Tuesday, February 25, 2020

Popcorn

Image by Steve Buissinne from Pixabay


Lately, perkataan popcorn sering digunakan di media sosial. Apabila saya buka media sosial saya akan jumpa istilah makan popcorn. Ada juga rakan-rakan saya yang menulis status makan popcorn. 

Saya secara peribadi suka makan popcorn apabila menonton filem di panggung wayang. Kerap juga kami sekeluarga ke MBO, baru-baru ni je ke GSC atau TGV. MBO kami kunjungi sebab tak jauh dari rumah. Apps MBO pula bagi saya mudah untuk saya book ticket. Whether it's MBO, GSC or TGV, semuanya jual popcorn. Sometimes when I am at the shopping mall, I will buy Garrett popcorn. Katanya Garrett popcorn ni dari Chicago, USA. Masa saya ikut parents saya menetap di US pun saya sering makan popcorn. Tapi waktu tu popcorn yang saya makan cuma letak garam. Sekarang ada macam-macam flavour.

Menurut sumber internet di popcorn.org, sejarah popcorn ni dah lama. Sejak zaman-zaman tamadun lama dulu dah ada. 1890an merupakan tahun depression di US dan popcorn menjadi kudapan popular. Popcorn juga merupakan hidangan utama sarapan pagi di sana ketika itu. Popcorn pada waktu itu dimakan sebagaimana cereal dimakan sekarang, sebelum wujudnya cereal. 

Sejak akhir-akhir ni politik di Malaysia dipenuhi pelbagai kisah. Some of the rakyat melihat ianya seperti movie. Mungkin sebab itu timbul istilah popcorn. Sambil melihat kisah politik Malaysia, sambil mereka makan popcorn seperti di cinema.

Saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkembangan politik semasa. Ketika saya update entri ini, Tun Mahathir telah meletak jawatan sebagai PM dan dilantik kembali sebagai PM interim. Semua jawatan TPM, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik adalah dibubarkan. Maknanya as for now, no ministerial cabinet yet. 

Sebagai someone yang bekerja dengan universiti awam, for sure sebarang perkembangan will have an impact on me and my workplace as well. So me and my wife keep on updating ourselves with latest news on the internet. Kami cuma ambil sumber sahih especially on news official twitter account. Kadang-kadang TV pun kami on kan especially live coverage of the situation.

As usual, I received mixed response from my friends. Cuma saya nampak mana yang cenderung ke pihak A mempunyai perkaitan dengan pihak A seperti bekerja dengan pihak A atau dikelilingi oleh rakan-rakan pihak A. Sementara mereka yang cenderung pada pihak B pula ramai yang cuma hendakkan a better Malaysia. Whoever you support, if you are my friend I can assure you that you will still be my friend.  

Menariknya, seorang rakan yang berkawan rapat dengan watak-watak utama peristiwa sekarang telah memberitahu saya kira-kira dua minggu sebelum semua ini berlaku, apa yang berlaku sekarang. Cuma dia salah duga tarikh dan hari ianya akan berlaku. Maybe dia cuma serkap jarang based on his analysis.

For all of us, pray for the best to Malaysia and may the things that happened recently will lead to a better nation.

No comments:

Post a Comment