Wednesday, January 20, 2021

Samsung Bluetooth Keyboard EJ-CT800

 





Hari ini, saya menerima bluetooth keyboard ini yang saya beli di Shopee. Penjualnya adalah KTS Cellular, salah satu dari Samsung Authorized Seller. Saya biasa beli dengan mereka di Setia Alam City Mall. 

Kali ini saya beli produk keyboard Samsung Tab S 10.5 inch atau nama produknya EJ-CT800. Terkejut juga bila lihat harga ditawarkan ialah RM 63 termasuk postage. Seingat saya keyboard ni dulu harganya RM tiga angka, hinggakan bluetooth keyboard Logitech saya yang berharga RM 1xx jadi sangat berpatutan compare dengan keyboard Samsung ini waktu mula-mula di release ke pasaran.

Bila saya google, rupanya produk lama. Tahun 2015 dah launch. Bermakna dah 5 tahun dalam pasaran. Not bad lah dengan harganya.

Cuma oleh kerana saya padankan dengan Samsung Tab A 10.2 inch saya, so keyboard ini bukannya tak boleh guna dan masuk ke dalam ruang yang disediakan, namun tak boleh tutup. Sepatutnya kalau dipadankan dengan tab yang khas untuknya, memang boleh katup macam laptop. 

Anyway saya tak kisah sangat. As long as boleh digunakan untuk menaip pun dah gempak. Lagipun harganya sangat cun hingga tak mampu saya nak tolak. 

So, entri ini saya type gunakan keyboard samsung ini dan dibluetoothkan dengan Tab A 10 saya. Oleh kerana saya juga mempunyai keyboard bluetooth Logitech, saya boleh lah compare sedikit antara kedua-duanya.

Dari segi saiz, keyboard Logitech lebih besar dari keyboard Samsung ini. So bila besar automatik jadi lebih berat dan bulky bila nak bawa kehulu kehilir. Keyboard Samsung pula ringan dan senang nak bawa. Tapi drawback dia pulak, keyboard Logitech senang nak type, keyboard Samsung ni pulak, kecik dia punya keypad dan rapat berbanding Logitech. Saya type entri ini agak slow, maybe belum biasa dengan layout yang sedikit kecil. 

Dari segi stroke keypad, dua-dua ada kelebihan. Samsung lebih lembut sementara Logitech lebih kasar. Tapi frankly speaking, saya suka yang keystroke Logitech. Cuma bila menaip malam-malam agak bising. Jari saya pula sedikit lenguh menggunakan keyboard Samsung sebab dia kecik. 

Masa menaip pulak, gegaran terasa di keyboard Logitech. Kalau type lagi laju, lagi gegar tablet saya. Ini tidak berlaku pada keyboard Samsung. Cuma kedudukan tablet saya agak kebawah compare to Logitech. Maybe keyboard ini bukan untuk tablet saya tetapi di design untuk Tab S 10.5. 

Dari segi design, Samsung lebih cantik. Sekali pandang macam kita guna laptop sebenar. Logitech dengan kaler hitamnya dan besarnya, memang nampak ianya keyboard bluetooth. Dari segi compatibility, tak boleh cerita banyak sebab device saya semua Samsung. Saya ada terbaca bahawa keyboard Samsung ini sesuai untuk device Samsung sahaja dan tak compatible dengan yang lain, but don't trust me on this because saya tak test lagi dengan device selain Samsung. Maybe dengan Android device lain okay kot. Logitech dah terang-terang ada button Android and iOS but saya juga tak test dengan device lain except Samsung. 

Material Logitech benar-benar rasa plastik while keyboard Samsung ni walaupun rasa plastik tapi tak nampak macam plastik. So far jari saya agak lenguh menaip entri ni tetapi saya rasa maybe saya belum biasa. 

In the end, dengan harga yang ditawarkan, memang value for money. So kalau rasa nak beli, beli je. KTS Cellular pun bungkus dengan baik produk ni.

Dah lah bungkus dengan bubble wrap, rasa secure masa postage. Postage pun laju. Rumah saya dengan tempat benda ni dipos tak jauh mana, daerah sebelah je. Maybe itu pun ada efeknya juga. Saya place order petang Ahad, Selasa pagi dah sampai kat saya. Value for money punya produk. Saya pun tak la kerap nak pakai keyboard ni. Maybe nanti kalau dah boleh hari-hari WFO, ada juga kegunaannya. Kadang-kadang malas nak bawa Macbook, kita bawa ini sahaja. 

Lupa lagi satu, Logitech guna bateri. Kalau lama simpan, keluarkan bateri. Bila nak guna pasang je bateri tu. Samsung guna built in bateri. 200 mAh katanya. Charge 2 jam boleh guna 120 jam. Tapi kalau 4 bulan sekali baru nak guna, rasanya kena charge balik juga. Itu satu saya tak berapa suka dengan built in battery ni. Time nak guna time tu pula bateri kong. 

No comments:

Post a comment