Monday, August 20, 2018

Note 9 Pre Order

Samsung melancarkan phablet terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Note 9 di Malaysia pada awal bulan ini. Pre-order pula dilancarkan minggu lepas dan saya merupakan antara mereka-mereka yang membuat pre-order melalui website Samsung. Saya pilih untuk collect di kedai Samsung berdekatan rumah saya. Ketika saya melakukan proses pre-order, warna Ocean Blue untuk delivery telah pun habis. Saya pilih Metallic Copper setelah melihat warna biru habis. Dilaporkan juga bahawa pre-order telah habis. 


Saya menggunakan Note 5. Sebelum itu saya menggunakan A7 2016. Niat untuk melarikan diri dari bayangan Note, sebab itu guna A7 2016. Saya menggunakan Note 2 ketika bertukar ke A7 2016. Note 2 saya tukar kerana masalah on off restart sendiri. 



Apabila guna A7 2016, rasa tidak puas kerana saya memang guna handphone untuk kerja. Ketika meeting saya dah biasa guna S Pen untuk salin notes. Lantas saya tukar ke Note 5. Ketika itu banyak kedai Samsung Official dah kehabisan stok. Nasib baik jumpa di Celcom Blue Cube. Note 5 saya 64GB. Setahun lebih guna, tanpa sebarang calar, Note 9 dilancarkan. Saya skip Note 8 kerana ketika itu baru sahaja guna Note 5. Note 5 kamera cantik, powerful, ruang storan pun mencukupi untuk saya walaupun tiada external memory card. 



Ini kali pertama saya pre-order Note 9. Antara sebabnya ialah ada freebies iaitu jam idaman saya, Gear Sport. Dapat percuma. Hampir saya beli hari tu Gear Sport ni, harganya RM 12xx. Nasib baik kedai Samsung favourite saya takde stok. 



Kali ni bila diberi percuma, saya tak lepaskan peluang, terus pre-order Note 9. Namun, wife saya dah booking Gear Sport tu untuk dia. Takpelah, janji Gear Sport tu ada depan mata saya pun dah cukup bagus. 



Lepas sembahyang Raya AidilAdha saya akan ke kedai Samsung untuk mengambil stok Note 9 saya serta Gear Sport. 

No comments:

Post a Comment