Wednesday, November 20, 2013

Nasi Ganja

Minggu lepas saya balik Ipoh dan seorang rakan saya membawa saya pekena Nasi Ganja. Lokasi adalah di dalam Kedai Kopi cina di Jalan Yong Kalsum. Pada mulanya, saya tidak lah meletakkan harapan tinggi bahawa lidah dan tekak saya akan memberi two thumbs up pada rasa Nasi Ganja ini. Rakan saya bersungguh-sungguh mengatakan bahawa yang sedap ialah nasinya sendiri, bukan lauk.

Ketika saya sampai di kedai tersebut, orang ramai walaupun jam menunjukkan pukul 1500 hrs. Parking kereta agak sukar dan kami terpaksa parking di satu kawasan di belakang kedai. Senang cerita, anda tidak akan nampak kereta anda dari tempat anda makan. Ketika saya hendak keluar dari kereta, saya dihalang oleh seorang lelaki india. Dia berdiri betul-betul di pintu kereta saya. Berkali-kali saya menolak pintu kereta saya tetapi terhalang oleh lelaki india terbabit. Dengan perasaan geram campur lapar, saya jerit padanya suruh dia ketepi. Rupa-rupanya dia nak duit untuk makan. Saya cakap padanya 'Lu tunggu sini, nanti saya bawa nasi kasi lu makan lepas saya habis makan'. Bila saya balik ke kereta selepas makan, lelaki tersebut telah tiada.

Berbalik pada nasi ganja, saya order Teh Ais sementara rakan saya order Sirap. Katanya sirap disini sedap. Apabila nasi ganja saya sampai, ada lauk Ayam dan timun serta sambal seperti tempoyak tetapi rasanya sedap. Harga ialah RM 5.10 sepinggan. Setelah beberapa suapan, memang terasa kesedapannya tetapi tidak lah sampai ketagih. Saya ada dengar macam-macam kisah mengenai nasi ganja ini tetapi perkara tiada bukti sahih. Mungkin orang pelik dengan keadaan kedai sebegini mampu menarik ramai orang. Jika kedai tersebt ada aircond dan eksklusif dan pekerja semua cantik-cantik, saya rasa cerita sebegini tidak keluar. Apa-apa pun enjoy the meal dan saya tidak ketagih.

Nasi Ganja. Sepinggan RM 5.10. Makan hingga Licin.

Suasana dalam kedai Nasi Ganja di Jalan Yong Kalsom, Ipoh

No comments:

Post a Comment