Dalam dunia digital hari ini, perubahan sistem dan rangkaian (network migration) adalah sesuatu yang hampir tidak dapat dielakkan. Organisasi sentiasa menaik taraf infrastruktur IT mereka, sama ada untuk tujuan keselamatan, penyatuan sistem, atau sekadar mahu “streamline” operasi harian. On paper, semuanya nampak smooth dan well-planned.
Namun realitinya, tidak semua migrasi berjalan seindah yang dirancang.
Kadangkala, selepas sesuatu sistem atau rangkaian ditukar, perkhidmatan yang sebelum ini berfungsi tanpa sebarang masalah tiba-tiba mula menunjukkan isu. Ada servis yang gagal berhubung, ada fungsi yang jadi perlahan, dan ada juga yang langsung tidak boleh digunakan walaupun tiada sebarang perubahan dibuat oleh pengguna.
Isu seperti ini sering disalah anggap berpunca daripada device, akaun, atau kesilapan pengguna. Hakikatnya, punca sebenar selalunya tersembunyi di belakang tabir: perubahan konfigurasi rangkaian, polisi keselamatan baharu, atau ketidakserasian antara sistem lama dan persekitaran baharu.
Baru-baru ini organisasi tempat saya bekerja telah menjalankan proses migrasi kepada network MyREN. Secara jujurnya, melalui pembacaan di website ini, banyak kebaikan yang boleh saya dan rakan-rakan sekerja perolehi. Thumbs Up.
Namun, selepas selesai proses migrasi MyREN, saya mendapati bahawa iCloud saya gagal untuk sync dengan Apple device saya yang lain. Beberapa perubahan yang saya lakukan di ofis, tidak dapat dilihat oleh Macbook di rumah. Namun, perubahan yang dilakukan oleh Macbook di rumah, dapat di lihat di iPhone dan iPad.
Nak jadi cerita, apabila saya sambung Mac ofis saya dengan hotspot iPhone saya (guna data mobile), iCloud boleh sync seperti biasa. Di sini saya nampak satu permasalahan yang ada selepas migrasi network.
Lagi menarik lagi, sewaktu saya tulis posting ini sekitar jam 5.30 petang menggunakan network ofis, iCloud saya berfungsi seperti biasa. Saya tidak pasti samada pihak ICT ofis saya telah mengambil tindakan berkenaan hal ini kerana saya ada mengemukakan permasalahan ini kepada mereka menerusi sistem aduan ICT sekitar jam 4.45 petang. Atau pun mungkin mereka juga telah menerima aduan dari orang lain dalam organisasi saya yang menggunakan iCloud. Organisasi saya besar, dan ada juga sejumlah staf yang seperti saya, menggunakan iCloud untuk sync antara device.
Google Drive and Google Products tiada masalah, laju seperti biasa. Malah saya rasa macam lebih laju sebelum migrasi. Pada pandangan saya, mungkin ada polisi baru yang throttle iCloud, atau iCloud hanya laju selepas waktu ofis hour untuk beri laluan kepada Google products.
Satu lagi teori, mungkin kesan migrasi ke MyREN masih belum 100% stabil. Mungkin team ICT terlepas pandang tentang iCloud. Maklumlah di organisasi saya ini ada bermacam jenis digital services dan perisian yang masing-masing ada different configuration.
Apa pun yang berlaku, saya melihat situasi ini sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dalam dunia teknologi yang sentiasa berubah. Network migration bukan kerja sehari dua, dan bukan semua isu akan nampak serta-merta. Ada yang hanya muncul bila sistem digunakan secara real-life, oleh pengguna sebenar, dalam rutin harian sebenar.
Yang penting, isu ini menunjukkan bahawa komunikasi antara pengguna dan pasukan ICT memang sangat diperlukan. Bila masalah dikongsi, ruang untuk penambahbaikan pun terbuka. From my point of view, migrasi ke MyREN tetap satu langkah ke hadapan, cuma seperti kebanyakan perubahan besar, ia perlukan sedikit masa untuk benar-benar stabilize dan reach its full potential.
Dalam IT (dan juga dalam kehidupan), change is rarely instant perfection. Kadang-kadang kita perlu go through some friction first, sebelum sistem dan diri kita sendiri menjadi lebih baik, lebih matang, dan lebih teratur.
Perubahan bukan tentang segalanya menjadi sempurna dengan serta-merta, tetapi tentang keberanian untuk bergerak ke hadapan walaupun ianya belum keseluruhan jelas.
Kadangkala, sama ada dalam teknologi atau kehidupan, yang penting bukan seberapa cepat kita sampai, tetapi sejauh mana kita belajar di sepanjang perjalanan tersebut.

No comments:
Post a Comment