Monday, February 03, 2020

Berita e-Wallet di Bernama

Image by StockSnap from Pixabay 
Sekali lagi saya ditemuramah oleh Bernama berkaitan pendapat saya mengenai e-wallet. Ia lebih menjurus kepada data peribadi kita dan e-wallet. Semalam, berita itu telah disiarkan oleh Bernama di laman web mereka. Pautan berita itu boleh didapati di sini.

Seperti biasa, berita di Bernama akan diambil oleh akhbar-akhbar utama yang lain terutama jika ia mempunyai nilai. Antara akhbar yang mengambil news tersebut ialah Harian Metro dan Sinar Harian. Harian Metro menggunakan headline yang lebih catchy iaitu 'Tak Perlu Cuak'. Sinar Harian pula menggunakan tajuk yang lebih formal seperti tajuk asal Bernama. Link berita Sinar Harian boleh didapati di sini. Dibawah saya paparkan kandungan berita yang dipetik dari Harian Metro.

Tak perlu 'cuak'

KESELAMATAN data peribadi harus dititikberatkan oleh pengguna susulan sambutan ramai terhadap pengenalan e-dompet.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Rekod, Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor, Dr Mohd Nizam Yunus berkata, setiap sistem atau aplikasi yang dibangunkan, pastinya mengambil kira soal keselamatan data bagi mengelak daripada disalah guna atau dicuri pihak tertentu.
Beliau berkata, bagi mana-mana sistem atau aplikasi, ia pastinya mempunyai kelemahan tertentu seperti pencerobohan dan sebagainya namun beliau percaya penyelia sistem itu sudah bersedia dengan semua kemungkinan dan sentiasa memberi keutamaan dalam menyediakan perlindungan data peribadi pengguna.
“Secara amnya, rakyat tidak perlu risau dengan e-dompet ini kerana keselamatannya sentiasa dijaga dengan rapi oleh pihak penyelia (aplikasi),” katanya.
Katanya, ada juga pengguna yang melahirkan rasa bimbang kemungkinan wang dalam aplikasi berkenaan boleh hilang begitu sahaja, namun menurutnya perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana biasanya sistem log sedia ada merekodkan setiap transaksi dan senarainya memang boleh diakses pengguna.
Sementara itu, seorang lagi pensyarah kanan di fakulti yang sama, Dr Irni Eliana Khairuddin berkata, setiap sistem yang diwujudkan hari ini terutamanya sistem kewangan, dibina dengan teknologi sekuriti yang tinggi dan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.
“Ini termasuklah juga dengan sistem e-dompet. Ramai yang bimbang akan data peribadi mereka digunakan pihak tertentu namun mereka juga perlu diingatkan bahawa bukan sahaja e-dompet, malah ada banyak perkhidmatan lain yang memerlukan mereka mendaftar dan memberikan data peribadi, yang boleh di salah guna.
“Ini termasuklah seperti melanggan Internet atau mendaftar keahlian kad pasaraya apabila mereka menandatangani borang langganan itu, secara tidak langsung mereka juga bersetuju untuk membenarkan pihak berkenaan menggunakan data peribadi mereka.
“Namun perlu diingat, pihak itu bukan boleh sewenang-wenangnya menggunakan data mereka kerana ia dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010,” katanya dan menambah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 diwujudkan dengan tujuan mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam untuk tujuan komersial.
Dr Irni Eliana berkata, data berkenaan turut boleh digunakan pihak terbabit untuk membuat unjuran mengenai penggunaan produk atau perkhidmatan tertentu yang sering kali digunakan masyarakat.


Teks penuh boleh didapati di Laman Web Harian Metro di sini. Memandangkan ianya diletakkan di kategori Mutakhir, ada kemungkinan link tersebut akan dipindahkan selepas 4 Februari 2020. Buat masa ini iaitu Isnin 3 Februari 2020 jam 1 petang, link masih relevan. Laman web Technave.com juga mengambil sedikit news ini yang di upload di pautan https://technave.com/gadget/Are-our-data-privacy-secure-in-our-e-wallets-Here-s-what-the-experts-think-16822.html

Saya sertakan teks asal di laman web Bernama seperti dibawah. Bersama-sama saya ketika ditemuramah oleh wartawan Bernama ialah Dr.Irni Eliana. Irni merupakan rakan sekerja saya dan PhD beliau bersangkut paut dengan Blockchain. Dia terlebih dahulu explore e-wallet ketika pengajian PhDnya sebelum ianya menjadi sebutan di negara kita. 

SEREMBAN, Feb 2  -- With the introduction of e-wallet gaining popularity among adults, one of the most important issues that users are constantly concerned about is the security and confidentiality of personal data.
Senior Lecturer of Records Management Studies, Faculty of Information Management, University of Technology Mara (UiTM) Puncak Perdana Campus, Shah Alam, Selangor, Dr Mohd Nizam Yunus, however, said that for every system or application developed, it must take into account data security issues to avoid being misused or stolen.
"Any system or application is certainly vulnerable to intrusion, but I believe that system supervisors are ready for all these possibilities and they are always working together to provide personal data protection from cyber criminals.
“Generally, people do not have to worry about e-wallet as its security is always well taken care of by the supervisors,” he said when contacted by Bernama here recently.
The use of e-wallet is seen as a new trend in the country in all aspects including in small and big businesses in the future, creating a cashless society.
Some users expressed concern regarding the possibility of money in the application disappearing just like that, but he said this should not happen because the system has a log system that records every transaction, and the user can also access the transactions, he said, adding that users should read all the terms and conditions before registering.
Meanwhile, another senior lecturer at the same faculty, Dr Irni Eliana Khairuddin said every system created today, especially the financial system, was built with high security technology and was constantly updated from time to time.
“This also includes the e-wallet system. Many are concerned about their personal data being used and retrieved by certain parties, but they need to be reminded that not only e-wallets, but there are many other services that require them to register and provide their personal data, which can be misused.
“These includes subscribing to the internet or registering for supermarket membership cards, in which case when they sign the subscription form, they have also indirectly agreed to allow the parties to use their personal data.
"But keep in mind that these parties cannot arbitrarily use their data as it is protected by the Personal Data Protection Act 2010,” she said, adding that the act was introduced specifically for the purpose of preventing the misuse of people’s personal data for commercial purposes.
Irni Eliana said the data could also be used by the parties involved to make projections about the use of certain products or services that people often use.
“As an example, from the personal data, e-wallet usage statistics for low-income households (B40) can be generated to find out which products or service transactions they use most. Thus, relevant parties can make projections to meet the needs of these people in the future,” she said.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment