Friday, July 29, 2016

Crocs

Bagi sesiapa yang memakai footwear Crocs original, ini merupakan langkah-langkah penjagaannya. Saya dapat ketika membeli Crocs original di Subang Parade. Sebenarnya saya pernah memakai Crocs yang clone yang saya beli dengan harga RM 15. Saya tidak pernah tahu harga Crocs Original, sekali jenguk di kedai Crocs di AEON di Ipoh, harga semua RM 200 keatas. Kemudian terjenguk Crocs di Subang Parade, tengah sale, beli 2 dengan harga RM 199. Cuma pilihan kurang menarik dan size pun tak banyak, maklumlah nak clear stock. Nak compare dengan kedai Crocs di AEON Ipoh memang cantik-cantik, harga pun rabak poket.

Alang-alang ada offer, saya beli dua, satu untuk wife dan satu untuk saya. Saya punya edisi Star Wars, memang minat Star Wars dari tahun 1980 lagi. Memang sedap rupanya pakai yang original walaupun size yang saya beli merupakan size diluar kebiasaan iaitu lebih kecil dari size yang saya selalu pakai.

Tapi, lepas ni kalau Crocs saya ini sudah haus tapak dia, kena fikir lebih dari dua kali untuk beli yang baru sebab harganya boleh koyak poket.



 

No comments:

Post a Comment