Wednesday, April 25, 2018

e-Commerce Semakin Berkembang

 
Berita pembelian 14 kapalterbang Boeing 747 oleh United Parcel Service (UPS) merupakan petanda bahawa perniagaan atas talian semakin berkembang. Di Malaysia, nama-nama seperti Lazada, Shopee dan Zalora begitu sinonim dikalangan orang ramai. 

Laman web bizjournals.com yang melaporkan pembelian 14 Boeing 747 oleh UPS turut menyebut bahawa ia akan meningkatkan lagi kemampuan membawa kargo sebanyak 16 peratus. Menerusi laporan yang diterbitkan pada bulan Februari 2018, 14 kapalterbang Boeing 747 itu meliputi kapal terbang lain yang dipesan dari tahun 2016. Jumlah kesemua sekali adalah 32. Laporan penuh boleh diperolehi di sini.

Tidak dinafikan perniagaan atas talian ini sememangnya bukan sahaja menguntungkan seller yang tidak perlu menyewa kedai dan menggaji staf yang ramai, ia juga membolehkan seller menembusi dinding geografi dengan memasarkan produk mereka lebih luas. Tidak perlu membuka cawangan di setiap negeri, cukup dengan mengiklankannya di website e-commerce.

Saya sendiri sudah kerap terjebak dengan pembelian atas talian. Yang paling kerap adalah topup, reload sahaja di M2u. Amat jarang saya ke kedai untuk beli topup. Paling latest saya beli adalah beg backpack High Sierra keluaran salah satu anak syarikat Samsonite. Samsonite merupakan pengeluar beg terkenal. Saya beli di Official Store Samsonite. Penghantaran pun cepat. Harga asal RM 2xx, tetapi ada offer ketika itu iaitu RM 81. 


Beg tersebut bernama High Sierra Urban Backpack Icon Navy. Not bad. Kualiti pun ok. Satu perkara yang suka tentang online shop ini ialah kita boleh browse cari barang pada bila-bila sahaja. Kadang-kadang sebelum saya tidur saya akan browse e-commerce site untuk lihat apa yang menarik.

Perkara yang saya tak suka pula ialah barang-barang tersebut tidah dapat dirasai dalam bentuk fizikal. Hanya maklumat size, material dan juga spesifikasi sahaja diberikan. Saya pernah beli Crocs Original dari Crocs Official Store dan bila sampai ke tangan saya, size hanya cukup-cukup muat. Senang cerita, kurang selesa. Rupanya size yang diberi adalah US Size, dan saya pun tak baca in detail spesifikasinya. Memang la boleh return, tapi tu dah hal lain dan menambahkan kerja. Sasaran utama online retailer adalah untuk orang-orang yang masa nya emas macam saya. 


Contoh satu lagi ialah pembelian pertama saya di Shopee dari Pineng Official Store. Barang diatas saya beli dengan harga Rm 2x. Bila saya on, ia berfungsi. Bila saya cuba alihkan cable usb dari satu port ke satu port yang lain, ia meletup sehingga trip satu fuse di DB. Mungkin salah saya, tapi jika saya beli di kedai mungkin saya boleh test barang tersebut dahulu. Seller ada offer untuk return tapi buat masa ini saya tiada masa. 

Whatever it is, online shop ini memang menjimatkan masa dan tenaga saya. 
 
 

No comments:

Post a comment