Sunday, June 15, 2014

Pengenalan kepada CCTV

Sumber gambar dari signbypost.com

Akhir-akhir ini saya membuat sedikit kajian mengenai CCTV kerana ada beberapa permintaan dari kenalan untuk membantu mencarikan CCTV untuk kegunaan kedai, pejabat dan rumah mereka. Tidak dapat dinafikan CCTV membantu untuk mencegah jenayah. Selain itu CCTV juga boleh menyelesaikan masalah-masalah seperti misteri penyapu terjatuh sendiri dan keberkesanan jaring kucing di pagar.

Ada seorang kenalan yang meletakkan jaring kucing supaya rumahnya tidak dibolosi kucing namun rupanya kucing masih mampu membolosi jaringnya melalui satu sudut yang langsung tidak terfikir olehnya. Semuanya disaksikan menerusi CCTV.

Akan saya update entri ini untuk memberi sedikit gambaran mengenai apa yang diperlukan oleh seseorang yang ingin memasang CCTV dan segala maklumat ini adalah dari perspektif seorang newbies dalam bidang CCTV. Saya juga akan memberi recommendation pemasangan CCTV dari seorang installer yang saya kenali.

Ketika bersama kawan-kawan saya menyertai misi mencari CCTV untuk kegunaan rumah, kedai dan pejabatnya, kami terlebih dahulu mencari seberapa banyak maklumat tentang CCTV yang diperlukan supaya kami tidaklah nampak terlalu newbies sehingga menyerahkan secara total kepada penjual dan installer CCTV untuk menentukan halatuju CCTV terbabit. Perkara yang pertama sekali kami fikirkan ialah kos. Kawan yang ingin memasang CCTV di rumah amat particular tentang kos kerana dia hanya ingin monitor kawasan laman meletak kenderaan (car porch) dan juga pintu gate hadapan dan pintu hadapan rumahnya. Belakang lain hari jika budget mengizinkan katanya. 

Pencarian pertama kami ialah semestinya internet dan dia gemar meneliti harga-harga di laman sesawang seperti MUDAH, LELONG atau EBAY Malaysia. Tujuan utama ialah untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tentang kos. Terdapat CCTV semurah RM 80 berbentuk DOME dan bertulis indoor. Pada mulanya kami ingin mengambil kamera dome indoor untuk diletakkan di car porch kerana pada pandangan kami, car porch tersebut jarang basah, hanya apabila hujan terlampau lebat baru lah terdapat kesan-kesan lembab sehingga ke siling car porch. Rupa-rupanya hasil siasatan dan penyelidikan yang lebih mendalam, indoor cctv berbentuk dome ini amat sensitif pada air dan juga suhu. Apabila kami teliti pula harga outdoor, perbezaan harga sekitar RM 40 ke atas. Akhirnya setelah bermesyuarat meja mamak, rakan saya bersetuju memilih outdoor camera. Apa guna jimat RM 80 (untuk dua camera) andai kena air terus rosak. 

Maklumat kedua ialah, bagaimana kamera akan berfungsi dan dari mana ia mendapat sumber kuasa. Sudah tentu punca kuasa elektrik diperlukan dan apabila memasang CCTV jika tiada punca kuasa maka punca kuasa tersebut samada akan dipasang yang baru berhampiran kamera atau yang lazimnya ialah kabel punca kuasa akan ditarik ke dalam rumah dan disambung pada wall socket sedia ada. Untuk punca kuasa, rakan saya memilih untuk menggunakan wall socket sedia ada di dalam rumah. Oleh kerana 2 kamera diperlukan, maka wall socket akan diubah dari single socket kepada 4 wall socket di lokasi sama. Wiring elektrik, kami menggunakan khidmat saudara Zamree Masian dari Bukit Kapar yang menawarkan harga berpatutan serta kerja yang kemas. Wall socket 4 sebaris kami beli dengan harga RM 25 sahaja. Untuk khidmat pendawaian, Zamree Masian boleh dihubungi di talian 0132581415. Saya recommend pada kawan saya menggunakan khidmat Zamree kerana saya terlebih dahulu menggunakan khidmat dia. Dia lebih laju jika customer berlokasi di Meru, Kapar, Puncak Alam atau Shah Alam. 

Zamree Masian sedang menambah wall socket. Perhatikan wayar kamera CCTV terjulur ditepinya.
Okay, sebelum entri ini menjadi meleret-leret, kita kenali dahulu komponen utama yang perlu ada dalam satu sistem CCTV. Pertama adalah kamera CCTV sendiri. Kamera ini menentukan kehebatan gambar yang dirakam. Antara ciri-ciri kamera yang perlu dilihat ialah jarak penglihatan kamera, jarak wide angle kamera iaitu betapa lebar sudut rakaman kamera tersebut terutama jika kamera diletakkan di satu sudut yang sempit dan kita inginkan ia merakam hampir keseluruhan ruang terbabit. Kebanyakan kamera outdoor dan indoor sekarang mempunyai InfraRed iaitu boleh merakam dalam kegelapan dimana rakaman yang dihasilkan adalah dalam bentuk hitam putih. Kalau ada cahaya, ia akan merakam dalam warna. 

Komponen kedua adalah alat perakam video atau disebut sebagai DVR. DVR berfungsi untuk menyimpan rakaman dan juga menjadi 'orang tengah' untuk kita melihat rakaman CCTV terbabit.

Komponen ketiga pula ialah monitor. Jika kita ingin beli CCTV, perlu lihat pakej yang diberikan samada mengandungi monitor atau tidak. Jika tiada, kita boleh sambungkan terus ke TV. DVR rakan saya boleh disambungkan ke monitor komputer dan juga mempunyai sambungan kabel LAN atau network.

Jika kita ingin melihat menerusi internet rakaman CCTV kita samada live ataupun rakaman-rakaman sebelumnya yang disimpan, rumah kita perlu mempunyai sambungan internet seperti Unifi atau Streamyx dan sambungan internet tersebut mestilah dalam keadaan on iaitu modem tidak dimatikan. Dengan cara ini, rakaman CCTV boleh dilihat secara live atau remote playback (rakaman lama diputar semula)menggunakan smartphone atau di PC lain diluar rumah dengan syarat smartphone atau PC lain perlu mempunyai sambungan internet.

Bermakna jika kita bercuti selama sebulan dan ingin memerhati CCTV di rumah, internet di rumah perlulah dalam mode on, modem on. Dan lebih molek jika smartphone kita ketika itu berada dalam mode internet 3G, H atau H+. 

Untuk melihat rakaman melalui internet, DVR kita hendaklah mempunyai sambungan kabel LAN network yang akan disambungkan ke modem wifi kita. Installer CCTV akan membantu untuk setup DVR ke modem dan seterusnya ke internet. Bagi sesiapa yang faham network, port forwarding dan DDNS diperlukan ketika proses setup. 

Setelah disetup, kita perlu memasukkan username dan password DVR setiap kali kita connect ke internet untuk view CCTV kita. Jika kita menggunakan smartphone, apps yang digunakan hanya perlu minta sekali sahaja username dan password DVR kita. Untuk makluman, DVR mempunyai username dan password untuk kita configure setting dan username dan password ini lah yangd digunakan untuk view di internet. DVR kawan saya tidak perlukan password ketika melihat secara live rakaman CCTV tanpa menggunakan internet tetapi perlukan password jika ingin melihat rakaman terdahulu atau untuk tukar setting.

Timbul persoalan di hati rakan saya takutkan installer CCTV terbabit akan turut view CCTV di rumahnya kerana installer mempunyai password DVR. Saya kemudian meminta rakan menukar password di DVR, settle masalah. Untuk rasa lebih selamat, saya ajar kawan saya tukar password DDNS, nama DDNS dan juga IP DVR. Tetapi menukar password DVR sudah memadai. Cuma selepas ditukar, perlu juga ditukar password di dalam apps smartphone.

Hasilnya, rakan saya tidak perlu sentiasa melihat rakaman CCTV di TV di ruang tamunya (DVR disambungkan ke TV). Rakan saya hanya perlu melihat rakaman CCTV menerusi smartphone walaupun dia di rumah. Smartphone yang disambung ke wifi rumahnya tidak perlukan password atau connection 3G, hanya perlu tahu IP number DVR sahaja.  Jadi dia boleh monitor CCTV dimana-mana sahaja di dalam rumahnya.

Satu soalan saya kepada installer, jika orang berjaya masuk rumah dan ambil DVR, boleh tak kita view kembali rakaman terbabit? Jawapannya tidak. Sebab itu DVR biasanya disorokkan dari pandangan orang lain. Namun ada penyelesaiannya iaitu sentiasa upload rakaman ke Cloud iaitu rakaman akan dimuatnaik dan disimpan di lokasi lain menggunakan internet. Namun servis ini berbayar dan perlukan sambungan internet yang stabil.

Saya puas hati melihat hasil kerja Razlan di rumah rakan saya. Kerja yang kemas dan penerangan yang bagus diberikan. Pada sesiapa yang inginkan sistem CCTV mampu milik dan pemasangan yang kemas dan teliti boleh hubungi Razlan di 0193966617. Kata Razlan, jika ada masalah CCTV selepas selesai pemasangan, akan ada charges. Harga sistem CCTV Razlan amat berpatutan iaitu dua camera outdoor dan 1 DVR termasuk pemasangan serta tarik kabel network ialah RM 1130. Harga mungkin bergantung kepada saiz dan lokasi bangunan. Boleh runding dengan Razlan. Waranti satu tahun. 

Kamera yang dibekalkan juga cukup untuk melihat keadaan di tempat yang diinginkan. Razlan ada berkata bahawa kamera CCTV berwayar menggunakan signal analog sementara kamera CCTV IP iaitu tidak berwayar, hanya menggunakan wifi menggunakan signal digital. Signal analog diukur dengan TVLine, lagi tinggi TVLine, lagi cantik gambar. TVLine konsep sama dengan ukuran Megapixel bagi digital. ada 450 TV Line, rumah rakan saya menggunakan 800 TV Line. 

Bagi saya , ketajaman rakaman CCTV dan DVR bergantung kepada budget kewangan kita. Kalau budget ciput, cukup sekadar untuk melihat kejadian apa yang berlaku, tetapi kalau budget tinggi, boleh guna perkakasan yang berspesifikasi tinggi, boleh zoom nombor pendaftaran kenderaan. Kalau rumah ada simpan duit berjuta, apa salahnya melabur lebih. 

Akhir kata, selamat memilih CCTV jika ada budget lebih kerana CCTV membantu mengurangkan jenayah dan juga menyenangkan kita melihat siapa yang menjerit-jerit di luar pagar rumah kita. Saya masih belum cukup budget untuk CCTV, tumpang gembira tengok rakan pasang di rumah dan kedai sahaja.




40 comments:

  1. PAKEJ PEMASANGAN CCTV TERMURAH DAN MAMPU MILIK.

    PAKEJ CCTV 4 CHANNEL
    RM 1,600 NETT !!!


    Pakej Termasuk:

    1 unit DVR - 4 channel Standalone DVR
    4 unit- 700TVL IR Dome / IR Bullet Camera
    500GB Hard Disk


    PAKEJ CCTV 8 CHANNEL
    RM 3,900 NETT !!!


    Pakej Termasuk:

    1 unit DVR - 8 channel Standalone DVR
    8 unit- 700TVL IR Dome / IR Bullet Camera
    1TB Hard Disk

    PAKEJ CCTV 16 CHANNEL
    RM 6,900 NETT !!!


    Pakej Termasuk:

    1 unit DVR - 16 channel Standalone DVR
    16 unit- 700TVL IR Dome / IR Bullet Camera
    2TB Hard Disk


    WARANTI PEMASANGAN 1 Tahun!!!
    Harga Termasuk :
    Kos Pemasangan, Cabling, Programming,
    Camera Angling,
    Setup for Remote Viewing (PC and Mobile)

    Boleh hubungi saya 01129427024

    Terima kasih

    Juga menawarkan perkhidmatan:

    Syarikat kami,Fazlee Electrical Enterprise menawarkan perkhidmatan:

    -Pendawaian elektrik

    -Pendawaian dan pemasangan papan agihan (D.B)

    -Pendawaian Water Heater

    -Pemasangan dan Pendawaian CCTV(included connect to the smartphone and PC)

    -Pemasangan dan Pendawaian Alarm System/Door Access

    -Pemasangan dan Pendawaian Projector

    -Penyelenggaraan Bangunan (Mengecat)

    -Pemasangan kipas,lampu dan sebagainya

    -Pemasangan PABX

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nk tanya.jika bekalan eletrik terputus adakah cctv dpt merakam

      Delete
  2. Saya nak tanya. Cctv tanpa wayar ade ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya contoh kalau rumah saya tiada wifi tapi saya ingin pasang cctv boleh ke? Ke sy kene pasang internet jugak baru boleh berfungsi cctv itu?

      Delete
    2. Boleh. guna cable untuk sambung ke DVR dan DVR sambung ke monitor atau tv. View CCTV dari monitor atau TV tu. Kalau ada wifi, boleh view guna apps di smartphone, maknanya kalau nak view CCTV tak perlu gunakan TV atau monitor tapi cuma gunakan smartphone je. Kalau nak view CCTV guna smartphone di luar kawasan WIFI tu, (contoh nak view CCTV dari luar kawasan rumah), yang tu pun boleh tapi ada cara nak setup dan bergantung pada jenis DVR yang dipasang. Internet pun kena sentiasa On, bermakna modem wifi tak boleh di off kan.

      Delete
    3. Assalamualaikum, saya nak tanya.. boleh tidak kalau pasang decoder CCTV dengan 1 cpu, tapi 3 display unit yang berbeza (TV/Screen) yang berbeza

      Delete
  3. ada. google wireless IP cctv. pernah ada seller yg offer saya jenama foscam. tapi sumber kuasa nya tetap menggunakan elektrik yg memerlukan wayar disambung ke powerpoint.

    ReplyDelete
  4. salam, nak tanya tau tak kat mana boleh beli alat untuk buka pintu rumah menggunakan pasword sahaja tanpa kunci?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan. Puan boleh cari di Mudah.com berkenaan dengan digital lock pada pintu. Puan search di Lelong.com.my produk ini :-SAMSUNG DIGITAL DOOR LOCK SHS-H625. Ini adalah salah satu contoh digital lock pada pintu. Berdasarkan carian saya, seller di Lelong ini menjual pelbagai jenis digital lock untuk pintu. ini link dia http://www.lelong.com.my/merchant/hint4u.htm

      Delete
  5. Saye nak pasang cctv rumah kawan saya...set dvr, 4 kamera, power splitter, dan wire bnc 15 kaki x 4, semua siap kene cukai, dalam 500...wire 15 kaki xleh pakai, sebab female female, kene order lain, kos mungkin 200...point plug xyah, sebab wire video ngan power sekali...saye beli online dari china...soalannye, xde masalah ke china made kalau pasang kat msia...saye selame ni pakai je barang china, tapi ok je, cume ini 1st cctv, kawan punye pulak tu, takut je...ok ke?

    ReplyDelete
  6. ada warranti tak? murah tu 500. kamera tu outdoor ke

    ReplyDelete
  7. apa pendapat bos mengenai wieless cctv dan wireless alarm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wireless okey. cuma kena pastikan jarak camera dalam range receiver. cuba try google wireless cctv interference dengan device lain. biasanya wireless transmitting devices ni boleh ada interference dengan device lain unless frequency atau transmitting protocol berbeza.

      Delete
  8. Kalu tetrs 2 tingkat berape canera diperlukan ... untk mkluman utk.monitor maid di rumah kerana sya bekerja dn ade bb di rumah.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. indoor. mungkin boleh letak di ruang tamu, bilik baby, dapur. porch rumah. yang penting jangan reveal password dvr dan ddns pada orang lain, nanti orang tak berkenaan boleh tumpang tengok cctv kita. Cuba baca artikel ni di http://www.theverge.com/2012/2/3/2767453/trendnet-ip-camera-exploit-4chan. Ini artikel tahun 2012, tak mustahil boleh berlaku pada masa sekarang juga.

      Delete
  9. salam nak tnya macam mana kita nak tgk rakaman cctv kite balik..tapi kita lupa password cctv

    ReplyDelete
  10. Kalau tv rosak, cctv kita masih bfungsi ka tuan? Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih lagi berfungsi. Cuma kena pastikan DVR tu tak rosak. Kalau DVR atau camera rosak, tak berfungsi lah ia.

      Delete
  11. salam encik..sy nak tanya..sy bole connect cctv guna hand phone mlalui wifi wireless di rumah.dgn syarat hand phone sy connect dgn wifi rumah.jika saya berada luar dari kwsn wifi rumah,saya dah xbole pantau secara live.ada cara tak utk sy connect?sgt memerlukan bantuan..bole email saya tak kalo encik tahu cara nya.0124490519

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. Kena guna port forwarding. Tak silap saya cuma modem DLINK sahaja yang free. Modem lain kena guna perkhidmatan berbayar. Saya dah disable port forwarding sebab ada possibility senang nak dihack oleh pihak luar.

      Delete
  12. Salam sy nak tnya...if blackout cctv still functions or not functions if any happen x dijangka..dikira rakaman masih blh view ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat rakam. Unless ada backup power. Untuk rumah saya memang takde. Sebab cctv guna electric sebagai power source.

      Delete
  13. Salam encik, nak tanya cctv masih dapat rakam kah sekiranya berlaku blackout?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak dapat rakam kerana cctv guna electric sebagai power source . DVR pun guna electricity as power source. Unless kalau kita ada UPS.

      Delete
  14. Nk tnya klu pakai cctvkan komputer memang kena sentiasa on kee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cctv tu disambung ke internet untuk kita view dari luar rumah menggunakan handphone, memang modem tu kena sentiasa on. maknanya kalau kita balik kampung seminggu, seminggu lah modem internet kita on. tak payah on komputer, on kan modem internet dan pastikan internet senitasa ada. kamera cctv tu memang kena 24 jam on.

      Delete
  15. Saya nak tnye tempoh simpanan rakaman cctv tu brpe lama ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada saiz hardisk kita. Saya punya hardisk dalam seminggu. Saya tak ingat saiz sebab saya ada tukar hardisk baru. Tak silap saya 320GB.

      Delete
  16. saya nak tnye,cctv kalo guna data smartphone boleh kw.

    ReplyDelete
  17. Saya nak tanya,
    contoh kalau CCTV lost connection dengan WiFi,adakah ia akan merakamkan kejadian pada hari ini??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau connection ke decoder guna wifi, kejadian tak dirakam. kalau connection ke decoder guna cable, kejadian dirakam.

      Delete
  18. Nak tya bos.. Cctv saya msa bru beli boleh record 300++ hari tpi selepas setahun lebih guna sekarang ni hya 40+ hari sja yg di recordnya auto delete. Mohon jasa baik tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya hardisk tuan bermasalah. saya sudah dua kali hardisk saya bermasalah . Mula mula ingatkan decoder rosak, tapi lepas buka sendiri decoder dan cabut hardisk, decoder cctv berfungsi seperti biasa cuma tak boleh merakam. So saya ganti hardisk baru dan boleh merakam, tapi hardisk tu hardisk second hand saja, selepas setahun lebih, hardisk kembali kong.

      Delete
  19. sy nk pasang cctv dirumah pusaka dikg saya..tetapi rumah pusaka itu tiada sambungan internet ...boleh kah kita pasang cctv

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuma Tuan tak boleh view di smartphone kerana takde sambungan internet. Tuan cuma boleh view dari monitor yang bersambung dengan dekoder cctv di dalam rumah tersebut. Senang cerita, Tuan cuma boleh tengok rakaman cctv tu dari dalam rumah pusaka Tuan sahaja.

      Delete
  20. nak tanya 1 bulan anggaran penggunaan data internet utk cctv tu lbh krg brapa gb yer...sb nk kira bajet.

    ReplyDelete
  21. average kilobit per second ialah 200kb/s. sejam ada 3600 saat. 3600 saat x 200kb/s = 720000 kbits. 720000 kbits adalah anggaran sejam data internet untuk cctv. 720000 kbits bersamaan 703 MB. So kalau sehari ada 24 jam, 703MB x 24 = 16.8 GB. Sehari penggunaan data adalah 16.8gb. Kalau dari dvr terus connect ke modem router, tu tak kira penggunaan internet. Unless kalau kita connect mobile phone kita guna mobile data dari luar rumah sambung ke modem router internet rumah kita.

    ReplyDelete
  22. Assalam nk tnya
    Kalau di rumah ada cctv tp decoder xdisambung off terus adakah boleh view rakaman sblm2 nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cctv tu tak sambung pada decoder memang tak boleh view rakaman sebelum ni unless ia adalah wireless cctv yang boleh menyimpan rakaman sebelum ini di cloud service (berbayar). Kalau wired cctv yang bersambung dengan decoder, decoder juga kena ada hardisk didalam untuk simpan rakaman sebelum ini. Macam kes saya, hardisk rosak dan saya dah tak boleh view rakaman sebelum ini walaupun cctv saya bersambung dengan decoder. Wireless cctv tak perlu sambung decoder, hanya connect pada router sahaja.

      Delete