Sunday, June 28, 2020

New Normal - Norma Baru


Sana sini kita pergi, kita didedahkan dengan new normal selepas pasca PKP ini. Maklumlah, covid 19 masih tiada vaksin. Juga nampak gaya masih belum ada penawar rasmi, hanya percubaan ubat-ubat oleh pihak hospital yang ada antaranya membuahkan hasil.m

Sementara pihak-pihak terlibat bertungkus lumus mencari penawarnya, kita rakyat biasa ini perlulah mengikuti gaya new normal. Antara new normal ialah beratur untuk memasuki premis perniagaan untuk menulis nama/scan nama dan mengambil suhu. Antara tempat yang saya lihat konsisten SOP nya ialah Jaya Grocer berhampiran tempat tinggal saya. Tulis nama di buku atau daftar di website, check suhu, diberi sanitize tangan dan juga diberi sarung tangan plastik. Itu antara SOP Jaya Grocer sejak dari fasa awal PKP lagi. 

Tak ketinggalan juga menuruti norma baharu ini adalah prosedur kerja. Di tempat saya, meeting dijalankan secara online. Baru-baru ni sahabat kami, Encik Razak bersara. Majlis dijalankan secara online guna Google Meet. Ramai yang attend dari lokasi masing-masing. Makan minum disediakan, tapi dirumah masing-masing. Sendiri-sendiri. Bak kata pepatah zaman Covid19, kita jaga kita. 


No comments:

Post a Comment