Friday, January 10, 2020

Orang Asing dari Wings


Antara album lama zaman saya di IPTA yang dicari-cari. Dulu dengar guna kaset, kemudian beli CD. Saya masih ingat waktu ni saya agak curious sebab Wings kali ni adalah yang pertama tanpa Awie. Dah biasa sangat dengar suara Awie, bila dengar Mel, agak janggal. 

Tapi makin lama dengar, makin sedap pula. Lagu yang sudah pasti saya ulang-ulang ketika itu adalah 3 lagu pertama iaitu Ranjang Mawar, Lena Diulit Intan dan Semalam Yang Hangat. Masa zaman CD saya dah hujung-hujung nak grad IPTA, saya auto replay lagu Semalam Yang Hangat sampai tertidur. 

Semalam Yang Hangat merupakan antara lagu yang saya pernah bawa jamming, waktu tu jamm di Kompleks PKNS. Walaupun lintang pukang kami main waktu tu, tapi seronok dan kami rakam guna kaset dan perakam suara. Sekarang jamming rakam video terus samada guna gopro atau handphone.

Lama juga saya cari kembali CD ni, akhirnya jumpa di Aeon Big Subang Jaya, gerai satu auntie chinese ni. Kalau pergi sana, memang akan singgah ke gerai dia.

Basically, album Orang Asing ni sedikit lain dari album Wings yang lain. Ada satu dua lagu style dia macam album Bazooka Penaka. Lagu dalam Orang Asing tak seheavy lagu dalam album-album sebelumnya, tapi tetap menimbulkan mood tersendiri yang pada awalnya agak sukar diterima tapi bila dah lama-lama sedap pula.

Now after so many years, bila dengar balik album ni, rasa macam baring atas katil di rumah sewa sewaktu my degree days... 

No comments:

Post a comment