Friday, October 19, 2018

Hujan Yang Turun



Musim hujan yang turun sepanjang bulan ini memang telah diramalkan oleh Jabatan Meteorologi. Kadangkala hujan turun dengan amat lebat, bukan sahaja menyebabkan cuaca sejuk tetapi juga banjir. Memang pada musim ini, penggunaan aircond di rumah saya berada pada tahap yang minima. Jimat sikit bil elektrik. 

Sebelum ini pun dah jimat bila saya beli peti ais baru gantikan peti ais lama. Peti ais baru walaupun saiz lebih besar berganda dari peti ais lama saya, namun lebih jimat elektrik. Jimat hampir rm 20-30 sebulan. Saya boleh lihat trend penggunaannya di apps TNB. Dalam apps itu ada graf penggunaan bulanan. 

Berbalik pada musim hujan, bukan sahaja pakaian terpaksa di dryer kan di self laundry, bumbung pun boleh bocor. Kali ini bumbung porch saya menjadi mangsa limpahan air hujan yang tinggi. Bocor macam air terjun. Puncanya, longkang atas bumbung tu penuh sampah sehingga air tersekat dan melimpah. So, terpaksa panggil Pak Aswam. Pak Aswam ini lahir di Indonesia tetapi telah dapat warganegara. Dah otai dan bercucu. Cicit je belum lagi. Anak-anaknya lahir disini, ada Mykad dan bersekolah di sini. 

Pak Aswam ni dulu ganti table top kitchen kabinet saya serta pintu depan rumah saya. Table top saya ganti terus dengan simen dan tile. 3 hari juga proses nak siap. Waktu pula mertua saya meninggal dunia. Pak Aswam tetap teruskan kerja walaupun kami tiada di rumah. Alhamdulillah bila kami balik, semuanya selesai. Bayar sahaja upahnya. Pintu depan pun saya ganti sekali. Total damage RM 2800. Lepas tu ada problem sikit dengan sinki kabinet. Memang sinki tu sebelum ni pun problem. Dia datang ganti FOC skru tu. Saya kenal Pak Aswam ni sebab jiran saya pernah jadi main kontraktor dia, selalu bagi job pada dia. Dia yang recommend Pak Aswam. 

Bagusnya Pak Aswam ni, kerja dia mesti jam 8 pagi tepat. Selalunya 7.30 dia dah sampai depan rumah dan makan sarapan yang dia bawa dari rumah. Dia dan rakan dia yang sama-sama otai akan start buat kerja dari pukul 8 pagi. Memang disiplin. Ini tengah tunggu dia siapkan repair bumbung dan gutter bumbung serta simen semua ruang-ruang kosong yang berpotensi mengalirkan air. 




No comments:

Post a Comment