Tuesday, October 30, 2018

Hujan Dan Bumbung


Entri ini merupakan lanjutan dari entri sebelum ini. Alhamdulillah, setelah direpair oleh Pak Aswam, tiada lagi kebocoran porch apabila hujan. Hampir setiap hari hujan dan porch saya kering-kering sahaja.

Punca utamanya ialah air melimpah keluar dari gutter. Mungkin kerana hujan yang turun melebihi kapasiti gutter. Yang lebih memburukkan keadaan ialah gutter dan roof tile ada gap, tidak bersimen. Apa yang Pak Aswam lakukan ialah menyimen bukan sahaja gutter malah segala ruang-ruang kosong yang dia dapat lihat. Pendek kata, semua dia servis.

So far tip top. Harga not bad. Next project ialah besarkan entrance porch, tile tangga dan juga gate baru. Doakan dilimpahi rezeki. Mungkin selepas balik Umrah tahun hadapan baru start the project. 

No comments:

Post a Comment