Tuesday, July 23, 2019

Life After The Hectic Days



Selesai sudah proses menanda kertas soalan dan assignment students. Memang sangat hectic, ada yang tulisan kecil sukar dibaca, ada yang susunan jawapan yang berterabur, ada pula yang ditanya lain dijawab lain. Lagi haru, ada yang langsung tiada jawapan diberi. Zero on paper. 

Namun, ada juga yang jawapan ibarat buku, tulisan pula macam font di komputer. Berbunga-bunga hati ini ketika menanda. Di celah-celah ratusan answer script, ada terselit seorang dua yang menulis kisah sedih merayu diberi lulus. 

Setelah selesai melalui musim hectic ini, it's still not the time to take a breakaway vacation. Perlu ada pelbagai meeting related to marks and final exams. 

Dan, time-time gini ada pula kerja-kerja lain yang perlu dilalui. Kadang-kadang ada audit yang datang. Thumbdrive bertukar ganti masuk ke PC di sana dan PC di sini. As usual, virus pun merebak. Nasib baik ada technician ICT yang banyak membantu. Mereka pun turut sama jadi sibuk sebab masalah ini. Nak guna internal network untuk share files nampak agak kurang secure sebab most PC disambung juga ke internet. Morever, not all are convenient in using this kind of technology. Some prefer the old way of using thumbdrive to transfer files.



No comments:

Post a comment