Thursday, November 14, 2019

Audit


Saya pernah agak sibuk dengan audit. Bukan saya yang mengaudit tetapi menjadi seketariat audit untuk Fakulti saya. Pengalaman membawa auditor melihat ruang membolehkan saya 'mencuri' sedikit skill mereka. Antaranya ialah ketelitian mereka melihat sesuatu. Kadang kala kita tidak sangka ianya merupakan sesuatu isu sehinggalah mereka berada di situ.

Sememangnya untuk melihat kesilapan dan kelemahan kita adalah dengan cara memberi keizinan pihak lain untuk memeriksa apa yang kita lakukan. Ini adalah benar terutama ketika saya menulis tesis saya. Kadang kala berulang kali kita check tesis kita dari segi spelling error namun apabila disemak oleh supervisor kita, jumpa sahaja typo ini.

Bersedia menerima kritikan kerana ia akan membantu kita. Ini secara tidak langsung memberi added value pada diri kita iaitu lebih teliti. Ada rakan yang apabila diberikan tugas, dia dahulu yang siap dan dengan bangganya umumkan pada semua yang dia dah siap. Tapi apabila disemak kerjanya, hancur caca marba. Apa guna cepat tapi kerja ntah hapa hapa. Tapi kalau nak perfect sangat dan submit lambat pun tak guna juga. Biarlah kita ikut within the time frame. 

No comments:

Post a comment