Friday, September 08, 2017

Gitar Jackson




Setiap manusia mempunyai hobi. Adakalanya hobi bertukar menjadi sesuatu yang memberi sesuap nasi kepada kita dan adakalanya hobi kekal hobi. Hobi boleh kita definisikan sebagai sesuatu aktiviti yang dilakukan ketika masa lapang, dan bagi saya, boleh release stress. Kalau hobi tersebut menambahkan stress yang sedia ada hasil kerja hakiki, itu bukan hobi namanya.
 
Hobi bermain gitar ini bermula agak lambat dalam diri saya. Jika kebanyakan rakan-rakan bermula seawal umur 13-14 tahun, saya bermula pada umur 17 tahun. Minat tu dah ada sejak umur 13 tahun tapi tak pernah berkesempatan untuk belajar. Pegang tu ada lah. Ketika umur saya 16 tahun, saya dapat menyaksikan secara close and personal kawan saya dan adik nya bermain gitar, lagu Bad Company. Gitar yang digunakan adalah gitar kapok. Kagum sekejap saya. Kemudian di usia 17 tahun, seorang rakan sekolah saya pula offer ajar main gitar. Lagu pertama saya belajar, Wind Of Change dari kumpulan Scorpions. Juga guna gitar kapok. Umur 18 tahun, saya beli gitar kapok sendiri. Sampai bengkak-bengkak jari petik gitar kapok, tali kapok. Tukar pula ke tali elektrik tapi masih guna gitar kapok. Masa ni saya dah kerja di UTM. Berkenalan pula dengan student-student sana dan salah seorang ialah sifu gitar saya iaitu orang yang mula-mula kenalkan saya dengan gitar elektrik. Terpegun saya tengok dia solo macam-macam jenis lagu. Masa tu la saya kenal apa tu gajet, stomp box, distort, chorus, delay. Saya selalu ikut dia jamming, tapi masa tu sekadar jadi vokalis terjun. Suara ke laut. 
 
Bila dia upgrade gitar dia, dia jual gitar lama dia jenama Hohner. Mula la saya belajar main gitar. Saudara saya pinjamkan gitar amp dia. Gadget saya guna second hand Boss Overdrive Distortion. Beli dari sifu saya yang jual gitar Hohner tu. Mak saya jahit sendiri casing gitar, dari kain. Ingat lagi terkial-kial saya praktis intro lagu Sweet Child O Mine. Gitar Hohner itulah saya bawa ke ITM, main di ITM sambil-sambil jamming dengan kawan-kawan. Kebetulan ambil ko Muzik Malaysia, guna terus gitar Hohner dan gadget Boss saya. Amp saya sambung ke radio sahaja. 
 
Bila dah kerja, ada duit sikit, saya jual Hohner dan sambar Gitar Jackson JS30. Made In Japan. Sekali dengan efek Zoom 606 Made In Japan dan Amp Marshall. Bertahun-tahun layan gitar tu di masa lapang. Zaman bujang. Bila dah kawin, slow sikit. Dah ada anak, sesekali je layan. Dah tambah anak, terus stop. Gitar tersebut berhabuk, karat. Zoom 606 pun tak pernah on dah. Segala memori preset efek-efek gitar seperti chorus, distort dan delay tak pernah saya pakai. Tak pasti samada efek dalam memori masih tersimpan atau tak.


Baru-baru ini tiba-tiba datang mood balik. Terus saya keluarkan Jackson dari bawah katil, berhabuk, karat, tali karat. Dah 6 tahun dibiarkan. Jenuh juga google cari siapa yang boleh repair balik. Rupanya sekarang ramai yang offer service pro custom setup. So saya hantar kat satu kedai gitar ni, budak ni restore balik Jackson seperti sediakala. Harga not bad, RM 1xx termasuk tali gitar Elixir dengan coating. Budak yang repair ni kata tali Elixir dengan coating ni tahan lama. Berbulan tak karat. Dulu saya guna Ernie Ball. Bertahun tak main ni, banyak juga teknologi baru. 

Yang repair gitar ni kata sound gitar Jackson saya sedap sebab Made In Japan. Katanya kalau jual balik ni ada harga. Harga tak jatuh dari harga saya beli masa 15 tahun dulu. Katanya gitar Made In Japan dah rare, harga dah ribu riban. Masa saya beli dulu pun harga dah ribu riban. Tapi time tu ada banyak lagi harga gitar yang lebih ribu riban dari gitar saya. 

Dibawah merupakan spec Jackson saya. Ambik dari internet. Semua maklumat dah ada dalam internet. Senang.

  • Alder body
  • Maple bolt on neck
  • Rosewood fingerboard
  • Compound (12" to 14") Fingerboard Radius
  • 22 jumbo frets / 25.5"" scale / 1 11/16" nut width
  • Jackson CVR2 Humbucking pickups
  • Floyd Rose® Licensed Jackson® Low Profile JT580 LP Double Locking 2-Point Tremolo
Bawah ni pula merupakan spec Zoom 606. 606 merupakan discontinued model manual dia masih boleh didownload dari website Zoom.

Built-In Expression Pedal. 
Drive Selector & Gain +/-Key. 
35 Versatile Effects - 9 Simultaneously. 
Built-in Chromatic Tuner. 
3 Amp Cabinet Simulators. 
Battery or AC Operation. 

KEEP ROCKING !!

No comments:

Post a Comment