Monday, September 18, 2017

Ancaman Pengganas terhadap Rekod.



Apabila saya membuka portal library institusi saya untuk mencari bahan-bahan ilmiah dan rujukan, terdapat begitu banyak ilmu di dalam portal tersebut sehingga kita boleh lemas di dalamnya. Lagi kita gali dan baca pelbagai jenis artikel di dalam portal tersebut, lagi kita sedar bahawa ilmu dan pengetahuan ini sangat luas. Sebagai contoh, apabila saya cuba kaitkan ancaman pengganas dan rekod, rupanya ada pelbagai lagi cabang yang para penyelidik telah bincangkan, antaranya kaitan pengganas dan penggubalan wang haram, pengganas dan sosio ekonomi semasa dan ada juga yang menulis mengenai workplace violent iaitu keganasan di tempat kerja yang antaranya termasuk ancaman pengganas. 

Ancaman pengganas terhadap sesuatu bangunan tidak boleh dipandang ringan. Terdapat banyak bukti yang telah berlaku menyebabkan kemusnahan bangunan akibat tindakan pengganas. Antara yang paling diingati ialah tragedy 11 September di mana World Trade Center di New York musnah. Turut sama musnah adalah rekod dan dokumen. Bagaimana untuk mulakan kembali operasi sesuatu syarikat jika semua rekod dan dokumen musnah?

Terdapat beberapa cadangan untuk mengelakkan sesuatu bangunan itu dari diancam pengganas sekaligus menyebabkan rekod dan dokumen turut musnah. Jika ancaman sukar dielakkan, dari sudut pengurusan rekod dan dokumen, perlu kita fikirkan bagaimana untuk kita mengurangkan impak yang akan berlaku terhadap rekod dan dokumen tersebut.

Ada beberapa langkah preventive yang boleh dilakukan dan perlu juga kita wujudkan satu pelan tindakan jika bangunan tersebut diserang. Nyawa sememangnya berharga namun rekod dan dokumen juga diperlukan agar organisasi yang diserang dapat memulihkan kembali operasi dalam tempoh yang singkat. Tak boleh terkejut terlalu lama.



No comments:

Post a comment