Wednesday, April 13, 2016

Panama Papers






Isu global akhir-akhir ini yang menghiasi ruang berita dan internet ialah berkenaan dengan Panama Papers. Ramai nama-nama yang terlibat, lebih-lebih lagi jika pekerjaan atau jawatan mereka yang terlibat tidak memungkinkan mereka ini memiliki harta yang banyak, walaupun harta tersebut atas usaha mereka sendiri, tetapi akibat ingin lari dari sebarang tuduhan dan salah anggap, segala kewangan mereka terpaksa di simpan di tempat lain.

Ada juga yang ingin melarikan diri dari cukai yang dianggap tinggi di negara mereka, lantas menyimpan harta mereka di negara yang tidak membebankan mereka. Perkara ini sudah lama saya tahu berlaku. saya membaca Times dan Newsweek, pernah membaca modus operandi syarikat-syarikat gergasi dan terkenal, mengurangkan kadar cukai yang dikenakan atas mereka. Caranya, setup parent company di negara yang mempunyai undang-undang cukai yang loose. 

Wartawan pernah menjejaki satu alamat syarikat gergasi di dunia, kalau disebut, memang semua orang akan kenal. Pengembaraan wartawan itu berakhir di satu negara kecil, dan berhadapan dengannya ada sebuah rumah kedai, apabila diketuk, seorang perempuan tua keluar, dan apabila ditanya inikah syarikat gergasi tersebut, perempuan tua itu menjawab Ya. Wartawan tersebut tidak dibenarkan masuk ke dalam, namun berdasarkan pengamatan dari luar, tidak mungkin syarikat gergasi ini beroperasi dari lokasi ini, hanya memberikan alamat ini sebagai startup company sahaja, khabarnya untuk mengelak dari pelbagai implikasi undang-undang termasuk percukaian. 

Namun, perkara yang menarik minat saya ialah bagaimana kebocoran dokumen dan rekod seperti kes Panama Papers, Wikileaks dan beberapa kes lagi, menyebabkan efek yang sangat negatif, bukan sahaja kepada organisasi yang dibocorkan, tetapi juga kepada individu atau kumpulan yang dinamakan di dalam dokumen dan rekod terbabit.

Jelas di sini, ianya merupakan satu bencana. Kenapa saya katakan ianya bencana, kerana ia boleh menyebabkan satu institusi runtuh akibat kebocoran dokumen dan rekod, ia juga menyebabkan individu berpengaruh, tidak lagi dapat mempengaruhi orang ramai kerana imej sudah tercalar.

Siapa yang salah, siapa yang benar, itu diluar kemampuan saya untuk buktikan, yang pasti bencana terhadap rekod telah berlaku. Kita hidup dengan rekod dan dokumen. Duit kita di institusi perbankan diuruskan menggunakan rekod dan dokumen, samada secara elektronik atau pun kertas. Maklumat diri kita diletakkan di dalam rekod dan dokumen, juga samada secara elektronik atau kertas. Setiap kali kita berkunjung ke institut perubatan, segala maklumat perubatan kita akan direkodkan. 

Jika salah satu rekod atau dokumen tersebut bocor, ia mungkin memberi impak yang besar atau kecil kepada kita, atau mungkin tidak memberi impak langsung. Kita baru mendapat gaji bulanan, ke mesin ATM untuk mengeluarkan wang, tiba-tiba baki tidak mencukupi. Beberapa kali kita mencuba namun gagal, akhirnya kita ke bank. Setelah diteliti, rupanya rekod kewangan kita diceroboh dan ditukar, menjadikan baki duit kita menjadi kurang. Duit kita dipindahkan ke akaun orang lain. Bank akan menggantikan balik duit kita, tetapi harus menunggu, memakan masa. Mungkin seminggu, sebulan, sehingga siasatan selesai dan segala prosedur dijalankan. Mana kita nak cari duit? Nak bayar duit sekolah anak, nak makan minum, bayar bil, bayar hutang. Kita boleh pinjam, tapi kan sudah menyusahkan diri kita. Rutin perjalanan kewangan kita telah terencat.Rekod dan dokumen kewangan kita yang tidak dijaga dengan rapi telah menyebabkan orang lain dapat mengubah data di dalamnya dan menyusahkan diri kita.

Satu lagi contoh, anda ingin membuat pinjaman kenderaan untuk membeli kereta idaman anda. Tiba-tiba, Bank ABC kata anda tidak layak kerana rekod bayaran anda di Bank XYZ yang lain tidak cantik. Anda marah, anda tertanya tanya dari mana Bank ABC tahu anda sentiasa bayar lambat untuk pinjaman perumahan di Bank XYZ. Rupanya maklumat kewangan anda di kongsi bersama bank. Nak lebih mudah, seseorang menubuhkan agensi yang mengambil maklumat pembayaran anda di semua bank-bank dan menyimpannya. Kemudian apabila bank-bank inginkan maklumat mengenai status pembayaran hutang anda, hanya rujuk pada agensi berkenaan.

Rekod bayaran kewangan anda di Bank XYZ telah diketahui oleh Bank ABC. Anda marah. Anda kata Bank XYZ tidak patut bocorkan maklumat ini. Bagi anda rekod pembayaran hutang anda di Bank XYZ tidak patut dihebahkan. Akhirnya anda gagal memiliki kereta idaman anda, ia sudah menjadi satu bencana untuk anda. Semuanya berpunca dari rekod pembayaran hutang anda yang dikongsi oleh bank. Ini baru cerita kongsi rekod, belum cerita bencana yang menimpa akibat rekod dicuri seperti di yang berlaku dalam kes Panama Papers. 

Bottom Line is, kita perlu ketatkan kawalan keatas rekod kita lebih-lebih lagi di zaman teknologi ini menyebabkan pelbagai lorong boleh dibuka untuk mencuri rekod dan dokumen kita. Silap-silap ada banyak lagi Papers-papers yang akan bocor selepas ini dan sekaligus menjadi bencana keatas nama-nama yang ada dalam papers-papers tersebut. Bagi Mossack Fonseca, klien mereka dijangka lari, bencana juga pada Mosscak Fonseca.

No comments:

Post a Comment