Thursday, June 22, 2017

Entri Pertama Menggunakan Slimline






Ini merupakan entri pertama menggunakan HP Slimline 270 P005D. Berkuasakan Intel i5, PC ini akan menggantikan PC ofis saya yang akan tamat sewaan tidak lama lagi. Saya baru membelinya petang tadi dan buat masa ini, PC comel ini akan berada di rumah untuk saya jalankan proses setup dan installation dari cloud. Di rumah lebih laju kerana menggunakan Unifi. Buat masa ini, saya hanya beli PC sahaja tanpa monitor kerana saya telah mempunyai monitor HP yang pernah saya gunakan sebelum ini. Di rumah, saya sambung dengan TV LED Toshiba saya seperti gambar diatas menggunakan kabel HDMI. Ada sedikit masalah kerana resolusi TV ini agak sukar dipadankan dengan grafik Slimline, tapi buat sementara ini, boleh lah. So far, malam ini menggunakan wired mouse and keyboard dari HP. Masih ada beberapa software yang perlu didownload untuk menjadikan ianya sesuai digunakan. 

 

No comments:

Post a comment