Monday, December 24, 2018

Hujung 2018 - The Busy Zone Again


Hujung tahun 2018, as usual awan kesibukan yang sebelum ini mengintai-intai telah datang menyerang. Dengan kerja-kerja memastikan pengendalian peperiksaan kali ini berjalan lancar, assignments students, nak kejar mereka-mereka yang tak hantar assignments dan melayan kerenah-kerenah student full time dan part time. 

Pelbagai kisah mengenai kelewatan hantar assignment dibisikkan di telinga saya. Ada yang tidak serasi dengan ahli grup sehingga last-last minute terpaksa berpecah, ada yang katanya notebook kena virus dan juga yang senyap tanpa berita pun ada.

Ini semua cabaran saya yang dah hampir 18 tahun dalam bidang ini. Dalam 1001 kisah hantar assignment, saya perlu pula marking assignment dan test. Full time students dan part time students yang saya ajar kadangkala mempunyai ragam yang berbeza sesuai dengan status mereka. 

Tengah sibuk semua ini, perlu pula menyiapkan penulisan dan juga tak lupa tesis phd saya yang dijadualkan dihantar pada bila-bila masa sahaja. Masa kena pandai dibahagi. 

Terpaksa cari gajet baru supaya saya sentiasa dapat buat kerja walau dimana jua saya berada. Nak usung Macbook Air macam tak sesuai lagi-lagi kalau travel. Takut hilang satu hal. Tiba-tiba baru teringat Samsung Tab saya ada Microsoft application macam Word, Power Point, Excel. Terfikir pula kalaulah saya boleh jadikan macam Surface, which is too expensive for me to buy. So saya cuba usyar bluetooth keyboard untuk tablet. Samsung original sekali dengan case untuk tab (kelihatan seperti Surface) mahal harganya. 

Saw one nice foldable bluetooth keyboard at AEON Pangkalan. Namanya Casestudi, yang ini siap ada holder. But the price is RM 3xx. Terus saya google for some recommendation. One of them is Logitech K480. Not bad, the price is RM168 (official price). Siap ada tempat untuk dock tab.

I will ellaborate more on it in the next entry. In the meantime, layan dulu this teaser post. Oh, this entry was written using my new K480 keyboard. 

Good Night for now. I will be away taking a short vacay with my familiy, enjoying some beach sunshine. 

No comments:

Post a comment