan. Sebab makan pun dah manis-manis. 

 Sejak beberapa hari ni minum 3 cawan. Breakfast, lunch and also petang atau at night. Petang or at night saya bancuh decaf. Tapi Cafe Au Lait Decaf saya dah tinggal dua pod, nak cari pod decaf di kedai agak sukar. Haritu pergi kedai berdekatan rumah, ada lungo decaf sahaja. Hold dulu sebab saya rasa macam suka pada Au Lait Decaf. Pembacaan saya menyaksikan pilihan nespresso lebih banyak dari Dolce Gusto dari segi pod. Tapi setakat ni, saya takde masalah sebab pilihan Dolce Gusto pod pun berbelas-belas juga termasuk dari jenama selain Nescafe dan Starbucks. 

So basically, after a month and a half guna Dolce Gusto ni, memang happy. Elektrik pun tak naik melambung. Yang saya beli ni dia ada eco function. Dia auto off after few minutes tak guna. Usually after brew coffee memang saya offkan plug, kadang-kadang je terlupa. Masa yang diambil untuk memanaskan air cuma 20-30 saat rasanya. Lepas tu masa diambil untuk brew pun dalam 30 saat. Orang kata tak sampai dua minit dah selesai buat kopi, macam masak maggi mee.



No comments:

Post a Comment