Saturday, April 02, 2016

Pengalaman Menggunakan Windows 10


Saya jarang menulis menggunakan laptop Fujitsu saya kerana beberapa sebab, antaranya ialah kerana lokasi laptop ini sentiasa berada tetap di rumah saya, di bilik belakang yang sekarang ini panas akibat cuaca menyebabkan ianya merupakan lokasi yang kurang selesa untuk menulis. 

Nama sahaja laptop tetapi kedudukannya telah saya fix kan di atas meja. Ia untuk kegunaan isteri dan anak-anak saya lebih-lebih lagi setelah Toshiba isteri saya yang menggunakan Vista menjadi very outdated. Anak-anak pula kadangkala perlu menggunakan komputer untuk melakukan kerja sekolah. 

Namun sejak akhir-akhir ini saya pula menghabiskan masa yang lama di Fujitsu ini terutama setelah upgrade ke Windows 10. Laptop ini asalnya Windows 7 dan saya sudah cukup berpuashati dengan Windows 7 walaupun masa boot nya semakin lama semakin perlahan. Apabila menggunakn MBA, saya dapat merasakan perbezaan ketara antara speed Win 7 dan OSX. Seperti Superbike berlumba dengan Modenas saya. 

Semuanya bermula apabila dua student part time saya yang bekerja di IT Support, memberi 'support' kepada saya agar upgrade kepada Win 10. Kebetulan memang ada opsyen free upgrade pada saya oleh Windows dan kedua-dua students saya memberitahu bahawa tahun ini merupakan tahun terakhir opsyen terbabit diberikan kepada pengguna Win 7 dan Win 8. 

Saya pada mulanya agak takut kerana tidak mahu berdepan masalah-masalah yang mungkin dilalui semasa dan selepas upgrade. Saya telah dua kali upgrade OSX saya dan semuanya smooth, tiada sebarang masalah dan gangguan, cuma selepas upgrade dari Maverick ke Yosemite ada sedikit masalah dengan Wifi, setelah saya upgrade pula ke El Capitan barulah sekarang ianya stabil. Upgrade OS henfon sendiri pun sudah selalu, dan kadangkala berdepan masalah selepas upgrade di mana ada function minor yang tidak boleh dipakai. Function sebegini walaupun minor tetapi jika ketika itu kita memerlukannya, rasa seperti function major pula. 

Berbekalkan sedikit keberanian, saya memberanikan diri upgrade Win 7 ke Win 10, itupun setelah berkali-kali meminta nasihat kedua-dua students saya, dan juga setelah menghabiskan masa membaca pelbagai review dan pengalaman upgrade Windows 10. Hampir kesemuanya memberi reaksi positif. 

Berbekalan Unifi 30Mbps, saya memulakan proses upgrade pada satu petang. Rupanya Win perlu update dahulu Win 7 saya sebelum mula upgrade. The whole upgrading process was done using Unifi, di samping berdoa agar kawasan saya tidak black out, kerana kawasan perumahan saya ini merupakan antara kawasan di suburban yang kerap black out. Saya juga berdoa agar connection Unifi tidak terputus tiba-tiba.

Proses updating saya mulakan dan setelah 30 minit ianya senyap sahaja tanpa sebarang progress, hanya checking sahaja, saya pun keluar rumah bersama isteri dan anak-anak. Tiga jam kemudian saya kembali dan saya melihat Win saya sudah selesai update Win 7 dan bersedia memulakan proses upgrading ke Win 10. Proses downloading memakan masa 30 minit dan ketika itu saya boleh menggunakan laptop seperti biasa. Proses installation pula memakan masa hampir 45 minit. 

Selesai sahaja kesemua proses, laptop saya reboot ke Win 10, not bad masa rebootnya berbanding dengan boot Win 7 yang lama, memakan masa hampir 60 saat. Win 10, memakan masa sekitar 45 saat. Setelah berjaya masuk ke Win 10, saya pun explore sedikit Win 10 saya dan saya dapati bahawa segala file dan software saya tidak terusik. Good Job. Cuma salin kulit sahaja. Tak perlu saya install apa apa software kembali.

2 hari kemudian, saya gunakan laptop saya kembali dan kali ini saya terkejut, kerana masa boot nya tidak sampai 15 saat. This is great. Kemudian selepas selesai membuat sedikit urusan di laptop, saya explore lagi Win 10, dan saya klik ke STORE. Di sini lah bermulanya something wonderful to me, rupanya Store Win 10 menggunakan konsep apps di handphone, dan bermula la saat saya hook up di Win 10, pelbagai apps saya explore. Photo editing menjadi lebih mudah dengan kewujudan apps, malah games juga saya install. 

Secara ringkas, Win 10 is the best Win ever. Entri ini saya lakarkan menggunakan laptop saya yang berWin 10 sambil streaming Spotify album Sarah Geronimo. Everything is smooth in Win 10.


No comments:

Post a comment