Tuesday, August 08, 2017

Bengkel di Muzium Negara


Alhamdulillah, kerja-kerja final exam dan proses kemasukan markah students telah selesai. Tiba masanya untuk universiti saya menjadi sunyi tapi tak sepi kerana 98% pelajar akan pulang ke rumah masing-masing. Hanya ada kira-kira 2% sahaja yang masih tinggal iaitu segelintir pelajar yang mengikuti program praktikal di industri dan juga pelajar semester pertama diploma.

Maka bermulalah kembali penulisan PhD saya yang perlu dilengkapkan segera. Di saat-saat pelajar cuti ini merupakan saat terbaik untuk saya tumpukan perhatian saya. Namun, terdapat juga beberapa perkara yang perlu saya lalui ketika cuti ini. Pelajar sahaja cuti, namun kami tidak cuti. Kalau nak cuti kena ambil cuti tahunan. Dan kalau nak ambil cuti tahunan kena tengok pula samada ada urusan kerja yang perlu dibereskan atau tidak. Kadangkala ada seminar, bengkel atau kursus yang perlu dihadiri. PhD perlu disiapkan juga. 

Baru-baru ini saya ke Muzium Negara berbengkel dengan kakitangan di situ. Saya dan beberapa orang rakan dijemput untuk memberikan input dari sudut akademik tentang pengurusan koleksi. Bengkel ini diberi judul bengkel pegurusan koleksi. Tujuannya adalah untuk menambahbaikkan sistem pengurusan koleksi Jabatan Muzium Malaysia. 

 

Antara perkara yang dibincangkan adalah tentang prosedur dan polisi serta nombor pengkelasan. Dalam muzium, aspek pengurusan koleksi berkaitrapat dengan pengurusan maklumat. Banyak elemen dalam pengurusan koleksi bersangkut paut dan ber'sahabat' dengan elemen-elemen yang terkandung dalam pengurusan rekod. Pasukan saya yang terdiri dari PM Dr Aliza dan PM Dr Azman selaku 'orang lama' dan ketua bidang dalam pengurusan rekod,Puan Nik Azliza sebagai Ketua Pusat Pengajian, Encik Kamarul Azwan selaku pakar deskripsi, Encik Jafalizan pakar pelupusan dan saya yang melihat dari aspek keseluruhan pengurusan muzium dan pengurusan bencana dan risiko  bersama-sama boss dan staf pengurusan koleksi sama-sama 'brainstorm' tentang sistem pengurusan koleksi yang lebih efektif dan berkesan.


Saya dan sebahagian rakan-rakan mengambil kesempatan ini untuk menaiki MRT terus ke stesyen Muzium Negara. Perjalanan MRT mengambil masa kira-kira 30 minit. Sampai sahaja di stesyen MRT Muzium, kami keluar salah gate menuju ke KL Sentral. Terpaksa lah berpatah balik menghala ke muzium. Rupanya, nak lepas dari gate KL Sentral ke Muzium kena bayar 40 sen. Ini promosi 50%. Nanti dah berakhir tempoh promosi, 80 sen lah jawabnya. Maknanya kalau dari Muzium Negara hendak lunch di NU Sentral, kena bayar 80 sen sehala. Pergi balik, Rm 1.60. Jalan kaki pun dah kena tol sekarang ni. Mungkin sebab jambatan berhawa dingin tu selesa, dan memang memendekkan jarak perjalanan. 

Muzium Negara MRT Station. Underground.
We had a pleasant journey using MRT especially this Sungai Buloh line. Maklumlah benda baru, everything was beautiful. Surau di MRT pun bersih. Cuma saya agak terkilan sebab kad TnG saya tidak dapat digunakan di tempat parking kereta kerana saya pernah touch in tetapi tidak touch out ketika keluar. Bukan salah saya sebab waktu tu baru hari-hari awal di implement TnG di tempat parking, dan ketika exit, lorong TnG ditutup menyebabkan saya perlu lalu di tempat yang tak perlu scan TnG. Nasib baik banyak TnG. Lagi satu ialah mesin topup TnG belum berfungsi. Terpaksa topup di kaunter. Apa-apa pun, ia tidaklah satu masalah yang besar. 


 

No comments:

Post a Comment