Thursday, June 04, 2015

First Basic 38 Celcom



Saya akui, Celcom bukanlah line yang terbaik saya guna. Saya mempunyai 4 line iaitu Celcom, Maxis, Digi dan Altel dan hanya Celcom merupakan postpaid sementara yang lain semuanya prepaid. Maxis, Digi dan Altel saya telah aktifkan selama 1 tahun. Saya telah menggunakan Celcom sejak dari tahun 2005. Sebelum ini saya menggunakan Maxis dari tahun 1998. Selepas lokasi pejabat saya berpindah,  tiada signal Maxis yang kuat di sini, hanya sipi-sipi. Selaman 6 bulan, setiap kali kami ingin membuat panggilan, terpaksa keluar dari kawasan tempat kerja ke bus stop di tepi jalanraya untuk membuat panggilan. Ketika itu, rakan-rakan yang menggunakan Celcom mampu tersenyum kerana signal Celcom disini kuat. Fedup dengan keadaan ini membuatkan saya terus tukar ke Celcom. Lagi-lagi ketika itu sedang sibuk bercinta dengan girlfriend saya (sekarang dah jadi isteri saya) yang ketika itu menggunakan Celcom, murah sikit nak bergayut. Masa tu tiada lagi kemudahan MNP dimana kita boleh retain number kita dan cuma tukar provider sahaja. Terpaksa lah saya melepaskan number Maxis kesayangan saya. 

Pelbagai pakej Celcom telah saya gunakan dan sehinggalah saya diberitahu seorang rakan mengenai pakej baru Celcom iaitu First Basic 38.

Memandangkan segala kos dan perkhidmatan telah naik selepas GST ini, maka terdapat keperluan untuk mengurangkan mana-mana fix expenses yang boleh dikurangkan. Pakej saya sebelum ini adalah RM 50 untuk postpaid line ditambah dengan mobile internet basic 1.5GB rm 38 dan ditambah pula dengan GST menjadikan total ialah RM 93. Pakej baru pula RM 38 merangkumi semua termasuk mobile internet kuota 3GB ditambah pula dengan Celcom Wifi kuota 3GB. Baru-baru ini sewaktu ke UiTM Dungun atas urusan kerja, saya menggunakan Celcom Wifi ini dan speed memang laju.

Berkenaan dengan speed mobile internet pula, it is acceptable for me sebab saya biasanya hanya menggunakan mobile internet untuk whatsapp dan saya setkan pada Edge sahaja yang saya rasa berkelajuan 64kbps tapi itu sudah cukup untuk saya download dan upload gambar menggunakan whatsapp. Jika ada keperluan untuk download video atau berfacebook atau gunakan browser internet, saya akan tukar ke HSDPA. So far, bagi saya connection mobile internet Celcom agak memuaskan, tetapi bagi saya Maxis mempunyai connection mobile internet yang lebih stabil. 

Pakej yang terdahulu diberi percuma RM 50 penggunaan sms dan panggilan dan setiap bulan saya hanya menggunakan tidak sampai separuh dari kuota tersebut. Untuk internet pula, paling maksima pun hanya 500MB kerana dirumah saya lebih banyak online menggunakan unifi. 

Dibawah merupakan maklumat mengenai First Basic Plan 38 ini.





Bil terkini telah saya perolehi tetapi masih dalam keadaan caca marba kerana saya tukar plan lama ke plan baru kira-kira seminggu sebelum berakhirnya bill cycle plan lama, jadi terdapat pelbagai kos pro-rate. Saya jangkakan bil untuk hujung bulan ini akan lebih caca marba kerana saya membayar upfront yang agak tinggi untuk mengambil device Sony Xperia E4g (nak bagi kat anak) dan ikat kontrak 2 tahun (no problem sebab saya memang tak minat nak tukar-tukar telco).Cuma terdapat rungutan dari kenalan-kenalan mengatakan bahawa kuota internet Celcom terlalu cepat habis. So far sejak menggunakan Celcom, saya belum pernah menghadapi perkara ini cuma semalam saya mendapat SMS bahawa saya telah mencapai 90% kuota panggilan percuma 50 minit saya. Agak pelik kerana bil cycle saya rasanya baru beberapa hari lepas. Mungkin Celcom perlu sebulan dua lagi untuk menstabilkan pelan baru saya. 
Sony Xperia E4G, not bad untuk simple browsing, youtube and simple games. Tiada whatsapp dalam smartphone ini. 


* Saya baru dapat SMS mengatakan bahawa Free Minute saya telah digunakan 100%. Seingat saya, call saya tidak lah mencapai 50 minit. Saya telah call customer service Celcom dan saya hanya dapat view penggunaan free minutes saya secara terperinci setelah mendapat bil pada bulan akan datang. 










No comments:

Post a comment