Saturday, October 10, 2015

Jerebu #malaysianhaze2015

Gambar di atas merupakan pemandangan awan dan langit biru pertama dapat dilihat di kawasan perumahan saya beberapa hari lepas. Pemandangan yang sangat indah dan sangat dihargai kerana kawasan kami telah kehilangan pemandangan sedemikian sejak hampir sebulan lamanya akibat jerebu. Tidak perlu saya ulas tentang apa itu jerebu dan kontroversi ukuran jerebu yang telah dipertikaikan oleh ramai netizen. Saya hanya mahu coretkan pengalaman saya sendiri menghadapi jerebu.

Saya masih ingat, ketika saya dan keluarga di IOI Putrajaya, datang kabut dan asap disertai dengan bau asap. Kami tahu itu jerebu. Tapi yang pelik, laporan bacaan API yang saya dapati dari apps API di smartphone saya tidak menunjukkan sebarang bacaan yang tinggi, hanya ketika itu 100 lebih sikit. Saya faham bacaan yang dipaparkan adalah bacaan kira-kira dua jam awal. Saya kemudian stay indoor at IOI, pelbagai aktiviti kami lakukan sekeluarga termasuklah beratur di Magnum Cafe. Setelah beberapa jam, saya assume bacaan API akan naik mendadak kerana jerebu berbau asap kelihatan lebih tebal dari tadi, namun bila saya check bacaan API di Apps yang dipaparkan hanyalah naik sedikit. Mungkin bacaan API adalah berdasarkan jumlah partikel dan pencemaran di udara, bukannya berlandaskan jarak penglihatan. Tetapi keadaan kabut asap ketika itu sangat tebal, lebih tebal dari sebelum-sebelumnya.


Gambar di atas adalah pemandangan ketika hari tersebut. Dan begitulah hari-hari seterusnya keadaan jerebu yang melanda kawasan dan bandar berhampiran rumah saya. Kadangkala ianya kurang sedikit, tetapi mostly keadaannya adalah seperti di gambar-gambar di bawah. 




Gambar-gambar ini diambil beberapa minggu lepas di hari-hari dan waktu-waktu yang berlainan, namun kesemuanya adalah waktu siang hari di mana sepatutnya langit, awan akan kelihatan. Seolah-olah cuaca sejuk sedangkan jika berdiri di luar, ianya panas. Diwaktu saya menulis ini, telah beberapa hari cuaca kembali normal, boleh lihat langit dan awan serta menikmati cahaya matahari



Memang banyak kerja-kerja tergendala akibat jerebu yang hampir sebulan melanda kawasan saya. Peniaga gerai makanan tepi jalan ada yang terpaksa tutup gerai kerana tidak tahan dengan jerebu. Saya sendiri terkena kesan jerebu ini dimana ianya menganggu perjalanan kerja saya serta kesihatan sedikit terjejas seperti tekak perit dan pedih mata. Terpaksa minum air banyak. Rumah saya pun tidak dibuka tingkapnya kerana ditakuti jerebu menerjah masuk lagi-lagi saya punya anak-anak yang masih kecil 

Punca jerebu dari Indonesia juga telah memakan korban di Sumatera sendiri iaitu tempat punca jerebu yang melanda kawasan kami. Alhamdulillah di Malaysia masih belum memakan korban tetapi ramai rakan-rakan jatuh sakit. Persoalannya, hampir setiap tahun ini berlaku dan apa yang saya lihat, tahun ini agak lama jerebunya menyebabkan ramai resah bukan sahaja kerana ianya menganggu kesihatan dan perjalanan kerja, tetapi juga rindukan langit. 

Harapan agar jerebu tidak kembali lagi. We Want Our Blue Sky Happiness.

No comments:

Post a Comment